#20

15 5 0
                                    

aku nak bagitahu beza 'cinta' dan 'couple'

cinta tu seperti kasih dan sayang. bercinta tak salah. seperti juga kau cinta nabi dan rasul. seperti kau cinta mak ayah kau. tapi sesetengah orang cakap bercinta itu haram. diorang cakap camtu pun ada sebab. sebab kebiasaannya dalam kalagan remaja bercinta sebab hawa nafsu dan berakhir dengan zina. itu tak boleh. tak adillah sebab segelintir orang melakukan sesuatu benda terkutuk tu terus nak jadikan benda tu haram. sebab contoh, pengguna facebook membuat facebook sebagai laman sosial untuk berdakwah. maka pahala la orang tu dapat. manakala ada segelintir manusia menjadikan facebook itu sebagai tempat dan punca zina, maka dosa bagi manusia yang tergolong. kenapa tak haramkan je facebook tu? kau kena tengok juga baik nya facebook. tempat kita menyebarkan dakwah besar besaran. begitu jugalah dengan cinta, kalau kau nak haramkan hukum cinta. kau kena fikir macam mana manusia nak mencintai allah, rasul dan ibu bapa?

fikir pakai otak lah, couple yang haram. couple adalah istilah yang senang difahami seperti 'berpacaran' sudah terang terang benda tu haram. so? apa nak tanya lagi? sila rujuk google ya. rajin rajin kan lah diri tu nak mendalami islam. sebab ilmu tu takkan pernah habis walau segenius mana sudah kau

ok tu je dari aku

Quotes 🌚Where stories live. Discover now