Program Hari Kemerdekaan

426 11 1
                                    

"Along duduk rumah sampai bila ? " soal adik bongsuku, Iffah. Wajahku ditatapnya.

"Macam nak suruh along balik cepat je, " dugaku kepadanya.

"Tak lah, saja tanya." balas Iffah.

"Along nak cakap apa sebenarnya suruh berkumpul ni ? Cakaplah cepat, " gesa adikku yang kedua, Aizad.

"Sebenarnya, along nak  korang semua pergi mendaki bukit." kataku tenang.

"Hah ? Mendaki bukit ? Kenapa ? Buat apa ? " soal Iffah bertubi-tubi.

"Macam ni, along nak ajak korang semua mendaki bukit sabtu ni sebab ada program sempena Hari Kemerdekaan. Jomlah ! Ramai orang tau yang semangat untuk sertai. " jelasku mengajak mereka berdua bersungguh-sungguh.

"Tak nak, penatlah nanti." rungut Iffah dengan menunjukkan reaksi muka yang langsung tidak berminat dengan ajakkan aku.

"Seronok jugak mendaki bukit sempena Hari Kemerdekaan, tapi nanti ada pertandingan bola sepak dengan kawan-kawan." kata Aizad yang menolak ajakkan aku.

"Iffah dengan Iz ikutlah sekali dengan along," pujukku penuh harapan.

"Tak nak , baik duduk rumah baca novel." kata Iffah memberi alasan pula.

"Along nak tanya, apa tanda cinta kau orang terhadap negara ? Apa pengorbanan kau orang ? " soalku sambil menatap muka mereka.

Tiada jawapan.

" Along nak ajak kau orang mendaki bukit bersama-sama rakyat Malaysia sebagai tanda semangat cinta akan negara kerana sanggup berkorban masa demi menyertai aktiviti ini. Bendera yang dibawa akan dikibarkan bersama-sama dengan penuh rasa bangga menjadi warganegara Malaysia ! " kataku penuh semangat untuk mengajak mereka sertai bersama-sama.

"Lagipun, 31 Ogos nanti along nak ajak kau orang pergi Dataran Merdeka sambut Hari Kemerdekaan. Sebab nanti Along sertai perbarisan lepastu dah sambung bertugas balik. Along nak jugak luangkan masa bersama adik-adik kesayangan along." kataku dengan rasa sedikit sedih kerana tidak dapat lama bersama mereka.

"Along buat kita orang rasa bersalah lah. Kalau macam tu, Iffah ikut sekali  lah ! " kata Iffah setelah lama berdiam diri.

"Iz pun nak ikut alonglah," kata Aizad pula.

"Iffah dengan Iz nak ikut sebab terpaksa ke ni ? " soalku ingin menduga jawapan mereka.

"Tak ! Iffah ikut dengan kerelaan hati. Iffah nak ikut sebab Iffah terfikir jugak apa pengorbanan dan tanda sayang Iffah kepada Malaysia. Jadi tak salah kalau Iffah luangkan masa dengan aktiviti macam ni. Hari Kemerdekaan pun setahun sekali sahaja." jawab Iffah bersungguh-sungguh.

"Iz pun sama jawapan dengan Iffah !  Bukan sebab terpaksa. Iz pun dah bersemangat nak ikut along mendaki bukit." jawab Aizad pula. Aku tersenyum mendengar jawapan mereka.

"Baik, nanti kita pergi mendaki Bukit Tabur, Kuala Lumpur. Tapi ibu tak ikutlah sekali mendaki. Pergi Dataran Merdeka baru ibu ikut." jelasku kepada mereka.

"Ok, nanti kami kemas barang yang nak dibawa." jawab Aizad mewakili mereka berdua.Aku tersenyum gembira. Akhirnya, mereka mahu sertai Program Hari Kemerdekaan.

Sayangi Malaysiaku Where stories live. Discover now