" Saya tahu awak gadis yang baik Ameena , boleh awak janji sesuatu dengan saya ? " soal Raisha
" Janji apa ? "
" Awak akan pulangkan Dayyan pada saya " kata Raisha
Terluka hatinya dengan ucapan wanita dihadapannya . Kenapa dia kena lepaskan suami yang sah dan kenapa dia perlu berkorban lagi . Bagaimana dia hendak menunaikan janji Raisha bila dia sudah pun berjanji dengan ibu mertuanya yang dia akan mempertahankan rumah tangganya . Sungguh dia tertekan .
********
" Awak , kenapa tak turun makan lagi ? " Ameena mengetuk pintu Dayyan bila lelaki itu masih belum menjamah makanan di bawah . Jan sudah menunjukkan pukul 10.30 dan dia langsung tidak melihat kelibat Dayyan dia rumah ini .
" Awak dah makan ke ? Awak bukak lah pintu ni ?" Ameena pelik dengan perilaku Dayyan malam ini . Kebiasaanya walaupun semarah mana Dayyan padanya dia akan tetap menyahut panggilannya . Tiba tiba dia risaukan manusia itu.
" Ya Allah awak ni kenapa , bukak la pintu ni " sekali lagi Ameena memanggil Dayan . Dia memberanikan untuk memulas tombol pintu bilik Dayyan . Selama dia tinggal di sini , ini kali pertama dia menjejakkan kaki di dalam bilik Dayyan . Bilik nya gelap dan hanya lampu tidur yang terbuka . Dilihatnya Dayyan sedang tidur di atas katil . " Takkan lah aku panggil punya lah kuat , tak dengar . Tidur mati ke apa ? " desis hati Ameena .
Ameena sudah bercadang untuk keluar dari bilik itu tetapi dia terpandangkan Dayyan yang sedang tidur dalam keadaan berpeluh sedangkan econ cantik terpasang . Ameena kemudiannya menyentuh dahi Dayyan
" Ya Allah , panasnya " terkejut Ameena dengan suhu badan Dayyan
" Awak , bangun , awak ni deman ni . Jom kita ke klinik " Ameena cuba membangunkan Dayyan .
" Sa..ya nak rehat " perlahan Dayyan berkata
" Mana boleh , badan awak ni panas sangat ni . Bangun lah "
" Saya ma..kan ubat nanti . Ubat dah ada "
" Awak kena makan kalau nak makan ubat , perut awak tu kosong tu , dari tadi awak tak makan apa apa . Saya bawak kan makanan kat atas ye "
" Saya tak ada seleralah "
" Awak tunggu kejap "
**********
" Nah bangun , makan bubur ni . Bangun lah makan sikit je " pujuk Ameena . Macam mana lah manusia tua bangka ni boleh deman . Harapkan muka aja dingin .
" Saya tak ada selera , faham tak ? " marah Dayyan .
"Eh eh dia ni tengah tengah sakit pun , still boleh marahkan aku , aku heret pegi hospital baru kau tau " kata Ameena dalam hati
" kalau awak nak makan ubat , awak kena makan dulu , awak yang tak faham sekarang ni . Dah bukak mulut . Bukak lah . Sikit pun jadilah "
" Bukak lah . Awak ni jangan lah macam ni . Kang besok deman tu makin kuat " bebel Ameena . Dia dapat menangkap mata Dayyan yang menjeling ke arahnya walaupun hanya lampu tidur yang terpasang . Ameena tersenyum apabila Dayyan akhirnya membuka mulutnya . Ameena dengan pantas menyuapkan bubur yang varu dimasaknya ke dalam mulut Dayyan .
" Kan mudah kalau macam ni " kata Ameena .
Hampir separuh bubur itu telah dihabiskan . Kemudian Ameena mengangkat gelas dan mangkuk untuk dibawa kebawah .
Ameena mengambil ubat dalam rak di dapur dan menuju ke bilik Dayyan .
" Nah makan ubat ni " Dayyan menyambut ubat yang dihulurkan oleh Ameena dan kemudiannya menelan ubat tersebut .
Dayyan kembali berbaring . Dia memejamkan mata beberapa saat dan tiba tiba ada rasa sejuk di atas dahinya . Dia kembali membuka mata dan melihat Ameena sedang meletakkan tuala ke atas dahinya . Dia memandang Ameena pelik.
" Ni , benda ni boleh buat suhu badan awak makin turun . Best kan rasa ? Dah tidur " jawab Ameena bila Dayyan memandangnya pelik seolah olah ingin menanyakan sesuatu .
Dayyan bukan pelik dengan tuala itu kerana dulu masa dia kecil kecil dulu , mummy pun akan buat benda yang sama sekiranya dia deman . Tapi sekarang ni pelik dia lebih kearah kenapa Ameena masih tetap mahu menjaganya walaupun selama ini dia bersikap kasar dengan Ameena . Ameena kemudiannya berjalan keluar dan dia pun kembali memejamkan matanya .
*******
Dayyan tiba tiba tersedar . Dia memandang jam yang sudah menunjukkan pukul 4 pagi . Badannya sudah terasa ringan dari sebelum ini namun dia masih rasa tidak bermaya . Dia rasakan tuala yang diletakkan Ameena masih kekal di atas dahinya . Terkejut dibuatnya bila terpandangkan Ameena sedang tidur dibucu katilnya . Tiba tiba hatinya terasa bersalah kepada gadis yang kini menjadi isterinya . Ameena gadis yang baik tetapi dia pun tidak tahu kenapa rasa benci dan rasa marah tetap ada dalam dirinya . Dia malas untuk memikirkan semua itu dan kembali memejamkan matanya .
Bilik Dayyan Ariz 😂
YOU ARE READING
( Completed ) Bahagia Yang Terhenti .
Romance# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan segala impian dan angan angan aku . Kenapa mesti kau bina bahagia atas derita wanita lain" - Dayyan...