Berpelukan dan Berciuman

3.4K 53 2
                                    

                                🌹 BAB 17  🌹


"Awak cepat la siap kita gi jalan jalan kat pantai. Tadi kata nak ajak saya gi pantai." gesa Adila Naufa seakan anak kecil yang minta ditunaikan janji.
Melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil itu, Adila Naufa merasa geram. Terasa ingin memeluk erat tubuh kecil itu, namun dia sedar dia tidak seharusnya segelojoh itu.

'Silap hari bulan, kuali hitam terbang melayang di atas kepalanya. Untung kuali kalau almari,
Matilahnak. Tak dapat den nak menolong.'
Gumam Adila Naufa sendirian lalu geli hati tergelak membayangkan kuali melayang di kepalanya.

"Jap lagi tunggu pukul 4:30 kita pegi laa. masih terasa bahang panas kat luar tu. baring la dulu. kalau awak nak tidur ,tidur la kejap . " Sahut Nurin Syarina sambil memeluk bear merah jambunya dengan manja.

"kalau saya tertidur kang, tak sempat bangun, silap silap 4:30 pagi saya bangun haa tu bukan pantai dah terus lautan hindi dah saya pegi.." jawab Adila Naufa berseloroh sambil tergelak besar. Tak dapat ditahan lagi anak tekaknya utk ketawa. Nurin Syarina menjeling tajam melihat temannya yang ketawa terbahak bahak itu. lantas mengambil bantal di sebelahnya palu terus membaling kuat ke arah temannya yang sudah mereng itu.

'Toinkkkkk! dushhh! ''terkena batang hidung Adila Naufa. Terkejut babun Adila Naufa bila merasakan ada benda berat lagi besar landing cantik atas hidung mancungnya yang bak seludang itu, Nasib baik bukan bata kalau tidak habislah patah dan kemek hidungnya yang menjadi pujaan lelaki di kolej nya suatu tika dahulu. Mujur Adila Naufa bukanlah pencinta lelaki. bila saja ada lelaki yang mahu menggodanya, pasti dia akan mengelak semahu mahunya.
Rimas!

"Hahaahahhahaha.. hahahhahaha.hahahhaha !" Nurin Syarina gelak sehabis suara.

"Padanmuka awak sape suruh potpetpotpet je keje kan da kena..werkkk ! " Nurin Syarina menjelir lidahnya panjang panjang, dia mahu Adila Naufa sakit hati. Entah mengapa dia merasa teringin untuk melihat wanita itu marah. Sepanjang perkenalan mereka tidak pernah sekalipun, Adila Naufa marah. Sama ada di Chat, voice call, video call, status facebook mahupun face to face macam sekarang. Dia mahu Adila Naufa marah. Dia suka akan cabaran.

  "Werkk! Tak sakit pun. sedap ada laaa.. ahahahahahahaha! lain kali, baling la kat sini. " Kata Adila Naufa terus ketawa sambil menujukkan jari telunjuknya menuju ke arah hatinya.

"Nak baling kat situ buat ape. Tak mencabar." jawab Nurin Syarina sambil mencebik bibir. Dia kehilangan kata kata. Malu!

"ahahhahaha. eleh padahal berdebar kan?" balas Adila Naufa semula mengenakan temannya itu, merangkap idaman kalbunya. lalu meletakkan punggung di birai katil, mahu rasanya hendak tidur. Terasa berat kelopak matanya. Semalam di
hospital  tidurnya terasa tidak cukup lena.

Nurin Syarina menjeling tajam, dia pelik entah bagaimana Adila Naufa mengetahui akan debar hatinya. Sejujurnya, setiap kali berduaan dengan Adila Naufa, hatinya pasti berdebar kencang. lagi lagi saat terpandang matanya secara jarak dekat, redup serta romantik, luluh rasa hati nya. Tapi dia sedar dia bukan seperti Adila Naufa. Dia bukan lesbian. hati dia hanya untuk lelaki. Namun apa yang membuat dirinya pelik binti ajaib bermoyangkan weird kenapa kenapa dia harus berdebar?
Adakah benar dia sudah jatuh cinta?
oh tidak!

"Ehem!"

"Termenung jauh nampak cik Syarina. Tengah fikirkan sapa tu. fikirkan boyfriend eh ?"  soal Adila Naufa bersuara menyapa apabila melihat temannya termenung. lagaknya seperti seorang anak kecil yang sedang kusyuk melihat cicak bercengkerama di atas siling

Adila Naufa mengerling jam di pergelangan tangannya yang sudahpun bergerak ke angka 4:20 petang.

Adila Naufa merebahkan badan di sebelah Nurin Syarina lalu menoleh sekilas pada wajah temannya itu,
"ui lama nau menungnya tu. menung ke tidur sambil buka mata cik Syarina ni. confuse patik melihatnya. "Adila Naufa bersuara sekali lagi sambil mencuit lengan yang dilihat tiada respons.

    

"aduhh! awak ni sakit laa. ape awak cakap tadi ,  saya tak dengar " Tutur Nurin Syarina sambil mengerutkan dahinya serentak itu laju menggosok lengannya yang dicuit temannya yang disahkan mereng itu.
Tidak la sesakit yang disangka. sengaja Nurin Syarina berkata begitu akibat malu direnung Adila Naufa lama. cepat cepat dia mengalih matanya daripada bertentang dengan mata Adila Naufa yang sudah dirasuk jin penggoda itu.

"awak, pandang laa sini jap. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni." Bicara Adila Naufa lembut agar temannya berpaling semula ke arah wajahnya.

"Awak nak cakap ape, cakap jela saya boleh dengar, saya tak pekak lagi." Sahut Nurin Syarina perlahan seakan mendatar alunan suaranya.
Malu! Ya kerana malu sedang bertandang ke dalam hatinya.

"Eh tak nak. kalau awak tak pandang sini. saya naik atas badan awak. satu,du.. a.. ti.... ti.... " Adila Naufa menggertak Nurin Syarina. Sengaja dia mahu melihat sejauh mana reaksi wanita di sebelahnya itu.

Nurin Syarina cepat cepat memalingkan tubuh dan wajahnya semula ke arah temannya yang sudah disahkan 100% mereng."
erm yela. ape yang awak nak cakap tu?"
tutur Nurin Syarina dalam nada suara yang masih mendatar.
Gelisah!.

"Ha tau takut. sikit lagi nak sampai tiga kalau tak, habislah awak." Adila Naufa tergelak kecil. malas mahu gelak kuat. Untuk apa kuat kuat, kalau telinga wanita pujaannya itu, ada berada betul betul berhampiran dengan telinganya. Nak gelak kuat kuat kang tak pasal pasal pekak anak orang. mana nak cari telinga spare, nak pinjam telinga gajah, bimbang Nurin Syarina pengsan kerana tidak sesuai dan terta ggung beban dengan berat badannya yang kecil molek.

"eleh tak takut pun. untuk apa nak takut, saya ni la org yang paling berani dalam kampung ni. ketua kampung pun kecut perut tengok saya. inikan awa .."

"cuuupppppp! slurpppp......!"

Adila Naufa mencium laju bibir Nurin Syarina lantaran tidak dapat menahan telinga dari mendengar bebelannya yang entah apa apa.
'kalau Nurin Syarina membebel, babun pun boleh bertukar jadi
transformer.' Omel Adila Naufa sendirian.

Adila Naufa menggigit perlahan bibir milik Nurin Syarina tanpa membiarkan temannya itu melepaskan diri. Geram!
Lantas naik ke atas tubuh dan mendakap erat tubuh kecil itu. Nurin Syarina tiada pilihan lain, selain pasrah dan merelakan, Tanpa Adila Naufa sangka, Nurin Syarina mula membalas ciumannya perlahan.
Mereka akhirnya berciuman.

"Errhhhh. errrhh..!" Nurin Syarina cuba menolak tubuh Adila Naufa yang agak sasa berbanding dirinya.
Akhirnya setelah 10 minit berlalu, Adila Naufa melepaskan pelukannya dan menghentikan ciuman.

Adila Naufa puas dan bangga kerana berjaya membuat temannya itu diam dan kalah. Merah semerah cili api pipi Nurin Syarina menahan malu.
namun untuk marah rasanya dia tidak mampu.
Dia sendiri merelai dan merasakan debaran yang sangat kuat dan hebat. Semakin tebal malu yg dirasai,  semakin kuat jantungnya berdegup. Adila Naufa dilihat seperti tiada apa apa yg terjadi. Selamba badak!

Dalam diam Adila Naufa memerhati gelagat Nurin Syarina. Marah kah atau malu kah dia? Namun lain pula yang terjadi, firasat Adila Naufa salah belaka.

Nurin Syarina yang pada mulanya seakan mahu merajuk, lantas memalingkan tubuh ke arah temannya yang mereng lagi gila itu dan terus mendakap tubuhnya tanpa sebarang suara.
Adila Naufa kaget seketika namun terasa teruja dan gembira akan reaksi dari temannya.
Adila Naufa yakin dan sangat yakin, temannya itu malu namun dicampuri rasa bahagia.

bahagia? ya!

yakin!
Pasti!

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Where stories live. Discover now