36 : ♡

90.8K 3.9K 1.5K
                                    

"Abang, Hani nak pergi toilet dulu lah. Abang tunggu Naila dekat sini ehh?"

Hani meminta diri. Dia ingin bangun.

"Eh abang temanlah. Sayang tu mengandung." Dariel memberi cadangan. Dia juga turut bangun.

"Duduk je. Hani pergi tak lama. Jangan risau, Hani tau jaga diri. Tandas dekat ajepun."

Dariel angguk sahaja. Jelas kerutan di dahinya. Risau nauuu!

Sementara Hani pergi ke tandas, Dariel bermain dengan telefonnya. Jam di tangan dikerling sekilas.

Hmm, lambat lagi 10 minit dia blah.

"Hey Lutfan!"

Dariel mendongak. Wajah Naila yang kini berada di hadapannya dipandang kosong.

"Baru je I nak balik." Dariel memerli. Naila hanya sengih tak bersalah. Dia mengambil tempat di sebelah Dariel.

"Duduk depan. Kita haram. Kena duduk jauh."

Zapp! Naila sentap.

Mulutnya muncung. Dengan hati yang sebal, kerusi di hadapan Dariel ditarik dan punggung dilabuhkan di situ.

"So?" Dariel angkat kening. Wajahnya serious. Malas sudah dia nak berbasa-basi. Biar straight to the point. Hatinya masih sakit.

"I'm sorry Lutfan. Actually―"

Ayat Naila tergantung apabila Dariel mencelah.

"Wait, you ni betul ke Naila?"

Dariel merenung dalam wajah Naila. Ada yang lain di situ. Mukanya tak macam dulu. Betul ke ni Naila?

Faham dengan reaksi itu, Naila menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.

"Ya, I Naila Alana. Perempuan yang pernah jadi bakal iste―"

"Stop. Tak payah ungkit dan ingatkan I. Benda tu dah lama. Just straight to the point please."

Dariel menyandar pada kerusi. Tangannya disilang pada dada. Menanti jawapan.

"Actually, this is not my real face."

"What the hell you mean?" Dariel angkat kening. Tak faham. Bukan muka sebenar? Then, muka siapa? Hantu?

"I pernah accident. Separuh muka I melecur teruk. Jadi, doktor sarankan I buat plastic surgery. That's why muka I sekarang ni lain dari dulu."

Naila menunduk. Betul. Hal pasal muka ini dia tidak menipu. Memang dia pernah accident.

"Ouh."

Itu sahaja jawapan Dariel. Seolah-olah tak berminat ingin tahu.

"Then? Kenapa you suruh Lara bagitau I yang you dah mati? Any logical reasons why you did that?"

"Err, itu sebab I tak nak you ada isteri yang cacat. I―"

"You know what Naila, kalau you tak tipu I dulu, rasanya kita dah bahagia sekarang. I don't care kalau muka you dah teruk sekalipun. But you yang pilih untuk tipu I. Then sekarang, lepas berapa tahun you menghilang, baru you datang balik. You tau tak selama ni mati-mati I ingat you dah meninggal? I hidup dalam penipuan you selama ni. I'm impress. Like for real."

Dariel senyum sinis. Naila meneguk liur dengar intonasi suara Dariel. Penuh sarkastik.

"I'm sorry. But now you dah tau kan sebabnya why I tipu you. I accident. Sedangkan I sendiri tak boleh terima apa yang jadi dekat diri I, inikan pulak you Lutfan."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now