part6

95 5 0
                                    

tahun 2018 semakin berakhir . hubungan astiela dan amierul semakin rapat .mereka sering berhubung di whatsapp dan benda yang astiela tak pernah jangka berlaku akhirnya berlaku jugak .

naurahastiela: kau ni selalu chat aku girlfriend kau tak marah pulak?

amierulizrin: aku mana ada girlfriend

naurahastiela: tipu je muka kau ingat aku percaya ke tak ada girlfriend ha

amierulizrin: betul lah tak ada ke kau nak jadi girlfriend aku ? 😏

naurahastiela: erk tak hingin aku mati hidup semula pun aku tak nak 😜

amierulizrin: yeje tak nak ? tah tah dalam hati nak siapa tahu kan?😏

naurahastiela: jangan perasaan boleh tak aku nak muntah ni

amierulizrin: hahahahaha

naurahastiela: bluetick

amierulizrin: naurah astiela

tiba tiba je amierul menaip nama penuh astiela.

naurahastiela :kau dah kenapa tiba tiba sebut nama penuh aku ni?

amierulizrin : aku cuma nak bagi tahu

naurahastiela: bagi je lah tahu tapi tak perlu kot sampai sebut nama penuh aku dan cakap tergantung macam ni

amierulizrin: aku cuma nak bagi tahu yang apa aku cakap tadi tak main main aku serius

naurahastiela: apa kau merepek ni?

tiba tiba sel sel otak naurahastiela tidak berhubung .

amierulizrin: aku nak kau jadi girlfriend aku aku dah lama memendam perasaan pada kau

amierulizrin: pergi ke hutan mencari kayu , aku cuma nak ucapkan i love you💘

amierulizrin: i love you naurah astiela 😘

naurah astiela : bluetick .

jari astiela menjadi kaku astiela tidak tahu mahu reply apa .jantungnya berdegup sangat kemcang .astiela tidak pernah terfikir hubungan nya bersama amierul akan memberi impak sebegini kalau dia tahu amierul sudah lama memendam perasaan kepadanya pasti sudah lama dia ignore si amierul ni .

selepas 10 minit astiela nekad untuk reply .

naurahastiela: maaf lah weh aku tak nak bercinta dengan classmate sendiri if tahun hadapan kita kelas berbeza insyaAllah aku terima kau .lagi pun hati aku tengah kosong .

naurahastiela : maaf lagi sekali if kau nak tunggu aku sampai tahun hadapan aku tak kesah kalau kau tak sanggup nak tunggu kau boleh cari orang lain yang jauh lebih daripada aku

naurahastiela: maaf ea tapi kita tetap kawan

amierulizrin: okay aku faham kenapa kau taknak terima aku untuk tahun ini .aku akan tunggu kau untuk tahun hadapan .aku tak kan cari orang lain selagi kau tak bagi jawapan and aku tetap akan tunggu kau sampai tahun hadapan .hati aku cuma untuk kau

naurahastiela: bluetick

hati astiela masih sukar untuk terima sesiapa buat masa sekarang ni .astiela kata macam tu pada amierul kerana dia tak nak luka kan hati amierul. astiela sendiri tak tahu sama ada kalau mulutnya masin bermaksud kalau benar tahun hadapan mereka kelas berbeza pasti amierul menuntut kata katanya . hati dia pada amierul langsung tiada  astiela sudah tawar hati pada lelaki jadi untuk dia menerima amierul dalam hidupnya bukan mudah dia perlu mengenal amierul dengan lebih dalam dan astiela taknak dirinya dilukai begitu sahaja cukup lah apa yang nafil sudah buat pada dirinya dia taknak dirinya dilukai lagi dengan orang sama dan alasan yang sama .apabila astiela berada dekat dengan amierul astiela melihat tingkah laku amierul sama seperti fayad farhan iaitu musuh sekolah rendahnya dan mereka menjadi rapat .
  di saat astiela merindui fayad astiela akan membayangkan diri amierul menjadi diri fayad jadi astiela takut sekiranya dia menerima amierul dalam hidupnya seumpama dia menerima fayad dalam hidupnya bererti astiela bukan menerima hati amierul malah dia hanya mempergunakan amierul .

hari hari persekolahan astiela berlalu seperti biasa astiela makin rimas apabila amierul sering menganggunya .tapi kadang kadang dia mula menyukai akan perbuataan amierul yang sering menganggunya .
 
   ada suatu hari itu .astiela sudah siap menggalas beg tepinya dan saat dia ingin membuka langkah tiba tiba amierul menarik begnya membuatkan badannya terpusing 360 darjah menghadap amierul . astiela menjadi kaku kerana keadaan mereka begitu dekat sekali selepas 10 saat astiela menghadiahkan jelingan paling tajam sekali dan berlalu pergi .

Maka berakhir lah sudah tahun 2018 .sedang astiela sibuk mengemas buku bukunya kerana dia mahu meletakkan buku baru di raknya dia ternampak sebuah novel dia mencapai novel tersebut dan dia baru teringat siapa yang memberi kepadanya .

*flashback*

semasa jamuan raya kebetulan pula pihak sekolah menganjurkan pameran buku .
astiela baru teringat yang dia lupa mahu membawa duit jadi dia tidak boleh membeli novel .hobi astiela adalah membaca novel dan membeli novel menggunakan wang sendiri .
  astiela mendapat idea untuk memujuk amierul kerana dia ternampak amierul membawa duit banyak hehe stalker .

"weh belanja lah aku novel birthday aku dah nak dekat ni " merayu astiela .memang betul pun birthday astiela sudah semakin hampir

"erk tu birthday kau bukan birthday aku so kau beli lah sendiri " kata amierul tegas.

"erk tak pernah dibuat orang kalau birthday sendiri beli sendiri kau ni tak gentle lah dah lah tak nak kawan kau " kata astiela seakan akan mahu merajuk

amierul jadi serba salah .

astiela terus makan makanan apa yang ada di hadapan matanya itu .tiba tiba shah datang menghampiri astiela .
"weh astiela mierul nak jumpa kau " kata shah
"kenapa dia nak jumpa aku? " jawab astiela dingin .siapa je tak dingin tadi tak nak belanja tiba tiba sebok nak jumpa
"mana lah aku tahu kau tanya lah dia sendiri " kata shah sambil menggaru kepalanya .
"yelah " dengan berat hati dan bontot astiela segera bangun dan berjumpa dengan amierul

"ada apa nak jumpa aku?" kata astiela dingin sambil memandang tepat ke arah muka amierul
amierul mengeluarkan 2 keping rm10 dan sekeping rm5 dan berkata " nah aku belanja untuk birthday girl "
astiela seakan akan tak percaya tadi amierul menyuruh dirinya beli sendiri sekarang dia nak belanja pulak .peliknya

lama jugak astiela memandang wang yang amierul pegang tadi dengan pandang yang pelik .tiba tiba amierul bersuara " kau nak ke tak?kalau tak nak aku simpan semula duit aku ni"
"kau ikhlas ke tak?" tanya astiela ingin kan kepastian
amierul menangguk .astiela terus mencapai wang yang dihulur amierul tadi dan berkata "terima kasih don't worry aku akan hargai pemberian kau ni" .amierul hanya senyum dan astiela mengajak fikah menemaninya .
  astiela tidak mempunya banyak masa untuk membelek satu persatu sinopsis novel tersebut astiela hanya memilih nove lah yang menarik kulit buku nya dan dia terus membayar dikaunter setelah itu astiela bergegas menaiki ke kelas .
dikelas astiela tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada amierul dan amierul hanya senyum .
  tiba sahaja di rumah astiela membelek sinopsis novel yang dibeli hasil duit amierul itu dan alangkah terkejutnya dia bahawa nama watak dalam novel itu hampir sama dengan amierul . adakah ini dinamakan jodoh? astiela berniat dalam hati untuk menghargai pemberian yang diberi oleh amierul ni kerana ini merupakan kenangan kerana kenangan tak boleh dilupakan .

*end flashback*

astiela hanya tersenyum apabila mengimbas kenangan itu .dan astiela meneruskan kerjanya iaitu mengemas buku bukunya .

bahagiakan aku walaupun sesaat Donde viven las historias. Descúbrelo ahora