A/N: Chapter kedua terakhir.
Chapter ni mendebarkan sikit.
Plot twist, korang dah ready?
---
Sudah dua bulan berlalu kes penangkapan Jungkook di rumah banglo itu. Sejak dari kejadian itu jugalah, aku tidak menjejakkan kaki di rumah tersebut.Aku trauma. Aku juga takut rindu aku terhadap Jungkook semakin bercambah dan melarat.
Aku usap kepala Jungyoon yang sudah membesar dengan comel. Wajahnya yang sangat iras dengan Jungkook sedikit melegakan hati aku.
Aku cium dahinya dengan perasaan kasih yang menggunung tinggi. Aku bawa jari kecil anakku ke perut aku yang masih nipis.
Jungyoon tergelak suka. Jari-jari comelnya menyentuh perut aku.
"Seronok betul dia ni. Lambat lagi adik Jungyoon nak keluar. Suka sangat dia ni!"ujarku gembira dan aku segera mencubit manja pipi Jungyoon.
Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap. Aku membutangkan kot labuh yang dipakai. Mata aku merenung tarikh di kalendar yang tersangkut di dinding bilik rumah sewaku.
"Dah lama saya tak singgah jumpa awak Jungkook. S-saya nak khabarkan berita baik ini dekat awak."aku monolog bersendirian sambil tanganku mengusap perut aku yang masih kempis.
---
Setelah selesai menghantar Jungyoon kepada pengasuh, aku mengambil teksi untuk bergerak ke destinasi berikutnya.Perjalanan ke tempat tersebut dirasakan begitu lama. Aku membelek-belek gambar aku dan Jungkook yang menghiasi paparan skrin telefon pintarku.
"Puan, dah sampai."suara pemandu teksi itu mengejutkan aku daripada lamunan yang panjang. Aku segera membayar tambang teksi lalu bergerak keluar menuju ke bangunan yang menempatkan Jungkook.
"Saya harap awak sihat Jungkook. Saya terlalu rindukan awak."
---
Hae Yoon dibawa untuk memasuki sebuah bilik bercat putih lesu itu. Di dalam bilik itu hanya terdapat sebuah meja dan dua buah kerusi.Seorang pegawai meminta Hae Yoon untuk duduk menunggu di dalam bilik itu. Hae Yoon melabuhkan punggungnya sambil matanya meliar memerhati sekeliling.
Pada masa yang sama, matanya tertutup rapat. Hae Yoon tidak sabar untuk menemui suaminya setelah sekian lama.
---
Bunyi besi dihentak perlahan di atas meja menyebabkan Hae Yoon terus bertindak membuka mata.Jungkook sudah berada di hadapan matanya. Lelaki itu berbaju seperti tahanan penjara yang lain. Rambutnya yang kusut dan semakin panjang menarik perhatian Hae Yoon untuk memandang dengan lebih lama.
Bibir Jungkook pucat dan kering. Lingkaran gelap melingkari bahagian bawah matanya. Jungkook yang dilihatnya pada waktu itu sangat berbeza daripada Jungkook sewaktu ditahan dua bulan yang lepas.
"J-jungkook, awak sihat?"ujar Hae Yoon. Jarinya mengelus pipi Jungkook yang nampak pucat tanpa warna itu.
Jungkook mendekatkan tangannya yang bergari itu di wajah Hae Yoon. Sungguh ralit dia membelai wajah Hae Yoon tanpa sebarang suara.
"Jeon Jungkook..c-cakaplah. Saya rindu awak ..sangat sangat."luah Hae Yoon.
Jungkook menghentikan tindakannya dan duduk menjauhi wanita itu.
Bibirnya mengukir senyuman sedih. Mulut Jungkook tergerak-gerak seperti ingin mengucapkan sesuatu.
"Sudah pasti aku rindukan kau dan anak-anak kita. Jungyoon sihat kan? Dalam perut tu, ada tak dia susahkan mummy Yoon?"
Hae Yoon tergamam apabila mendengar kata-kata Jungkook. Jungkook berdehem sebelum memandang semula wajah wanita yang dikasihinya itu.
"Aku tahu segalanya tentang kau Yoon. Kau tipu macam mana pun. Aku t-tahu Yoon. Kenapa takut sangat nak beritahu aku?"
Hae Yoon tertunduk memandang ke bawah selepas mendengar balasan Jungkook.
Dia rasa tersangat bersalah dengan suaminya ketika itu.
"M-maafkan Hae Yoon."
---
Sebulan berlalu pantas. Tiga bulan Jungkook masih meringkuk di dalam penjara. Dalang pembunuhan masih menjadi tanda tanya. Hanya Jungkook yang disyaki menjadi suspek utama pembunuhan itu.Hae Yoon tersandar lemah di hujung katil. Gambar Jungkook dan Jungyoon dipandang berulang kali.
Dia merenung wajahnya yang pucat di cermin. Hae Yoon menarik selimut untuk membaluti badannya yang terasa sejuk.
Dia tidur diiringi bayangan wajah Jungkook yang tersenyum manis kepadanya.
"Jungkook, pulanglah."
---
Jungkook mencampakkan gari yang sudah lama melilit pergelangan tangannya itu.Dia melangkah keluar dari sel penjara dengan perasaan yang bercampur-aduk. Rindu, gembira, kecewa dan dendam. Kesemua perasaan yang terkumpul lama di dalam diri menyebabkan Jungkook menjadi tidak tentu arah.
Senyuman psikonya muncul semula. Jungkook menepuk bahu orang yang membantu rancangannya untuk melarikan diri.
"Terima kasih Nisa. Aku tak sabar nak heret mayat perempuan tu dan campak dia ke tempat sepatutnya. Aku gembira dan tak sabar nak jumpa keluarga aku. "Ujar Jungkook.
Wanita yang membantu Jungkook lari itu membalas ungkapan Jungkook dengan senyuman sinis.
Ibu jari wanita itu mengangkat tanda good .
"Esok kau famouslah Jungkook. Masuk paper sekali lagi. Goodluck kawan."ujar Nisa dengan nada sinis.
---
Ryu Sera terundur ke belakang. Rambut panjangnya terasa sakit yang menggila.Mana taknya, rambutnya ditarik kasar oleh orang itu.
Ryu Sera memandang individu yang mencengkam rambutnya dengan kasar itu.
"K-kau?!"jerit Ryu Sera ketakutan. Wanita jahat itu menudingkan jari ke arah individu misteri itu.
Bibirnya menggigil. Matanya memandang pistol yang diletakkan tepat di tengah dahinya.
Ryu Sera memandang individu itu dengan riak wajah terkejut.
"Ryu Sera , kau yang bunuh Namjoon kan? Kali ni, giliran kau pula untuk duduk dalam tanah. Selamat tinggal."
Pistol itu ditekan ke dahi Ryu Sera. Picu ditarik. Peluru tembus ke dalam dahi wanita malang itu.
Ryu Sera terbaring tidak bernyawa. Kepalanya hampir hancur dek tembakan peluru itu.
Jungkook menepuk tangan atas kemenangan yang diraih malam itu.
Kepala Jungkook dipusing untuk menghadap individu yang berdiri ketakutan memandang mayat Ryu Sera. Lelaki psiko itu memeluk individu yang masih memegang pistol tersebut.
"Kau dan aku. Kita sama. Kita psiko."Jungkook mengujarnya dengan penuh teruja.
🍀
A/N: Siapa pembunuh Ryu Sera? 👀🔫
Bersedia untuk chapter terakhir nanti.
P/S: Readers bertuah muncul menyelit dalam story untuk tolong bebaskan anak Jeon. Harap anda suka 😛💖
YOU ARE READING
[C] Psycho Crush 2 |JJK
FanfictionKau dan aku. Kita sama. Kita psiko. Start : 08/9/2018 End : 22/9/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design