BUKTI LEBIH INDAH

11 0 0
                                    

Bila kita sayangkan seseorang, kita akan cuba penuhi setiap apa yg dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba buat dia bahagia . Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yg pasti, kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . Setiap kali berjauhan, kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada di depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yg kita buat . Sesibuk mana pun, dia sentiasa dalam ingatan kita .

Tapi, apa yg terjadi bila apa yg kita harapkan itu, tidak seperti yg kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya, tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya, tapi setiap keinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya, tapi tindakan kira dipersoalkan pula . Seolah-olah diri kita asing baginya . Sememanya perempuan diciptakan lemah . Namun tidak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yg jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap tersenyum dihadapan kau . Tapi di belakang kau dia menangis . Dia terluka . Seluka manapun hati perempuan, dia tetap akan bagi peluang untuk berubah kepada orang yg dia sayang . Sebab dia yakin, insan yg dia sayang akan berubah menyayanginya kebali sepenuh hati seperti dia . Tapi malangnya, setiap peluang yg diberi selalu dipersiakan .

Kadangkala, hati perempuan terdetik, tiada langsungkah sifat "menghargai" dalam diri seseorang lelaki?  Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal hubungan saja? Sepatutnya, semakin lama hubungan itu, semakin kuat perasaan cinta itu . Bukan semakin pudar . Perempuan selalu ingin menjadi perhatian orang yg dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada.  Tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . Bukannya ditabur dengan wang ringgit.  Cukup dengan luangkan masa dengannya . Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari, cukup dengan satu mesej "I Love You"  setiap pagi . Adakah semua perkara ini remeh dimata lelaki? Kalau begitu, tidak perlulah  berkahwin dengan perempuan .

Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yg bergelar wanita di dunia ini, perkataan remeh itu takkan pernah terucap di bibir . Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi, kenapa perlu mengasari dia? Walaupun dengan kata-kata, sudah cukup untuk meninggalkan parut di hatinya . Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki, kerana itu sudah memang menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi seandainya apa yg dituturkan itu satu penipuan, lebih baik diam . Tidak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yg diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji .






Hati perempuan bukan seperti permukaan air . Bila dibaling batu, berpecah, dan kemudian bercantum kembali . Tetapi, hati perempuan seperti cermin . Apabila terluka, tercalar dan pecah . Jika dicantumkan kembali pun, masih nampak kesan retak tu .

ALL ABOUT MEWhere stories live. Discover now