BAB 13

39.3K 1.6K 13
                                    

Keesokannya, aku datang ke sekolah seperti biasa. Dengan cekak di rambut, dengan baju sekolah yang masih sama serta gaya yang masih sama.. yurp, aku datang seperti biasa namun bila masuk sahaja ke pintu sekolah, suasana yang menyambut aku terasa berbeza.

Semua orang mulai ambil berat fasal aku. Hampir kesemuanya tanya keadaan aku. Hmm.. mungkin kejadian culik itu ubah orang sekeliling aku menjadi seorang  yang ambil berat fasal aku. Persoalannya, berapa lamakah sikap ini akan kekal? Pfft.. manusia kan?

"Kenapa kau datang sekolah ni, Warda? Sepatutnya, kau kena rehat banyak-banyak." terpa rakan sekelas ku.

Hampir kesemua pelajar perempuan kelasku mengelilingi meja yang aku duduki. Aku sudah rimas. Huh! Suka hati akulah nak datang sekolah ke apa?! Yang diorang nak bising itu apahal?!

"Aku bosan duduk rumah." balasku mendatar.

Spontan, aku mengeluarkan buku 'grammar' ku lalu aku letakkan di atas meja. Biar mereka semua nampak yang aku masih semangat nak belajar walaupun kes culik itu hampir meragut kewujudan aku di situ.

"Penculik itu masih tak dapat tangkap lagi ke?" soalan lain pula menerjah.

Mahu saja aku tutup telinga dari terus menjawab soalan mereka itu. Pleaselah, bagi aku ketenangan untuk belajar.

"Korang ni memang tak ada kerja lain eiyh? Punyalah banyak benda korang boleh buat, si Warda ni jugalah yang korang nak kacau. Apahal?!" gertak Gina yang sudah cuba melindungiku.

Aku sudah pandang Gina disebelah. Haih, untung betul ada kawan begini.
"Alah, kitorang pun nak ambil tahu sebab nak tahu keadaan Warda. Bukannya apa.." bela salah seorang daripada mereka.

Aku mencebik. Pfft.. menyampahnya aku dengar. Selama ini, korang sibuk pasang cerita buruk fasal aku. Tiba-tiba hari ini mengata nak ambil berat. Nampak sangat kepalsuannya di situ..

Baru sahaja Gina mahu membalas, kelibat seorang guru perempuan masuk ke dalam kelas. Nametag yang dipakainya jelas tercatat nama pendeknya, Puan Nuraifah.

Segera, kumpulan kononnya ambil berat itu kembali ke tempat duduk mereka semula. Tergopoh-gopoh.

"Assalamualaikum dan selamat pagi, semua." ujar Puan Nuraifah apabila melihat suasana sudah kembali seperti sediakala, para pelajar sudah duduk di atas kerusi masing-masing.

Sempat mata wanita itu mengerling aku yang duduk di hujung. "Kamu dah sihat ke, Warda?" soal wanita itu dalam nada ambil berat.

Aku sekadar menganggukkan kepala tanda yang keadaan aku tidak perlu dirisaukan. Wanita itu memahami, kembali matanya beralih memandang satu persatu yang ada dalam kelas aku itu.

"Saya masuk ni bukan sebagai cikgu ganti kamu. Saya datang sini cuma nak beritahu kamu yang Puan Tirah, guru bahasa inggeris kamu sedang cuti bersalin sekarang ni jadi.. buat sementara waktu, tiada siapa yang akan ambil untuk mengajar subjek ini." jelasnya.

Dan, yurp.. hampir kesemua dari kami sudah tersengih teruja. Aku yang paling lebar senyumnya. Kalau tarik sikit, mungkin sudah sampai ke telinga.

"Maksud cikgu, tak ada yang akan ajar kami. Tak ada yang gantikan Puan Tirah ke?" soal salah seorang pelajar lelaki kelasku.

Wanita itu mengangguk mengiakan soalan yang diaju. Spontan, beberapa dari kami bersorak gembira. Akulah yang termasuk dalam kalangan teruja itu.

Akhirnya, aku dapat bebas dari menghadap sebarang kosa kata bahasa inggeris! Ahahaha.. bolehlah letak kamus jauh-jauh buat sementara waktu ini!

"Kamu jangan gembira sangat. Nak tak nak, walaupun cikgu tiada.. kamu masih kena belajar subjek ni memandangkan ini subjek wajib SPM." sempat amaran kecil, Puan Noraifah berikan. Mungkin tak puas hati, dengan sambutan yang kami raikan.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now