Bab 1

124 11 7
                                    


Lelaki itu merenung lama ke luar tingkap. Langit biru yang dihiasi kapas-kapas putih diperhatikan tanpa perasaan. Dirinya seakan-akan sudah tenggelam dalam timbunan kapas-kapas langit. Kosong mindanya saat itu. Sudah seminggu dia begitu setelah tersedar daripada koma tiga bulan.

Syed mengeluh perlahan melihat keadaan insan yang telah diselamatkan olehnya tiga bulan yang lalu. Perlahan-lahan dia menolak troli yang berisi makanan dan minuman. Sekali lagi dia mengeluh apabila melihat makanan yang pernah dihantar sebelum ini masih belum bersentuh. Lelaki itu hanya bergantung pada cecair nutrisi yang disuntik ke dalam wayar IV drip yang masih terlekat di tangan kiri.

"Zen, apa yang kau tengok tu?" soal Syed

Diam. Soalannya dibiarkan sepi tanpa sahutan. Syed mengetap bibirnya kegeraman,

"Semoga Allah tenangkan hati kau," ujar Syed perlahan sebelum berlalu. Serentak, Zen memalingkan wajahnya perlahan. Entah mengapa diabegitu tersentuh dengan kata-kata Syed.

'Ma... masih ada yang mendoakan aku?'

Masa terus berlalu. Langit yang tadinya cerah kini semakin gelap. Kaki langit pula sudah bertukar warna kemerah-merahan. Lalu, tanpa perlu disuruh, dia segera menutup tingkap dan langsir. Kini, seluruh kamarnya menjadi gelap gelita. Hanya garis-garis cahaya daripada hujung pintu yang menembusi ruang itu.

"Untuk apa aku hidup lagi?" dia berbisik perlahan. Serentak, air matanya mengalir. Kematian Serena tiga bulan yang lalu bagaikan satu fenomena buat dirinya. Terasa tubuhnya seperti dihempap sebuah batu besar. Berita penangkapan Kay juga membuatkan hatinya semakin luluh. Buat pertama kalinya, dia putus asa.

Klik.

Serta-merta cahaya lampu pendaflour mula memenuhi ruang. Zen mula mengecilkan kelopak matanya saat cahaya yang terang tiba-tiba sahaja menyilau pandangannya. Dia terdengar bunyi tapak kasut yang semakin mara ke arahnya. Belum sempat matanya tercelik luas, terasa seperti ada daya yang dikenakan pada wajahnya. Tubuhnya rebah ke katil. Cecair merah mula mengalir daripada celah bibirnya. Sambil mengaduh perlahan, dia memandang tajam ke arah gerangan yang baru sahaja melepaskan tumbukan.

"Woi, kau dah kenapa?" Zen bangkit sambil menjerkah. Situasinya yang masih lagi tercedera menghalangnya untuk bertindak lebih ganas. Hanya perasaan amarah yang merasuk dirinya saat itu.

Syed tersengih. Buku limanya digenggam. Pergelangannya mula dipulas-pulas untuk menghilangkan lenguh.

"Oh, begini rupanya caranya untuk buat kau bersuara. Nah ambik ni!" Sekali lagi, remaja itu menghadiahkan tumbukannnya. Zen hanya menerima tanpa membalas. Dia tahu, apa yang cuba dilakukan oleh Syed.

"Heh, nasib baik kau cedera. Kalau tak, tak dapatlah aku merasa untuk tumbuk badan sado kau ni." Syed tersengih. Tangannya sudah lebam. Dia sendiri belum pernah belajar seni mempertahankan diri inikan pula hendak menumbuk orang tanpa asas yang betul. Hasilnya, diri sendiri yang sakit.

Zen tertawa perlahan. Wajah pemuda di sisinya itu dipandang dengan wajah yang sayu.

"Syed... terima kasih...," ucapnya perlahan. Setitis mutiara jernih jatuh ke bawah. Syed hanya mampu tersenyum nipis.

"Sama-sama!" Remaja itu segera memaut bahu Zen dan membiarkan lelaki itu menghamburkan segala yang terbuku di hati. Ya, mungkin dengan cara ini kau akan tenang, getus hati Syed.

***

"Ini ialah maklumat yang kau minta tu," ujar Syed sambil menyuakan sebuah laptop. Zen menegakkan tubuhnya kembali. Kecederaannya kini semakin pulih.

"Oh, jadi Kay dekat hospital sekarang?"Zen memberi respon terhadap maklumat yang baru sahaja diterimanya. Buat masa ini, dia hanya boleh bergantung harap kepada Syed.

"Dalam masa sebulan, dia akan dipindahkan ke United Kingdom untuk mendapatkan rawatan lanjut. Inspektor Ahmad letak jawatan dan Inspektor Melissa dinaikkan pangkat menjadi ASP." Terperinci sekali maklumat yang disampaikan oleh remaja itu. Zen memandang ke arah Syed sambil tertawa kecil. Naik hairan Syed dibuatnya.

"Kau... dah kenapa Zen?" soal Syed. Ada sesuatu yang pelikkah pada wajahnya? Remaja itu menyentuh mukanya.

"Syed, umur kau berapa?" soal Zen. Tangannya mula memeluk tubuh.

"Beza umur aku dengan kau 12 tahun. Kiralah sendiri," jawab Syed acuh tak acuh. Dia mula mengorak langkah untuk keluar daripada kamar tersebut.

"Aku... tak tahu umur aku berapa." Kata-kata Zen sekali gus menghentikan langkah Remaja berkaca mata itu.

"Oh... begitu."Pendek sahaja respon Syed. Dia tidak tahu hendak membalas bagaimana lagi. Zen bangkit dari katilnya. Perlahan-lahan, dia menghampiri remaja itu.

"Macam mana kau tahu beza umur aku dengan kau 10 tahun? Kau, kenal aku ke selama ni?" Zen menyoal perlahan. Tangannya diletakkan di atas bahu Syed.

Gulp! Perlahan-lahan, Syed berpaling. Wajahnya cuba dimaniskan. Dia tidak mahu Zen curiga dengannya.

"Aku agak umur kau jauh lebih tua... mungkin 10 tahun? Hehe." Syed tertawa kekok. Zen memandang wajah pemuda itu lama. Lelaki itu akhirnya mengeluh sambil tersenyum nipis.

"Syed, kau memang tak akan bagitahu aku kan? Tak mengapa, aku akan lupa juga selepas setahun." Zen memejamkan matanya sambil tersenyum. Syed hanya terdiam. Hatinya mulai resah dengan kata-kata Zen.

"Err, berehatlah. Aku nak pergi solat isyak dahulu." Syed meminta diri. Zen hanya membiarkan remaja itu berlalu keluar.

"Syed... betul ke aku boleh percayakan kau?" bisik Zen perlahan. Pandangannya dibuang keluar tingkap.

Sejak tersedar daripada lena yang panjang, dia kerap sahaja termenung. Dia teringat akan perjuangan Kay untuk membalas dendam terhadap Daichi yang tidak kesampaian akibat campur tangan pihak polis. Buku lima digenggam erat. Bibirnya mula mengukir senyuman senget.

"Aku akan cari kau Daichi!"

Zen segera mengambil laptop yang terletak diatas katilnya. Setelah melakukan sedikit aktiviti regangan badan, tangannya mula menaip sesuatu pada papan kekunci. Selama 10 tahun hidup sebagai seorang penyeleweng, kemahiran ini sudah sebati dalam dirinya.

'Kay, aku akan tuntut bela atas kematian keluarga kau! Sekarang, kau boleh berehat dan lupakan segalanya.'

Di sebalik pintu bilik itu, Syed hanya memerhatikan tingkah laku Zen. Urusan peribadi seharusnya diketepikan. Hakikatnya, dia juga punya misi untuk diserahkan kepada Zen. Telefon bimbitnya yang sudah disetkan dengan mood senyap mula bergetar menandakan ada email yang baru masuk.

Bagaimana dengan Syahid?-Professor Isabella

Dia sudah sedar. Keadaan di Malaysia sudah terkawal sekarang. Insyaallah, Syed akan cuba pujuk Syahid untuk sertai kita.-Syed

Alhamdulillah. Jangan beritahu apa-apa lagi tentang ibu. Ibu bimbang dia tak dapat kawal emosi.-Professor Isabella

Syed menggenggam erat telefon pintar itu. Terasa luluh hatinya saat itu. Apakah perasaan ibunya andai mengetahui bahawa Syahid yang pernah menjadi anaknya dahulu bukan lagi Syahid yang sama?

"Ibu... Syahid langsung tak ingat umur dan namanya... apatah lagi ibu ...." Bisik Syed perlahan. Terasa cecair hangat mula meluncur laju dipipi. Langkahnya segera diatur perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki. Dia enggan Zen sedar akan kewujudannya di situ.

***

"Heh, Daichi... di situ kau bersembunyi ya?" Zen meramas-ramas jarinya yang terasa lenguh akibat laju menekan papan kekunci. Laman web sistem pengkalan data itu dipandang dengan rasa puas hati.

Kini, dia akan memulakan operasi memburu. Pintu biliknya yang terbuka sedikit dijeling sepintas lalu. Syed Al-Asr. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mempergunakan lelaki itu!

#Sambungan Zen: Prolog

Zen 2: After PrologWhere stories live. Discover now