part 4

938 11 1
                                    

Selesai makan malam dan membantu mak mengemas dapur aku berlalu masuk ke dalam bilik.Punggung kulabuhkan ke atas kerusi di meja kecil yang terletak disisi katil.Sebuah buku kutarik keluar dan jemariku mulai menulis apa yang telah kudengar di kelas Cikgu Ahmad Zafar.

Sesekali aku cuba membunyikan patah-patah perkataan tersebut.Setelah bekerja di sana selama sebulan ternyata banyak sekali peluang yang terhidang depan mata.Selain matapelajaran bahasa inggeris aku turut memerhatikan Cikgu Hafif sewaktu dia mengajar matematik.Memang itu semua matapelajaran sekolah rendah tapi aku percaya kalau mahu memperbaiki diri harus bermula dari akarnya.

Kena memahami asas-asas sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum mempelajari sesuatu yang lebih rumit.Ternyata aku sudah mulai berkemampuan dalam menuturkan bahasa inggeris yang mudah-mudah.Oleh kerana siang tadi hari cuti aku habiskan hampir sebahagian besar masa yang ada dengan bertapa di kedai buku.

Aku membeli beberapa naskhah buku rujukan dan buku latihan dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Aku ingin memperbaiki diri dan aku tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada. Aku turut membeli buku nota kecil untuk aku simpan di dalam poket supaya senang aku mencatat nota-nota penting sewaktu sessi mengendap esok.

Buku latihan matematik kubuka dan aku mulai membuat latihan.Matematik rupanya sangat mudah kalau kita menghafal asas-asasnya.Tolak,darab,bahagi dan tambah andai tahu formulanya pasti tidak membosankan.Kenapalah dulu aku rasa kelas matematik ini sangat membosankan.

Mana-mana soalan yang aku kurang fahami akan kurujuk ke dalam buku rujukan.Jika masih juga kurang faham aku akan bulatkan soalan tersebut.Esok aku akan berjumpa dengan cikgu Hafif sewaktu rehat untuk bertanyakan cara pengiraan soalan tersebut.

Ternyata cikgu Hafif yang hampir sebaya dengan ayahku begitu banyak membantu.Katanya dia sangat suka dengan semangat yang aku ada.Aku tekad.Kalau keputusan SPM aku gagal meraih keputusan yang cemerlang aku akan melakukannya sekali lagi.Tapi sebenarnya aku tahu keputusan SPM aku nanti memang paras-paras hidung sahaja pun...

Dia bilang I Love You dekat aku..?Where stories live. Discover now