A/N: Jeon Jungyoon nama yang dipilih oleh author. Terima kasih atas feedback semua.
----
Bayi lelaki yang dinamakan Jeon Jungyoon itu sudah lena diulit mimpi. Hae Yoon tersenyum puas melihat kelakuan anaknya yang baru lahir.Tak seperti Jungkook, Jungyoon lebih senang diuruskan dan paling penting, dia jarang mengamuk seperti ayah kandungnya itu.
Selimut kecil ditarik untuk menutupi badan bayi yang baru berusia beberapa hari itu. Hae Yoon kucup pipi Jungyoon lama sebelum beredar keluar dari bilik.
Bunyi kaca pecah memeranjatkan hati kecil milik wanita itu. Lantas, dia atur langkah besar untuk singgah ke dapur.
Entah apa pulak yang dilakukan Jungkook kali ini?
----
Aku menuruni anak tangga banglo besar milik Jungkook ini. Tanpa menunggu lama, laju aku menapak ke dapur.Cari di bilik tidur pun Jungkook tiada. Dalam bilik air pun lagilah tiada.
Jarum sudah mencecah hampir 12 tengah malam. Mungkin anak Jeon ni lapar agaknya.
Tapi dia langsung tak panggil aku. Risau mula bertandang di hati. Aku tepis cepat-cepat semua tanggapan negatif yang singgah di fikiran.
Jungkook, aku harap kau jangan gatal nak main-main lagi teruk kali ni.
Hae Yoon penat. Tak kasihan ke?
---
Susuk badan milik Jungkook terpampang di pandangan anak mataku. Dia masih membelakangi aku. Jungkook kelihatan sedang sibuk bermain-main dengan sesuatu.Hati aku sudah mula bermain irama yang kurang enak. Aku perlahan-lahan mendekati Jungkook.
"J-jungkook, buat apa ni? Lapar sangat ke? Nak Yoon masakkan?"tegur aku dengan nada yang cuba direndahkan.
Bimbang jika Jungkook terkejut. Mahu dicampaknya aku ke luar tingkap.
---
Serta-merta tangannya yang dari tadi bergerak-gerak melakukan sesuatu berhenti mengejut.Jungkook tersenyum lebar apabila terdengar teguran Hae Yoon.
"Jeon Hae Yoon..tak tidur lagi ke sayang?"balas Jungkook. Kedua-dua tangannya masih berada di belakang badan.
Hae Yoon yang memerhati tindak-tanduk Jungkook mengesyaki sesuatu yang kurang normal daripada Jungkook.
Terus dia menyerang Jungkook dengan soalan.
"Jungkook, awak masak ke? Kenapa tak kejutkan saya?"
Jungkook senyap. Dia menggelengkan kepala laju.
Hae Yoon berasa tidak puas hati dengan balasan Jungkook. Dia terus menerpa Jungkook yang masih kaku berdiri.
"Oh god. Jungkook, seriously?"
Mengucap panjang Hae Yoon apabila terlihat perkara sebenar yang dilakukan Jungkook pada waktu itu.
---
Aku bukan Hae Yoon yang dulunya lemah dan sangat takut dengan Jungkook.Hidup aku sudah berakhir dengan Jeon Jungkook.
Mahu atau tidak, aku kena hadap Jungkook.
Sebab kami berdua sudah terikat.
Aku , Jungkook dan Jungyoon.
Aku berlari-lari anak ke arah Jungkook. Aku memaut kedua-dua tangannya.
Rasa ingin tahu membuak-buak dalam hati.
"J-jungkook, tolonglah. Takkan malam-malam pun nak main sayang?"pujuk aku sebaik mungkin.
---
Jungkook mendengus geram. Dia baling patung teddy bear kepunyaan Hae Yoon yang sudah ditikam dengan pisau.
Hae Yoon urut dada Jungkook lembut. Nafas lelaki itu turun naik dan langsung tidak stabil.
"Yoon , kau dah tak sayang aku. Kau dah malas nak layan aku kan? Kau dah tak nak main dengan aku. Kau dah tak sayang aku. Hae Yoon dah bosan dengan Jungkook. Betul kan?"desak Jungkook.
Hae Yoon segera tahan tangannya dari mencapai pisau yang masih terpacak elok di dada patung beruang itu
Hae Yoon memeluk badan Jungkook untuk menahan tindakan lelaki itu daripada melampaui had.
Jungkook meronta-ronta. Berusaha betul dia ingin melepaskan diri dari pelukan erat Hae Yoon.
"Jungkook, saya sayang awak. Jangan mengamuk ye? Nak Yoon lari?"
Jungkook berhenti menghentakkan kakinya tanda protes. Kepalanya mendarat di bahu Hae Yoon.
Bunyi tangisan kecil Jungkook menyentuh perasaan Hae Yoon.
Dia segera menghadiahkan ciuman ke bibir Jungkook.
"Dah dewasa. Daddy Jeon dah tak boleh sesuka hati mengamuk. Faham tak?"
Jungkook membalas pelukan Hae Yoon. Hanya bunyi deheman suara yang dapat didengari.
Namun, matanya dalam diam memerhati patung beruang yang sudah lunyai dikerjakannya itu.
Oops. Jangan terkantoi dengan Jeon Hae Yoon ye Jungkook.
🍀
Semoga menyukai update ini. Nak fokus pada story anak Jeon yang lagi satu.Terima kasih 💖
YOU ARE READING
[C] Psycho Crush 2 |JJK
FanfictionKau dan aku. Kita sama. Kita psiko. Start : 08/9/2018 End : 22/9/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design