19 | Cermin diri sendiri

13.4K 712 100
                                    

[ MEDIA : AISY ANNARA ]
































Chapter 19 : Cermin diri sendiri

SEDAR tak sedar , dua minggu sudah berlalu. Semua sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis pernikahan Zahir dan Hanna yang bakal berlangsung tak lama lagi.

" Wait, kenapa awak kena ajak saya? Ni kan wedding awak dengan Hanna kenapa kena heret saya sekali? " Soal Aisy tak puas hati, sengaja lah tu nak sakitkan hati orang.

" Kau nak tahu sesuatu tak? " kening Aisy terangkat memandang ke arah Zahir.

" Aku dah fikir masak-masak , aku takkan lepaskan kau sampai bila bila . Aku tahu ini yang kau nak dengar sangat kan? " tuturnya sinis.

" Awak ingat cerai ni perkara yang main main ke Zahir? Sekejap nak cerai lepastu tak nak cerai pulak. Gila ke? " Aisy menjeling sekilas ke arah lelaki itu.

Melihatkan layanan Yusuf terhadap Aisy membuatkan hatinya panas dan terbakar. Jangan kata Yusuf, Wan juga sudah mula merapat-rapatkan dirinya dengan Aisy .


" Aku nak ingatkan kau satu perkara, jangan rapat lagi dengan Wan atau Yusuf. Aku tak suka . Kau-Hak-Aku " ujar Zahir dengan nada yang serius.

" Kenapa? Insecure? "

Zahir ketawa sinis.

" Tak ada masa aku nak insecure dengan diorang. Dua manusia tu bukan lawan aku. Lagipun jaga sikit nama aku, ingat sikit kau tu isteri orang " Kereta dipakir di hadapan butik pengantin.

" Yang jatuhkan maruah awak tu diri awak sendiri, bukan saya. Sebelum nak nasihat orang tu , nasihat dan cermin diri sendiri dulu " Aisy keluar dari kereta dan terus menuju ke butik tersebut.

" Wait, kenapa kau ada dekat sini? Nak rosakkan hari hari bahagia aku? " soal Hanna tak puas hati.

" i ajak dia " celah Zahir.

Hanna mencebik, lengan lelaki itu dirangkul erat dan melentokkan kepalanya pada bahu Zahir.

" Baby i miss you so much, sorry sebab busy sangat dekat Bangkok dan tak boleh jaga you dekat hospital " Kata Hanna manja.

Aisy mendengus geram. Habis rosak mata dia yang suci sebab kena tonton maksiat depan mata. Dengan berat hati pintu kaca butik tersebut ditolak kasar dan melangkah ke arah meja di mana Zahir dan Hanna berada.

" Show me your dresses yang paling meletop " Pinta Hanna sambil tangannya menyelak katalog pakaian pengantin.

Perempuan yang bernama Elsa itu mengangguk dan melangkah ke wardrobe untuk mengambil beberapa pasang dress untuk di tunjukkan kepada mereka berdua.

Aisy berjalan dari satu ke satu rak yang menggantung pelbagai jenis baju yang cantik cantik dan harga yang mencecah ribuan ringgit.

Mata Aisy tertancap pada sehelai dress yang simple dan cantik. Potongan lace di tangan dan badan ditambah pula dengan batuan berkilau mencantikkan lagi dress tersebut.

" Aisy? " sapa Elsa. Aisy tersenyum ke arahnya.

" Oh my! Kenapa kau kuat sangat? Kalau aku jadi kau dah lama aku pergi sana lepastu tampar tampar muka perampas laki orang tu " bisik Elsa ke telinga Aisy.

" Mungkin jodoh mereka terlalu kuat , siapa aku yang nak menghalang takdir tuhan? " Elsa terdiam. Matanya memandang ke arah sehelai dress yang dipegang oleh Aisy.

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now