💦 Tangisan 💦

38 6 0
                                    


"Mengapa terasa letih dan mengantuk selepas menangis?"

'Kerana Allah tidak mahu kita terus terluka dan bersedih'.


Kadangkala aku terfikir betapa Allah sayang dan prihatin dengan kita. Dia punya cara untuk mengubati luka dihati, tidak mahu lihat kita terus hanyut dalam kesedihan.


Tetapi pernahkah kita mempunyai masa untukNya? Meluangkan masa bersamaNya? Punya masa untuk sujud kepadaNya tapi sekejap cuma.


Kadangkala itu terlewat daripada yang dijanjikan, sehinggakan dihujung waktu atau bahkan biarkan ia berlalu pergi.


Moga aku dan dirimu dapat merenungnya bersama.

Kalam bisu

Nukilan hati [kalam_bisu] Where stories live. Discover now