prologeu

9.9K 719 35
                                    

"Susah sangat ke awak nak lupakan dia?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Susah sangat ke awak nak lupakan dia?"

"Dan susah sangat ke awak nak bantu saya untuk lupakan dia?"

Aku terdiam. Kami sama-sama mendiamkan diri. Posisi kami sekarang ini, aku baring mengereng ke kiri manakala Taehyung baring mengereng ke kanan.

Aku mengetap bibir. Perkahwinan yang aku anggap terlalu sempurna rupanya tidaklah sempurna yang dibayangkan. Terlalu banyak cacat cela yang aku tidak nampak, sekarang ini baru nampak.

"Saya tak sangka, awak masih lagi hidup dalam bayangan awak sendiri." kataku dengan nada sedikit kecewa dihujungnya.

Aku memejamkan mata dan menelan air liur dengan perit. Kenyataan yang satu itu betul-betul membuatkan hati aku sakit.

"Dia, cinta pertama saya, Eun. Susah untuk saya lupakan dia."

Aku mengeluh perlahan.

"Jadi, apa gunanya kita berkahwin kalau awak tak pernah berusaha untuk lupakan dia?"

"Sampai mati pun, saya tak boleh lupakan dia, Eun. Tolong faham saya."

Keras betul hati kau, Kim Taehyung.

Macam mana aku nak bantu kau, kalau kau sendiri tidak mahu bantu diri kau keluar dari belenggu masalah yang satu itu?

-

sambungan silent couple

taknak baca silent couple dulu pun takpe. jejejej

✔️me after you . kthWhere stories live. Discover now