24 | Syarat

11.6K 612 42
                                    

Chapter 24 : Syarat
















HARRY menjeling tajam Aisy yang berada di hadapannya , Laura juga turut berada di sisi gadis itu kerana ingin mendengar syarat yang akan Harry tetapkan.

" Harry seriously? " Laura bersuara. Tidak percaya yang Harry teked dengan kata katanya .

" Okey choose , kau nak tinggal sini or leave this house? " Soal Harry sambil berpeluk tubuh.

Aisy hanya menundukkan pandangan, kalau dia nak keluar, kemana dia nak pergi? Sudahlah duit tak ada. Nak jalan kaki dari Cameron highlands ke Kuala Lumpur? Gila.

" Kalau saya pilih tinggalkan rumah ni? " Aisy menyoal.

" Aku dengan berbesar hati mempersilakan kau keluar sekarang dari rumah aku. Ini bukan rumah tumpangan " balas Harry bersama wajah yang selamba. Laura mencubit kuat lengan lelaki itu sehingga dia mengaduh sakit.

" Okey , what if i choose to stay? " tak semena senyuman senget terbit di bibir merah lelaki itu.

" You can stay here,but only with one condition,deal? "

Aisy memandang ke arah Laura yang penuh berharap agar dia akan setuju dengan cadangan Harry. Apalah yang lelaki mereng itu rancangkan?

" Deal " Aisy mengeluh perlahan.

Harry tersenyum " So syarat dia senang je , kau kena jadi - " bibirnya didekatkan dengan telinga Aisy dan menbisikkan sesuatu " - maid aku "

Aisy tercengang di tempatnya.

" Harry , dia guest kita kot . Apa benda kau suruh dia jadi maid pulak ni? Hey aku boleh kemas rumah lah, selama ni bukan nya rumah macam kandang babi pun kan! "kata Laura geram apabila mendengar syarat bodoh Harry.

" I don't care, if she want to stay. She need to work , Apa mewahnya hidup kau duduk sini free lepastu goyang kaki? Jangan risau, gaji akan tetap dibayar seperti biasa " Laura rasa macam nak tampar tampar saja wajah Harry yang tersenyum sinis itu.

" And Laura , she work for me. Aku hanya suruh dia jadi maid aku , bukan maid rumah ni " tiba tiba Laura tersenyum senget sambil memandang ke arah Harry.

" Baiklah saya setuju " Jawap Aisy membuatkan Laura melopong.

" Aisy jangan ikut sangat dia ni , tak payah nak kerja bagai , akak - " kata kata Laura dipintas oleh Aisy.

" Tak apa kak, betul cakap dia. Saya dah la menumpang takkan saya nak duduk goyang kaki je . Biar saya kerja dengan dia " Harry tersenyum kemenangan apabila Aisy mendengar katanya berbanding Laura.

" Siap kau nanti Harry, kita belum habis lagi " kata Laura geram dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

" So , kau ikut aku " Aisy hanya akur dan membuntuti langkah Harry ke aras dua dimana terletaknya bilik bacaan. Harry melangkah ke arah meja kerjanya dan mengeluarkan sehelai kertas.

" Sign " sebatang pen dihulurkan.

Aisy membaca sepintas lalu isi kandungan kertas tersebut. Bukan boleh percaya sangat laki ni.

CONGRATULATIONS , NOW YOU ARE OFFICIALLY HARRY JAYDEN'S MAID ,

Aisy menjulingkan bola matanya. Tak payah nak tahniah sangat la. Maid je pun.

* Read the points given below

• Cuci dan kemas bilik Harry setiap hari
• Cuci baju kotor Harry
• Cuci toilet setiap minggu
• Masak untuk sarapan, makan tengah hari dan makan tengah malam
• Bagi Luna and Muci makan
• Iron baju kerja Harry

P/s : sebarang pertambahan kerja akan diberitahu oleh Harry dari semasa ke semasa.

Mulut Aisy melopong luas " Awak ni sebenarnya cari maid ke cari isteri? Kenapa susah-susah hired saya jadi maid? Kahwinlah terus dengan sesiapa lepastu biar isteri awak yang jaga semua " Omel Aisy geram , main gila lelaki ni.

Harry mendekatkan dirinya dengan Aisy.

" Aku tak nak orang lain, aku nak kau . Lagipun aku tak berminat nak berkahwin. Sebab perempuan ni menyusahkan " Bisiknya perlahan ke telinga Aisy memembuatkan bulu romanya merinding.

" Setiap bulan aku akan masukkan duit ke dalam Akaun bank kau , jadi semua kerja kau adalah berbayar , so sign cepat sikit and keluar dari office aku sebab aku ada banyak kerja nak kena buat " sambung Harry lagi.

Aisy mencebik, kertas tersebut terus ditanda tangani dan dikembalikan kepada Harry .

" Oh wait, kerja pertama kau. Bersihkan tempat Luna dan Muci " Aisy kemam bibir apabila melihat senyuman sinis yang terlakar dibibir Harry.

Dasar....



To Be Continued,

Errrrrrrrr errrrr hahahahah. Idk apa aku tulis ni. 😂 layan je lah k 😂😂

1.0 | Bahagia Milik Kita ✔Where stories live. Discover now