* 1 *

7.6K 25 1
                                    

Aku tak tahu sama ada nak marah atau ketawa. Tapi pelajar depan aku ini menyengih panjang bukan aku geram bukan kepalang.

"Cikgu, banjir cikgu!"

Itu aku faham. Keadaan sekolah ini memang begitu setiap kali hujan. Asasnya lengkap tetapi keadaannya tidak setaraf dengan sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Mungkin kerana namanya tiada unsur-unsur kemelayuan. Mungkin juga kerana sekolah ini semunya jantan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. 

Semuanya nakal nak mati.
Macam pelajar depan aku.

Mukanya masih menyengih. Kedua tangannya masih memegang kerusi. Kakinya tenggelam di dalam air banjir setinggi buku lali yang melanda kaki lima kelas. Baunya juga jangan ditanya. Hidung aku terjungkit setiap kali bau tersebut menghinggap. Tapi hidung aku terjungkit kali in sebab mulutku mengherot geram. Tidak mengendahkan rona wajah aku, pelajar berkenanan meneruskan kerjanya yang terhenti seketika dek kemunculan aku.

Kerja menolak air ke dalam kelas dengan kerusi.

"Panjang! Kau jangan nak jadi bodoh! Dah! Masuk dalam kelas!"

Pelajar yang diberi gelaran Panjang hanya mencebirkan bibir. Boleh saja dia melawan. Tapi ada beza antara nakal dan jahat. Nakal boleh dibentuk. Jahat dibawa sampai kubur. 

Kerusi tersebut dibiar sahaja di kaki lima lalu dia melangkah masuk ke dalam kelas. Sempat mataku menangkap kakinya. Kasutnya lencun tidak dibuka. Aku masuk perlahan lalu duduk di meja guru. Bahan bantu mengajar aku biarkan tergeletak di meja lalu aku turunkan kain seluar yang disingsing tinggi. Memang ternampak betis aku sedikit sebentar tadi. 

Lantak.
Asalkan kaki aku tidak kuyup bila mengajar.

"Dei! I'll told you right? Cikgu Noi is not stupid la cha." laung rakan Panjang dari belakang kelas. Laungnya kuat sehingga keseluruhan bilik seni yang saiznya lebih kecil dari kelas biasa kedengaran. Selesai menurunkan lengan kain seluar, aku melemparkan pandangan pada wajah-wajah pelajar yang hadir. Empat orang semuanya.

"It's worth a try la dei. Mana tau Cikgu Noi pun mahu cancel kelas," balas Panjang sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah rakan baiknya itu. Namanya Selvarajah. Tetapi gelaran Kasawari diberi. Tidak pula pelajar india itu berkepak atau berparuh sehingga mendapat gelaran sebegitu. Dia seorang tinggi, besar dan seorang atlet pelari pecut. Namanya datang dari kepalanya yang terangguk-angguk ke depan apabila berlari. Lain pula dengan Panjang. Dia juga seorang yang tinggi tetapi dia keding. Aku yakin gelaran tersebut dari namanya yang serba panjang; Thuraitinaganarasah. 

Kehadiran kedua-dua pelajar berbangsa India ini sudah cukup untuk aku memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran elektif pendidikan seni. Senarai nama pelajar hanya ada nama mereka berdua.

"Pagi cikgu" ucap perlahan Aji yang duduk di meja paling depan berdekatan meja guru. Diikuti dengan pelajar cina disebelahnya yang mereka namakan Ketam. Mereka berdua dari kelas sains. Datang ke bilik seni setiap kali waktu Kimia. Cikgu mereka sedang cuti bersalin. Dua tahun berturut-turut kata mereka. Aji yang juga rakan pasukan Hoki diajak Panjang untuk melepak pada suatu hari. Tidak sangka Aji melekat dengan seni. Kemahiran tambahan katanya. Kehadirannya itu diikuti oleh Ketam dan seorang lagi rakan kelas 4ST1. Sepatutnya pelajar yang ketiga. Tidak pula dia bertandang ke sini hari ini. Ah, aku lupa. Dia ada berpesan semalam yang dia ada latihan persembahan drama.

Aku membalas ucapan pagi Aji dengan senyuman. Tiada protokol berdiri dan alungan senada ucapan salam pada guru. Bukan di kelas aku. Aku percaya cabang seni adalah kebebasan. Tapi bebas itu masih dalam linkungan garis hormat. Aku hormati mereka sebagai pelajar dan mereka hormati aku sebagai guru. Itu sudah cukup membuatkan mereka teruja dan bersungguh dengan projek berkenaan.

Permintaan ketigaWhere stories live. Discover now