BAB 5 - HAIQAL

101 11 0
                                    

Kameraku yang ku bawa tadi entah hilang ke mana. Kamera adalah alat yang wajib kami bawa setiap sorang untuk merakam peristiwa yang berlaku. Jadi setiap dari kami mempunyai kamera.

Kini aku berada didepan sebuah tempat yang aku jangka merupakan makmal sains. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pemandangan yang meloyakan itu.

Aku segera memalingkan wajah dan termuntah disitu juga. Aku lihat sepasang tangan yang berada didalam isi perut manusia dan kameraku berada digenggaman tangan itu.

Kameraku kelihatan menyala. Kerana rasa nak tahu mahu tak mahu aku ambil kamera yang mempunyai sedikit cairan menggelikan.

Kini aku dikejutkan lagi dengan gambar di kamera itu. Gambar mengerikan itu merupakan gambar kawanku, Saiful. Kelihatan digambar itu separuh badan Saiful yang dirobek isi perutnya dan kepalanya didalam itu.

Sekali lagi diriku tak dapat menahan loya dan terus menerus muntah sehingga perutku tampak kurus kering.

"Ya Allah, apa yang jadi kat Saiful ni. Lepas Adam Saiful pula. Dugaan apa yang kau berikan pada hambamu ini" aku mulai beristighfar.

Tidak dapat diriku membayangkan apa yang terjadi kat Saiful. Aku mulai ingat kata seorang Ustaz.

"Allah menguji hamba yang sesuai dengan kemampuannya."

Ketika keadaan mulai membaik, aku pun meneruskan perjalanan dengan harapan kawan kawanku yang lain tidak menjadi seperti Saiful.

TERPERANGKAPWhere stories live. Discover now