7

686 29 0
                                    

Suasana hening didalam pejabat. Tiada siapa yang ingin memulakan percakapan. Mahupun Taehyung. Mahupun Ainul.

"Sekarang ni apa rancangan kamu Ainul-ssi?"

Soal PD-nim.

Ainul yang tadi menunduk mengangkat wajahnya.

"Ikut suka hatilah. Nak buat apa pun buat lah."

Kak Syafiqah yang duduk disebelah Ainul menepuk perlahan peha gadis itu.

"Cakap elok-elok Ainul."

Bisik Kak Syafiqah ditelinga Ainul.

"Baiklah kalau macam tu saya akan tetapkan contract hubungan kamu berdua. Setuju?"

Membulat mata Syafiqah apabila mendengarkan kata-kata yang terpancul dari PD-nim BTS. Wajah Ainul dipandang. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dingin dari semalam lagi.

"Baiklah. Berapa lama contract tu?"

"Ainul!"

"Kamu berdua akan bersama selama 5bulan. Cukup?"

Taehyung yang mendengarkan ayat itu terdiam tak terkutik. Wajah Ainul dikerling. Gadis itu seakan sudah hilang akal. Bagaimana dia boleh terfikir untuk terima cadangan PD-nim?

"Lebih dari cukup. Saya pun taknak selamanya bersama dengan V."

Lancar dia berkata. Langsung tidak memikirkan perasaan suaminya yang sedang memandang kearah nya.

Kak Syafiqah sudah menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang merasuk tubuh gadis disebelahnya ini hinggakan sanggup bersetuju untuk memusnahkan rumahtangganya selepas 5bulan.

"Baiklah."

"Ainul Mardhiah!"

Wajah Kak Syafiqah yang sedang menahan amarah dipandang Ainul.

"Ainul sedar tak apa yang Ainul dah buat?"

Anggukan diberi. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi lengannya ditarik kasar oleh Kak Syafiqah.

"Ainul Mardhiah dalam islam tak menggalakkan penceraian. Tapi kenapa Ainul terfikir untuk bercerai dengan Taehyung dan musnahkan rumahtangga Ainul?"

"Akak Ainul dah cakap dari awal Ainul taknak kawin dengan dia. Kenapa dengan akak ni?"

Wajah Ainul menjadi murung apabila dimarahi oleh Kak Syafiqah.

"Ainul Islam menyuruh kita untuk menegakkan perkahwinan kita. Bukan menghancurkan perkahwinan kita hanya kerana perkara macam ni. Fikir semula Ainul Mardhiah,akak taknak Ainul menyesal."

Dengan itu Kak Syafiqah berlalu pergi meninggalkan Ainul yang masih terkedu selepas dinasihat oleh nya.

                                                                                            * *

"Cakap dengan saya kenapa awak terima cadangan PD-nim?"

Tajam aku memandang wajahnya. Aku nakkan jawapan yang bernas. Kenapa dia boleh terfikir untuk terima cadangan PD-nim itu.

Contract selama 5bulan ? Lepas tu aku dan dia sama-sama menuju kearah haluan masing-masing?

"Macam yang aku katakan tadi. Aku taknak duduk selamanya dengan kau. Buat sakit mata."

"Awak dah fikir dalam-dalam ke tentang contract ni semua?"

Biasa lah perempuan pasti akan lakukan sesuatu tindakan tanpa memikirkan akibat yang akan datang.

Mata nya tajam memandang aku.

"Aku taknak fikir. Kalau boleh jam ni juga aku nak bercerai!"

"Ainul Mardhiah!"

"WHAT?!"

"I'm your husband starting from now! You have to accept all the true. Think positive! Maybe ada sebab kenapa awak jadi isteri saya."

Telinganya memerah kerana terlalu marah dan bengang dengan sikap Ainul yang keras kepala.

Wajah Ainul yang terkejut dengan jeritan aku bertukar sendu.

"You wanna know something ? I feel ashamed! Aku taknak keluarga belah arwah mak ngan ayah fikir yang bukan-bukan pasal aku!"

Aku terkejut. Apa maksud dia dengan arwah? Dia dah takda keluarga ke ?

"Ye! Ye! Memang aku da takda keluarga. Aku hanya ada Kak Syafiqah dan kawan-kawan aku. Datang pula kau rosakkan masa depan aku."

Habis dia menghamburkan apa yang dia pendam, dia berlalu pergi meninggalkan aku. Dapat aku tangkap airmata yang mengalir dipipi.

"Hyung?"

Aku menoleh. Kelihatan Jungkook memandang aku dengan rasa simpati.

"Waeyo?"

"Kook tak sengaja dengar perbualan Hyung dengan Ainul."

Senyuman sedih aku ukirkan buat dia. Pasti dia fikir yang Ainul seorang gadis yang panas baran dan tak boleh terima takdir.

"Apa Kook fikir tentang Ainul?"

"I dont know Hyung, but I'm sure dia seorang gadis yang baik. Mungkin disebabkan keadaan tu sebab dia jadi macam tu."

Nafas dilepaskan. Terasa berat beban aku selepas ni. Sudahlah isteriku itu seorang yang keras kepala. Aku kena cuba pelbagai cara untuk dapatkan hati dia.

"Doakan Hyung boleh dapatkan hati dia ye Kook."

Aku menepuk perlahan bahu Jungkook dan beredar dari situ.
 
Satu senyuman hinggap dibibirnya apabila dia bertentang mata dengan seorang gadis yang menyorok disebalik pintu.

"Apa sengih-sengih?"

"Kajja. Jangan sibuk menyorok kat situ."

"Taknak saya nak pergi pujuk adik saya si Ainul tu."

Jungkook tertawa kecil. Langkahnya dihayunkan kearah gadis itu.

"Yah! Uri mandu! Kajja! V-hyung boleh lah handle Ainul. Diorng kan dah jadi suami isteri."

Mata bulat gadis itu tajam merenung mata hazel Jungkook.

"Suka hati je nak panggil saya mandu. Mandu tu makanan tau!"

Tanpa membuang masa gadis itu terus beredar dari situ dan meninggalkan Jungkook yang masih tersengih menayangkan gigi arnabnya itu.

Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant