14

3K 412 34
                                    

Haeun's pov

Serabut!

Kepala aku sedang serabut memikirkan banyak perkara. Tentang kedai bunga aku lagi. Dan paling terbaru, aku akan berkahwin.

Gila.

Aku akan berkahwin?

Aku mengusutkan rambut aku. Tak pernah terfikir pun yang aku akan berkahwin secepat ini. Umur pun baru 27 tahun. Target nak kahwin umur 30 tahun!

Dan paling gila, bakal suami aku tu aku tak berapa kenal lagi siapa dia yang sebenar.

Yang aku tahu, nama dia Kim Taehyung. Dia merupakan seorang doktor disebuah hospital milik ayahnya. Dan paling aku tahu, dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Hayeon.

Ceh.

Nampak tak betapa aku tak kenal dia lagi?

Umur pun aku tak tahu.

Tapi apa yang buatkan aku serabut sekarang ini, aku takut kalau aku tak mampu untuk bantu dia keluar dari bayang-bayang silamnya. Aku takut kalau kami akan bercerai jikalau tidak sehaluan.

Tiba-tiba sahaja telefon aku bergetar.

Aku melihat ke  arah skrin iphone 7 untuk melihat siapa yang membuat panggilan.

Apa pula Taehyung nak malam-malam buta ni? Aku mengerutkan dahi dan mula menekapkan telefon itu pada telinga aku.

Aku berdehem perlahan untuk betulkan ton suara aku.

"Hai." aku memulakan perbualan. Taehyung diam. Lama dia mendiamkan diri hingga membuatkan aku berdecit.

"Kalau awak rasa tak ada perkara penting untuk dibincangkan, better takpayah call saya." kataku, geram.

Call tapi taknak cakap. Baik tak payah call. Ergh.

"Maaf." katanya dengan suara garau yang memikat itu.

Aku mengeluh perlahan.

"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni, Tae. Esok awak tak kerja ke?"

"Apa kau ni? Lupa ke yang esok hari perkahwinan kita?"

Aku terkedu. Dahi ditepuk dan perkataan bodoh diulang beberapa kali tanpa suara pada diri sendiri.

"Hm maaf. Saya lupa."

"Lupa atau tak suka kahwin dengan aku?"

"M-mana ada. Saya okay jelah. Lagipun saya dah janjikan nak bantu awak hilangkan kesedihan." kata aku.

Taehyung diam.

"Awak nak apa sebenarnya, Tae?"

"Saja je aku call kau. Tetiba nak dengar suara kau."

"ish! Macam tak ada kerja lain je yang awak boleh buat." aku mencebik. Tapi dalam masa yang sama jantung aku berdetak laju.

Tiba-tiba je, dia ni.

"Taknak buat kerja lain. Aku nak dengar kau membebel dekat telinga aku. Ha cepat, bebel dekat aku!"

Tak, kau apahal Taehyung memalam ni tiba-tiba je perangai kau jadi pelik ni?

"Saya nak bebel apa je dekat awak?"

"Bebel jelah apa-apa."

"Jangan menyesal okay?"

"Ye, sayang"

Aku terdiam lama. Suara garau itu sungguh menusuk kejiwa jikalau menyebut perkataan sayang itu.

Jantung aku tak henti dari berdetak laju. Aku menggelengkan perlahan kepala, aku tak boleh letak terlalu tinggi harapan kepadanya.

Sebab, bila-bila sahaja dia boleh sakitkan hati aku.

"Awak tahu tak yang saya takut nak kahwin dengan awak? Saya takut kalau saya dah mulakan sayang awak, awak mula tinggalkan saya. Saya takut kalau saya sudah letak harapan, tapi harapan saya hancur berkecai. Dan saya takut kalau saya tak berjaya untuk buat awak lupakan Kak Hayeon."

Taehyung terdiam lama. Lama dia membuatkan aku sudah mula untuk mengalah.

"Tae.. saya nak tidur. Bye--"

"Kejap." Taehyung memotong percakapan aku. Aku mengetap bibir.

Taehyung mendiamkan diri sekali lagi. Lama jugalah sehingga aku terdengar satu keluhan berat darinya.

"Lee Haeun... tolong jangan pernah berputus asa dengan aku. Walaupun apa yang terjadi. T-tolong jangan putus asa, okay?"

Aku pejamkan mata dengan keluhan berat.

Aku cuba, Tae.

------

TBC

maybe start chap ni sampai habis, aku akan limit kan word sampai 500+ je hehe

✔️me after you . kthWhere stories live. Discover now