😄Bahagia?😄

16 2 0
                                    

Bahagia?

Bila mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak pernah merungut bila ditimpa ujian, tidak pernah mengeluh bila dibebani masalah.

Sentiasa cukup dengan apa yang dikurniakan walau ia sedikit waima sebesar hama. Tidak meminta dan menagih.

Bahagia?

Bila mana hati kita bersih dari segala sifat mazmumah. Tidak dihujani dengan sikap tamak dan dengki.

Bahagia?

Bila mana kita redha dengan ketetapan ilahi. Meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada qada' dan qadar Allah.

Akhir kalam,

Bahagia tidak mampu diungkap dengan kata-kata, tidak mampu terluah meniti di bibir. Hatta dipersembahkan dengan tulisan.
Ianya lahir dari hati yang tulus dan suci.

Percayalah semua mampu menggapai bahagia. Bergantung pada diri sendiri, bagaimana mahu mencari erti kebahagian dalam kehidupan.

Cuma satu yang ku pinta. Janganlah mudah jatuh ke dalam lembah putus asa saat engkau masih merangkak mencari bahagia.

@Kalam_bisu

Nukilan hati [kalam_bisu] Where stories live. Discover now