Pantai Sungai Kajang

2.9K 49 0
                                    

                             🌹  BAB 18 🌹

"Awak, bangun.
dah pukul 5 dah ni."
Adila Naufa mengejutkan Nurin Syarina yang lena mendakap tubuhnya. Mudah betul temannya itu tertidur. Seakan anak kecil yang kepenatan bermain terlena dalam dakapan ibunya. Terasa kehangatan yang menyapa dirinya. Tangan kanan temannya melingkari perutnya. Manja dan erat.
'patutlah diam je dari tadi, tertidur rupanya.'
Bisik Adila Naufa perlahan dan tersenyum sendirian sambil mencuit hidung Nurin Syarina.

Adila Naufa mengusap perlahan rambut panjang milik temannya, perasaan berdebar yang tidak pernah lekang dari hatinya menambahkan lagi keyakinannya akan perasaannya yang turut dibalas. Dia pasti.

Nurin Syarina membuka mata, perlahan lahan menggosok mata. Di depannya ialah dada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Nurin Syarina menahan malu yang masih bersisa. Dengan sepantas kilat Nurin Syarina bangun dan berlari menuju ke muka pintu dan seterusnya keluar menuju ke bilik air. Lama Nurin Syarina bertapa di situ, mengurung dirinya sebentar untuk memulihkan rasa malu dalam dirinya. Setelah dirasakan sudah hampir 15 minit dia berlamaan di dalam bilik air, Nurin Syarina kembali masuk ke dalam kamar beradunya.

  "saya minta maaf sebab peluk awak tadi. saya tak sengaja. "bisik Nurin Syarina perlahan sambil memandang susuk tubuh temannya yang berdiri membelakanginya. Adila Naufa yang berdiri merenung ke luar jendela berpaling apabila mendengar suara lembut itu.
 
"bukan awak yang sepatutnya minta maaf. tapi saya. saya bersalah sebab kiss awak tadi tanpa kerelaan awak. saya minta maaf sangat sangat atas sikap gelojoh saya, saya gagal kawal diri dan perasaan saya, lagi lagi bila berada dekat dengan awak. " Luah Adila Naufa perlahan bersama sendu dihati. Dia merasa malu dan bersalah atas perbuatannya sendiri. Dia tahu tidak sepatutnya dia berkelakuan seperti itu. Dia khilaf.

"hmm... tak pela saya pun tak boleh nak salahkan awak sorang. eh dah pukul 5 setengah, jom la pegi pantai sekarang." Ajak Nurin Syarina sambil mencapai jari lembut milik temannya. Dia mahu temannya tenang, tenang seperti sebelumnya. Dia tidak mahu temannya terus terusan menyalahkan dirinya sendiri.
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi!

Setelah keadaan kembali pulih seperti sediakala, Adila Naufa dan Nurin Syarina bersiap siap untuk keluar berjalan jalan ke pantai, Mereka berdua melangkah keluar dari bilik dan meminta izin dari Encik Iskandar dan  Syafiqa. Dan dibalas anggukan mesra.

Petang itu, mereka menunggang motorsikal menuju ke pantai Sungai Kajang,
nun dihujung kampung.  Pantai yang

   "wah indahnya suasana kampung awak, rasa tenang je hati saya ni. lain betul rasanya berbanding di bandar yang selalu sibuk dengan kenderaan dan kebisingan kota." Adila Naufa yang duduk dibelakang bersuara memuji keindahan desa itu.

  "Mestila. sebab tu saya nak bawak awak jalan jalan ke pantai sambil tu bolehlah awak menikmati udara segar dalam perjalanan nak ke sana. Kan! tau takpe. sebab tu saya tak suka duduk di bandar." jawab Nurina Syarina namun tetap fokus ke jalan raya. Dia menunggang dengan perlahan dan penuh hati hati hati.

    
"hehe yela awak. saya faham. tersangat faham. setiap manusia berlainan minat , sikap, ragam juga karenah. saya pun suka suasana kampung, macam saya suka awak.ciacicia . " Adila Naufa  tergelak mendengar punchline nya sendiri. Yang pasti dia dapat merasakan Nurin Syarina tersenyum di depannya. Adila Naufa memberanikan diri memeluk pinggang Nurin Syarina sambil bergelak tawa. Mujurlah tak masuk ke dalam parit kalau tidak habislah hitam bermandikan lumpur air parit.

10 minit kemudian mereka sampai di tepi pantai. Adila Naufa dan Nurin Syarina turun dari motorsikal yang telahpun diparking di bawah sebatang pokok yang rendang. Nun jauh di sana kelihatan beberapa orang manusia yang turut menikmati keindahan di tepi pantai petang itu. Ada yang muda, dan ada yang tua. Semua nampak ceria dan menikmati angin sepoi sepoi bahasa.

"Awak, inilah dia Pantai Sungai kajang, cantikkan?"
Soal Nurin Syarina ceria sambil mendepakan tangannya menikmati udara segar disitu.
Adila Naufa tersenyum manis lalu mengiyakan dan turut mendepakan tangan , mereka sama sama menikmati udara segar yang bagaikan memberi sejuta ketenangan itu.

Sekali lagi, mata mereka bertentangan.
Mereka tersenyum,
dan tertunduk malu.

Sayang, I LOVE YOU (🌹completed✅)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz