Kerna Aku Anak Merdeka

1.1K 16 0
                                    

Hari ini adalah hari yang bermakna dalam hidupku. Tarikh 31 Ogos yang merupakan Hari Kemerdekaan adalah sama dengan tarikh aku dilahirkan. Hari ini impianku sebagai seorang pejuang negara untuk menyertai perbarisan di Dataran Merdeka di hadapan seluruh rakyat Malaysia dan kerabat diraja, perdana menteri dan lain-lain telah tercapai.

"Baris ! Baris menghadap ke hadapan ! Ke hadapan pusing ! " lantang suaraku memberi arahan sebagai ketua perbarisan Tentera Laut Diraja Malaysia. Suaraku diiringi pergerakan perbarisan tenteraku yang lain. Kami memberi tanda hormat kepada mereka yang disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia.

Seterusnya perbarisan diteruskan dengan penuh semangat dan pergerakan yang teratur. Setelah perbarisan selesai dilakukan, lagu kebangsaan mula dimainkan serta seluruh rakyat Malaysia mula berdiri tegak sebagai tanda hormat untuk menyanyikan lagu kebangsaan. Kemudian, lagu-lagu patriotik yang lain mula kedengaran untuk dinyanyikan bersama-sama dengan jalur gemilang berkibaran di setiap tangan warga Malaysia.

"Hebatlah along ketuai perbarisan TLDM tadi ! " puji Iffah yang datang kepadaku. Begitu teruja riak wajahnya.

"Angah nak jadi macam along jugaklah ! Jadi orang yang berkhidmat untuk negara yang tercinta ! " kata Aizad pula.

"Seronok lah sambut Hari Kemerdekaan dekat sini, meriah ! " kata Iffah lagi.

"Hebat anak ibu ! " puji ibuku sambil memeluk tubuhku dengan erat. Aku membalas pelukannya.

"Selamat hari hahir, along. Ibu harap along dapat jadi anak yang sentiasa berjaya dalam kehidupan dan dapat berkhidmat dengan baik terhadap negara." ucap ibuku kepadaku dalam pelukannya.

"Selamat hari lahir along !" ucap Iffah.

"Selamat hari lahir jugak along ! Selamat berkhidmat untuk negara ! " ucap Aizad pula.

"Terima kasih semua. Zaf janji akan berkhidmat untuk negara hingga akhir hidup Zaf macam arwah abah ! Lagipun, Zaf kan anak merdeka ! Mestilah kena bersemangat untuk menjaga tanah air daripada diceroboh oleh musuh luar. Zaf akan siap sedia berkorban untuk menjaga ibu pertiwi." kataku dengan penuh semangat.Kami berempat saling berpelukan antara satu sama lain.

"Ingat kita kena sayangkan negara kita yang telah sekian lama mendapat kemerdekaan. Jadi, along harap bila angah dan adik dah besar nanti dapat berkhidmat untuk negara sebagai tanda sayang akan Malaysia. Sayangi Malaysiaku ! " ucapku memberi semangat kepada mereka.

"Sayangi Malaysiaku !" ulang ibuku dan mereka berdua. Aku tersenyum melihat mereka.

" Kini, aku berharap agar  dapat berkhidmat untuk negaraku yang tercinta kerna aku anak merdeka yang akan berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi menjaga keselamatan negara. Sayangi Malaysiaku !" kata hati kecil Zafril.

Tamat.

Sayangi Malaysiaku Where stories live. Discover now