Chapter 41 - Promise [Last]

127 10 4
                                    

No one pov

Sangneul dan taehyung kekal bersama walaupun mereka jarang berjumpa sepanjang mereka sambung belajar di tempat yang berlainan. Kini , mereka sudah tamat belajar dan sedang bekerja , mereka telah berkahwin atas cadangan orang tua mereka dan persetujuan semua orang mereka juga telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Kim Haneul dan Kim Hani mereka kembar tidak seiras sama seperti taehyung dan taehee , seorang lelaki dan seorang perempuan

Sangneul pov

Aku tiba di rumah selepas selesai bekerja . Apa? Aku tetap bekerja walaupun sudah mempunyai dua orang anak kerana aku tidak mahu bergantung kepada tae sahaja. Aku melangkah masuk kedalam rumah milik aku dan tae "annyeong , omma dah balik!" Laung aku , sesungguhnya aku pun tidak percaya yang aku sudah menjadi seorang ibu kepada anak anak aku dan seorang isteri kepada taehyung

Aku mendengar bunyi kanak kanak riang yang sedang berlari menuju ke arah aku daripada dapur "yey omma dah balik!" Jerit mereka , aku hanya sambut mereka dengan penuh ceria "appa dah balik?" Tanya aku "belum lagi" kata mereka sambil memonyokkan muka .. aku mengerutkan dahi , tae kata dia balik awal. Mungkin ada kerja lagi kat pejabat. Hm entahlah

"Anak anak omma dah makan?" Tanya aku "belum" ini lagi lah aku terkejut , haih omma lee tak masak ke? Atau sakit? Tapi kalau sakit kenapa tak call?

Omma lee yang menjaga Hani dan Haneul sepanjang aku dan tae bekerja. Aku tidak mengambil orang gaji lain kerana omma lee yang mahu bekerja disini bersama kami

"Habis tu mana omma lee? Omma lee tak masak ke?" Tanya aku lagi dan lagi "omma lee suruh kami tunggu makanan yang appa bawak balik" kata Hani "ish hani ni! kenapa bagitau omma" haneul berbisik tapi aku dapat mendengarinya.. dah kenapa pulak ni? Ada apa apa yang aku terlepas ke?

"Apa? Biar hani la nak cakap apa pun" kata hani lagi "ish hani ni! Hani mengarut hani mengarut" ejek Haneul , haih bebudak ni "ommaaaaa! Tgok haneul ni" Jerit hani sambil matanya berair dan sudah pun mengalirkan air matanya

"Alolo , dah dah jangan la gaduh , jangan nangis ya hani" pujuk aku sambil mendukungnya , haneul hanya memandang aku , mukanya seperti jeles kerana aku hanya memujuk hani "Haneul?" panggil aku dia hanya memandang "meh sini" panggil aku dan memeluk kedua dua nya "jangan gaduh tau, kalau gaduh nanti penat la omma, tak kesian ke dekat omma?" Tanya aku sambil memandang mereka bersilih ganti , mereka hanya mengangguk "dah kamu main dulu , omma nak mandi lepastu omma pergi masak nae?" Kata aku lalu meleraikan pelukan dan mencium dahi kedua dua anak aku itu

Setelah aku persiapkan diri , aku bercadang untuk turun ke bawah untuk memasak. Tetapi semuanya menjadi gelap apabila aku membuka pintu bilik , blackout! ha sudah mana anak aku?

Kenapa takde bunyi budak budak takut? Aku terus mengambil telefon aku dan membuka flash lalu menuruni anak tangga sambil memanggil nama anak anak aku dan juga omma lee, heih dah cukup kuat dah aku laung tapi diam jugak bebudak ni , aku melangkah masuk ke area dapur

Pam!pam!pam! Bunyi mercun di luar rumah. Aku berlari ke halaman belakang rumah akibat risau dengan keadaan anak anak aku. Aku tiba di halaman belakang rumah, aku terlihat banyak belon , dan lampu berkelip kelip , kemudian mata aku dikalihkan kepada tiga orang insan didepan aku

"Surprise!" Aku membulatkan mata hampir gugur juga jantung aku "Happy Birthday Kim Sangneul!" Aku tersenyum lebar sambil mengurut jantung aku , Hani dan Haneul berlari ke arah aku begitu juga dengan suami aku iaitu taehyung yang memegang kek , mereka tampak sangat gembira , aku juga turut gembira, aku hampir lupa yang hari ini hari lahir aku , actually mmg lupa. "Happy birthday sayang" kata taehyung lalu mengucup pipi aku "ish malu la bebudak tengok" kata aku malu , tae hanya tersenyum dan berkata "takde apa yang nak dimalukan, Hani dan haneul pun permulaan dia dari ciuman ni jugak lepastu--" aku menutup mulut tae , ish "okay sayang cukup saya tahu" kata aku sambil pipi memerah. Tae senyum kemenangan

Aku mencubit pipi anak anak aku "ish anak omma jahat , kata appa tak balik lagi?" Kata aku sambil memuncungkan mulut "hihi appa yang suruh" kata haneul , aku mengerling tae dan dia mengenyitkan matanya dan membuat v sign kepada aku , aku menjelirkan lidah kepada tae "eh mana omma lee?" Tanya aku setelah mengesan yang omma lee tiada "omma lee pergi rumah omma saya" kata tae aku mengangguk "omma cepat la tiup lilin tuuuu~" rengek hani "arraseo omma tiup" aku memejamkan mata dan berhajat lalu meniup lilin tersebut.

"Yey!" Jerit hani dan haneul sambil menepuk tangan , kami menjamu selera dengan pelbagai makanan yang tae belikan..

Sedang tae , haneul dan hani bermain kejar kejar , aku melabuhkan punggung di atas pondok di halaman belakang rumah , tae perasan aku duduk di pondok lalu dia  berlari dan mengambil tempat disebelah aku "tae , gomawo buat surprise , serius saya tak ingat langsung hari ini birthday saya" kata aku sambil tersipu sipu malu

"Cheonma ,  saya buat semua ni sebab saya sayang awak" kata tae sambil tersenyum kepada aku "saranghaeyo!" Kata aku sambil mencium pipinya "nado saranghaeyo!" Kata tae sambil pipinya kemerah merahan , malu mungkin , dia kemudiannya mengambil tindakan untuk mengucup aku dibibir , tangannya memaut lembut pinggang aku dan mendekatkan lagi jarak kami . aku hanya mengikut kehendaknya , tidak lama kemudian tae lepaskan ciuman tersebut

"Saya bersyukur sangat sebab dapat kenal awak , saya gembira sebab saya dapat berkahwin dengan awak walaupun macam macam halangan yang kita lalui , dan siapa sangka yang kita dah ada dua orang anak" kata tae sambil melihat haneul dan hani yang sedang berkejaran sesama sendiri begitu juga aku

"saya pun" kata aku "awak tahu tak apa yang saya hajatkan tadi? Saya berhajat agar hubungan kita ni akan kekal sampai hujung hayat kita dan kita tetap bersama walaupun macam macam dugaan yang akan datang" kata aku lagi "Kalau bukan sebab Park Sunhee dan adik awak , Kim Taehee , kita takkan dapat bersama bahkan kita tak mungkin akan kenal" kata aku sambil memandang langit , gomawo park sunhee desis hati aku

"Yep , saya berterima kasih sangat dekat Park sunhee walaupun saya tak pernah kenal dia dan taehee , kalau awak nak tahu benda yang paling saya takut ialah kehilangan family saya dan ia bermakna saya takut kehilangan awak" kata tae sambil merenung dalam mata aku , aku hanya tersenyum

Tae juga tersenyum "Promise me that you are always mine and never ever leave me alone" kata tae sambil menghulurkan jari kelingkingnya untuk pinky swear aku merenung jari tersebut dan tersenyum lalu membuat pinky swear dan berkata "promise"

Tae juga tersenyum "Promise me that you are always mine and never ever leave me alone" kata tae sambil menghulurkan jari kelingkingnya untuk pinky swear aku merenung jari tersebut dan tersenyum lalu membuat pinky swear dan berkata "promise"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-END-

Tamat la sudah al kisah saya~
Okay geng , Sorry ending hambar and ngarut 😭 sorry juga sebab cerita mengarut daripada chapter 1 smpai ending
Thankyou sesangat kepada readers author yang setia menanti tu ❤😭 thankyou support author smpai cerita ni habis❤ thnkyou jugakk sebab vote n comment , walaupun sikit tapi author hargai semua yang vote n comment tu❤🙌
Lastly, Iloveyou and thnkyousomuch❤🙌
Till we meet again 😢

Promise KTH [Complete]Where stories live. Discover now