13

555 29 0
                                    

"Dia nak batalkan contract tu?"

Selepas bersarapan dirumah mereka,Taehyung telah mengajak ahli Bangtan untuk ke BigHit Ent untuk melakukan perbincangan.

"Nampak gayanya macam tu lah."

Luah Taehyung. Kata-kata isterinya masih lagi terngiang dikepalanya.

"Pastu kau cakap apa kat dia?"

"Tae marah dia semalam."

"WHAT?!"

Wajah Taehyung yang menunduk kini menjadi perhatian mereka. Jin yang terkejut dengan ayat Taehyung bertanya.

"Kau marah dia?"

Takut untuk untuk bersuara,dia hanya mampu mengganggukkan kepalanya. Kesemua mereka mengeluh dengan sikap Taehyung.

"Wae kau marah dia?"

Kini Yoongi membuka mulut. Walaupun dia banyak berdiam diri. Namun baginya sikap Taehyung kali ini tak boleh diterima. Hanya kerana isterinya ingin membatalkan contract penceraian selepas 5bulan,dia melepaskan kemarahnya kepada isterinya.

"Aku bukan marah dia hyung. Aku just terkejut sebab dia tiba cakap macam tu. Aku ingatkan dia main-main."

Suga memandang tajam wajah Taehyung yang masih menunduk memandang jarinya. Dengan kasar tangan Taehyung ditarik menyebabkan Taehyung terkejut.

"Hyung nak balik ni minta maaf dengan dia. Dia dah cuba tuk terima kau. Sebab tu dia minta pendapat kau."

"Tae. Betul kata Suga hyung tu. Cuba bincang dengan Bang-pd pasal pembatalan contract kamu dengan Ainul."

Jelas Seokjin sambil tangan nya lembut mengusap belakang Taehyung yang tertekan dengan sikap nya yang terlalu kabut tanpa mendengarkan penjelasan dari isteri nya itu.

"Tapi hyung-"

"Pasal peminat kamu jangan risau,percaya lah mereka akan terima apa yang idol mereka lakukan. Jadi yang terbaik untuk diri kau dan isteri."

NamJoon memujuk Taehyung. Dia percaya ada sebab kenapa Ainul tiba-tiba sahaja ingin membatalkan contract mereka. Dan dia percaya peminat mereka akan terima berita ini dengan baik.

"Hm,baiklah hyung. Nanti Tae cuba bincang dengan manager hyung."

"Jangan lupa minta maaf kat Ainul or else hyung hantar dia balik Malaysia semula."

Dengan itu Suga mengangkat kaki dan berlalu meninggalkan ahli BTS yang lain.

                                                                                                   * *

Selepas pentengkaran kecil malam tadi,Taehyung langsung tak bersuara dimeja makan. Bersuara pun bila dia memarahi aku sebab termenung. Balik tadi pun aku cuba untuk menegur dia namun diabaikan.

"Ainul-ah,kamu okay ke?"

Melihatkan Ainul yang duduk disofa sambil memandang kaca tv yang tidak dipasang itu membuatkan Jin menjadi risau. Dengan hati penuh tanda tanya dia menghampiri gadis itu.

"Em? Ainul okay je oppa. Kenapa?"

Kepala Ainul yang berbalutkan tudung itu diusap seperti seorang abang sedang risaukan adiknya.

"Takda oppa tengok oppa saeng macam sedih je."

"Em oppa. Taehyung oppa kenapa ye?"

Kini Seokjin pula yang terdiam tak tahu untuk berkata apa.

"Ssaeng takkan tak tahu punca dia jadi macam tu?"

Wajah Ainul yang tadi menunduk kini beralih memandang Seokjin yang duduk disebelahnya.

"Sebab Ainul nak batalkan contract tu ke?"

Anggukan diberi. Keluhan yang dipenuhi dengan kesedihan dilepaskan.

"Oppa,jujur ssaeng cakap kalau Taehyung oppa taknak batalkan. Ssaeng okay je. Ssaeng cuma minta pendapat dari dia je."

"Takpe nanti Ainul cuba bincang sekali lagi dengan dia ye."

Dengan perlahan Seokjin bangkit dan berlalu untuk naik ke bilik nya untuk berehat.

                                                                                                 * *

Malaysia,11a.m.

"Alhamdulillah bagus lah tu."

Syafiqah mengucapkan kata syukur apabila mendengarkan hasrat Ainul untuk membatalkan contract mereka.

'Tapi akak,Tae macam tak setuju je bila Nul cakap macam tu semalam."

"Maksud Ainul?"

'Hm,semalam lepas Nul cakap nak batalkan contract tu,dia terus sergah Nul. Dia kata Nul buat main dalam hal penceraian dan perkahwinan kami berdua.'

Hatinya menjadi sedih apabila mendengarkan luahan adiknya seorang ini. Sudahlah dia tak punya siapa-siapa kat Korea,kejadian seperti ni pula berlaku kepada dirinya.

"Takpe mungkin dia terkejut dengan permintaan Ainul,tu sebab dia marah. Tapi percayalah marah dia tu tak lama. Ainul kena banyak bersabar dalam dugaan ini."

'Bukan apa kak,Ainul takut Ainul tak kuat. Ainul takut Taehyung masih ragu-ragu nak terima Ainul."

"Ainul dengar sini,ini sebahagian dari dugaan yang Allah bagi kat Ainul. Allah takkan uji Hamba-Nya tanpa mengetahui tahap mana kesabaran seorang Hamba-Nya. Jadi akak nak Ainul tabah dan sabar dalam memupuk hati Taehyung untuk lebih lembut dalam hal macam ni."

'Akak rasa Ainul boleh ke harungi semua ni seorang diri?'

"What are you talking about Ainul? You are not alone dear. You still have me,Jiha and Aisyah beside. We will always be there for you."

"Thanks akak,kirim salam dekat Jiha dengan Aisyah ye? I miss all of you.'

"Iyelah Insha Allah nanti akak sampaikan. Dah tutup telefon ni pergi buat solat dhuha tenangkan diri."

Usai memberi salam,Syafiqah kembali melakukan tugasnya sebagai staff di Company nya sendiri.

Kalau lah Syafiqah tahu Ainul dan Taehyung dalam mood tidak bertegur sapa apakah reaction Syafiqah?

Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)Where stories live. Discover now