Aku fikir tak ada salahnya untuk berkawan sahaja dengan teman sama satu pejabat.
Nak dijadikan cerita aku boleh rapat dengan dia apabila suatu hari tu aku nak balik ke rumah tiba-tiba alarm kereta bateri kong.
Aku dah mula risau. Hubby kerja jauh. Kebetulan pula hari tu aku lewat. Nak minta tolong kawan-kawan semua dah balik. Bos pun dah balik.
Aku naik semula ke pejabat untuk mencari bateri spare atau meminta tolong daripada sesiapa yang masih ada.
Tiba-tiba aku terserempak dengannya yang baru selesai bermesyuarat. Dia terkejut bila melihat aku masih di pejabat. Aku pun bagi tahu alarm kereta tak berfungsi sebab bateri habis. Nasib baik ada bateri spare dalam beg laptop dia.
Sejak kejadian itu, aku dan dia menjadi rapat dan selalu berbalas mesej. Namun, status perkahwinan menghadkan perbualan antara aku dan dia hanya setakat di pejabat sahaja.
YOU ARE READING
Skandal di Pejabat
RomanceDia baru di tukarkan ke department yang searas dengan aku. Aku pulak bertukar tempat work station. So bila nak keluar dari bilik akan bertembung dengan tempat dia dulu. Sejak tersenyum kat dia laa punca dia target aku sebab dia kata suka tengok aku...