Zulqarnain atau Raja Zulqarnain merupakan seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Sejarah mencatatkan bahawa kebanyakan peristiwa membabitkan perubahan fundemantal. Raja Zulqarnain juga dizahirkan berkuasa pada waktu genting dan seterusnya membebaskan dua sisi dunia pada era sejarah agung Macedonia. Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan yang Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah. ** Novel ini diterbitkan semula dengan judul RAJA KESATRIA, extended edition. Andai berminat untuk membeli novel ini, mohon hubungi penulis. Harganya HANYA RM20 untuk sebuah novel setebal 500 + muka surat.