Chapter 38 - Sulk

64 6 2
                                    

Sangneul pov

Aku tersenyum di dalam kereta seorang diri sambil merenung pandangan di luar. Kenapa la tae ni comel sangat haih desis hati kecil ku ini

Flashback

"Sangneul jom kita pulang dah lewat ni" kata omma , aku yang dari tadi mata sibuk mencari taehyung masih lagi tidak menjumpai nya

"Omma, sekejap ya sangneul rasa macam ada tertinggal sesuatu dalam bilik" tipu aku padahal aku mahu mencari si taehyung

Aku terus berlari masuk ke dalam rumah tae semula aku menaiki tangga dan langsung masuk ke dalam bilik tae dengan cepat .. aku melihat tae yang sedang mengintai semua orang di bawah di tepi tingkap biliknya.. heih dia ni nak tengok orang dari jauh je ke? Tanak turun bawah?

"Tae?" Panggil ku .. jelas disitu tae terkejut dan terus menjeling aku

"Hei , awak kenapa ni?" Tanya aku baik

Dia hanya berdiam diri "awak? Saya nak balik dah ni.. saya tak nampak awak kat bawah tadi tu yang saya naik atas nak tengok awak ni, awak kenapa?" Tanya aku

"Awak tu kenapa" akhirnya tae bercakap

"Saya? Kenapa dengan saya?" Tanya aku pelik

Aku dengar tae hanya mengeluh .. aku ke sebelah tae dan memegang tangan "awak kenapa ni? Saya buat salah ke?" Tanya aku sambil tangan masih ditangannya

"Ya" jawabnya sepatah

Ha sudah aku buat salah apa pulak ni

"Saya buat saalah apa?" Aku tanya lagi

"Awak rasa?" Heih payah cakap bila persoalan dibalas dengan persoalan  jugak

Aku mencubit kedua dua belah pipi tae dan berkata "awk kenapa? Cepat la bagi tau, syaa dah nak balik ni .. semua orang dah tunggu saya kat bawah .. saya cakap kat diorang nak amik barang tertinggal tapi sebenarnya sya nak jumpa awak sebelum balik" jelas aku

"Hmph, pergilah balik saya tak kesah" kata tae .. aku mengerut kan dahi dan menggigit bibir

"Okay la kalau tu yang awak nak" kata aku dengan nada sedih.. aku bangun dan tae menarik tangan aku pantas

Aku menoleh memandang nya "awak betul betul nak pergi?" Aku mengangguk "k fine saya merajuk sebab .." aku tergelak "awak merajuk?" Kata aku sambil tergelak "boleh tak awak serius?" Aku cuba untuk menahan dari terus tergelak "okay okay"

"Saya merajuk sebab awak tu tadi tinggal kan saya macam tu je masa omma dengan appa awak balik , sepatutnya awak ajak la saya pergi sekali ke apa ke , ni tak awak lepaskan tangan saya lepastu awak terus lari tinggal saya" terang tae , aku hanya mendengar

"Omg tae , seriously saya bukan sengaja pun sayang" kata aku "saya lari sebab excited sangat nak jumpa omma dengan appa, saya rindu mereka" aku menerangkan kepada tae

"Hm okay" jawab tae dengan riak yang masih sama , sedih

Hish apa aku nak buat ek? Okay .. aku mencium pipi tae .. "tae sayang bucuk manja , jangan merajuk dah ea , saya nak balik dah ni, saya janji tak buat dah" kata aku dalam nada comel , aku akan buat apa apa je supaya tae tak merajuk

Aku nampak senyuman tae muncul di mukanya  , aku juga turut tersenyum "janji?" Aku mengangguk dengan laju .. tae mencium aku , aku hanya membalas ciuman itu

Kami turun ke bawah bersama "nanti dah smpai rumah , call ya" bisik tae aku mengangguk

End flashback

Aku tiba di destinasi .. iaitu rumah aku.. selama keluarga aku takde, rumah ni aku sikit pun tak jejak demi keselamatan aku , rumah ni dijalankan penyiasatan oleh pihak polis dan pengemasan semula bilik aku yang telah disepahkan oleh irene yang sudah sekian lama dilakukannya .. hanya pembantu rumah dan guard sahaja yang berada di sini sepanjang kami sekeluarga tiada

Walaupun pihak polis telah tahu siapa yang buat kekecohan di rumah kami , aku tidak mau irene dimasukkan ke penjara , dia masih muda dan aku yakin dia boleh berubah. Jadi kami membiarkannya sahaja.. ramai juga reporters di puar sana bertanya tentang kami sekeluarga tapi kami tetap berdiam diri.

Aku masuk ke dalam rumah semuanya seperti biasa .. tidak ada apa apa pun yang berubah kecuali bilik aku, bilik aku kini mempunya set perabot yang baru dan lebih cantik sebelum ini..

Sungguh aku rindu rumah ini, disini lah aku membesar dan yang paling penting disini la kenangan pahit manis di antara aku dan park sunhee

Setelah selesai pembantu rumah memasukkan barang barang aku ke dalam bilik aku menutup pintu rapat dan mengemas semua barang aku

Tidak lupa juga mengcall tae .. tiba tiba aku dapat satu mesej daripada seorang yang tidak dikenali.

*****

saya nak mintak maaf atas
segala kesilapan saya sebelum ni.. saya betul betul menyesal.
Boleh kita jumpa esok di taman
depan sekolah selepas balik sekolah , saya ada benda nak cakap dan ianya sangat penting, ianya mengenai taehyung juga. Saya betul betul maksudkannya

-irene-

*****

Aku mengerut kan dahi , patut ke aku pergi? Takpe aku akan berfikiran positif .. aku akan pergi lagipun dia kata dia menyesal dan ada perkara penting mengenai taehyung

Aku menutup telefon dan aku terus ke atas katil untuk tidur

Taehyung pov

Haih bosannya sangneul takde , hm.. pintu ku dikuakkan menandakan ada yang memasuki bilik aku .. oh budak ni rupanya "hee nak apa?" Tanya aku

"Oppa ni kan, salah ke hee nak masuk dalam bilik ni" kata nya dan memasamkan mukanya

Aku berjalan ke arah nya dan memeluk lehernya "mestila tak! Haha" kata aku "meh la teman oppa main game ni" kata aku lagi

Aku membuka computer untuk bermain tiba-tiba taehee berkata "oppa main la sorang sorang, hee nak duduk sini sebab nak stalk jimin je" aku menjeling "habistu duduk sini sebab nak stalk jimin je?" Tanya aku

"Yep, sebab kat bilik hee line macam oppa" kata taehee "ha? Line macam oppa?" Tanya aku pelik

"Ya la , oppa kan lembab" katanya selamba aku mendengus kasar taguna yini budak "apa apa je la , malas nak gaduh , oppa jiwa kacau sangneul dah tak duk sebumbung dengan kita" aku memusingkan kepala aku kepada computer

"Amboi adakah ini luahan?" Tanya taehee menganjing "eh tak lah ludahan" kata aku dengan geram

Budak ni patut bersyukur aku bagi dia duduk dalam bilik ni er

"Oppa esok , hee nak pergi sekolah ngan jimin jadi oppa pegi sekolah awal sikit tau or lambat pon takpe , hee lagi suka" katanya sambil ketawa seperti setan

Menyampah pulak aku dengan budak ni er "asal oppa takleh join korang?" Kata aku dengan muka yang memang annoyed dengan perangai adik sendiri "supaya oppa tak kacau kami lah kya!" Jeritnya dan menjelirkan lidah nya lalu melarikan diri dari bilik .. taguna punya budak

Apa apa pun esok aku nak jumpa sangneul katanya esok dia nak ke sekolah .. ah rindu nya sangneul kata aku sambil melihat keluar jendela

-tbc-

Do vote n comment ya 💕🙌
Nah chapter baru lagi untuk reader tercintoo😍
Next chapter? In shaa allah next weekend sebab esok dah sekolah huhu😢

Promise KTH [Complete]Where stories live. Discover now