Setelah menaiki takhta kerajaan Macedonia, Alexander dengan pantas menghambat semua pengkhianat dan musuh dalam selimut kerajaan. Lalu dia ke Thessaly ketika riak-riak pemberontak mula kelihatan. Dalam pada itu, ada khabar angin menyebarkan kemangkatannya. Justeru, riak-riak itu akas menjadi gelombang besar apatah lagi ditambah sokongan kerajaan Athens.
Alexander berurusan dengan Thebes dahulu sebelum Athens. Pada musim gugur tahun 335 Sebelum Masihi, Alexander gagah mengharungi kesukaran sehingga tiba di pintu gerbang Thebes. Warga Theban cuba melawan dengan bala tenteranya. Pasukan Alexander menyerang balas dengan hujan anak panah dan infantri ringan. Hari berikutnya, seorang general Alexander bernama Perdiccas menerobos masuk ke dalam kota.
Para pemimpin kota Athens pantas memikirkan kembali keputusan mereka untuk beradu kekuatan tentera Alexander. Akhirnya, Yunani kekal di bawah payung Macedonia.
Fasa 3, Bahagian Ke-13, Halaman 450
![](https://img.wattpad.com/cover/91630514-288-k759423.jpg)
YOU ARE READING
Hijab Raja Zulqarnain
Historical FictionZulqarnain atau Raja Zulqarnain merupakan seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis t...