#33

14 3 0
                                    

3 PERKARA YANG DISEMBUNYI..

Sesungguhnya Allah menyembunyikan tiga perkara dalam tiga perkara.

PERTAMA: Allah menyembunyikan REDHANYA dalam ketaatan kepada-Nya. Oleh kerana itu, janganlah memandang ringan suatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat Redha Allah.

KEDUA: Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam sesuatu maksiat. Oleh kerana itu, janganlah engkau memandang ringan suatu maksiat, kerana mungkin di dalamnya terdapat murka Allah.

KETIGA: Allah menyembunyikan wali-Nya (kekasih-Nya) di kalangan makhluk-Nya. Oleh kerana itu, jangan sekali-kali memandang rendah akan seseorang, kerana mungkin dia itu Wali Allah.

Quotes 🌚Where stories live. Discover now