#12 bilik terkunci

37 4 0
                                    

Aku memandang sisi kaca teksi dan melihat persekitaran yang menyajikan pemandangan padang gandum di kota Kansas. Suasananya terasa nyaman sekaligus membuatku tenang. Entah kenapa, ia juga memberikan efek nostalgik yang kental.

Sudah cukup lama aku tidak kembali ke kampung dan menjenguk nenek kerana terlalu sibuk dengan kegiatan kampus. Aku sudah memutuskan untuk pulang ke Kansas sempena cuti semester ini. Well, setidaknya....aku dapat meluangkan masa bersama nenek untuk 2 minggu kedepan.

Sesampainya disana, aku disambut hangat oleh nenek lalu aku membawa barang-barangku menuju ke bilik. Hmmm... Bercakap tentang bilik, rumah nenek memiliki tiga tingkat yang juga memiliki setidaknya enam bilik di tingkat dua dan tiga. Aku bebas memilih bilik manapun yang aku mahu. Kecuali.....sebuah bilik terkunci berwarna merah yang ada di tingkat teratas.

Aku tak tahu apa yang ada disebaliknya. Setiap kali aku bertanya soal bilik itu kepada nenek, ekspresinya selalu berubah keruh dan ia juga enggan menjawab pertanyaanku. Mungkin bilik itu hanya sebuah stor yang dipenuhi barang. Boleh jadi nenek melarangku membukanya kerana tidak ingin barang tersebut tersembul keluar kerana terlalu padat.

Tapi, perasaan itu selalu saja datang setiap kali aku melewati pintu tersebut. Seolah-olah ia memiliki aura yang menarikku untuk mendekatinya. Dan aku merasa terhisap oleh rasa ingin tahu yang semakin mendalam. Tentang apakah yang tersembunyi disebalik pintu itu.

"Emma."

"Emma!" aku tersentak dari lamunan tatkala mendengar panggilan nenek. Oh ya, aku sedang berada di tepi sungai sambil mengerjakan tugas ketika nenek memanggilku. Aku menutup laptop lalu mendekati nenek.

"Eh? Nenek berakaian rapi begini nak kemana?" soalku penasaran. "Nenek nak beli perlengkapan dapur dan barang keperluan lain nya. Mungkin, nenek akan balik lewat. Tolong jagakan rumah dan.... " lagi-lagi nenek memberiku ekspresi itu. Ekspresi keruh yang penuh peringatan. "Tolong jangan cuba-cuba membuka pintu merah itu. Ingat?" aku menghela nafas lalu memasang senyuman tawar.

"Baiklah."

Setelah kelibat nenek menghilang, aku langsung menaiki tangga untuk menyambung tugasku yang tertunda tadi. Tapi, sesampainya aku di tingkat tiga, aku mendengar suara carakan dan hembusan nafas kasar. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin keluar. Aku berjalan perlahan menuju ke arah suara itu dan aku mendapati suara itu berasal dari bilik tersebut.

Rasa takut sudah mulai menguasaiku. Aku berniat meninggalkan bilik itu atau akan lebih baik aku keluar rumah sampai nenek kembali. Tapi, baru saja tubuhku berbalik, aku mendengar suara tombol dibuka yang disusuli dengan suara krekk. Saat aku menoleh, pintu itu sudahpun terbuka sepenuhnya.

Tidak ada apapun di dalam sana. Aku mendekati pintu merah itu lalu mengamati isinya. Tidak ada yang pelik, hanya sebuah bilik sederhana dengan sentuhan vintage. Tapi, aura membunuh jelas terasa hingga membuat bulu romaku berdiri.

"My...girl...."

Bisikan itu terdengar bersamaan munculnya jelmaan makhluk mengerikan. Mataku menatap makhluk itu sambil menangis ketakutan. Lalu tangan kurus itu menyentuh pipiku sambil berbisik kalimat yang sama berulang kali. Aku tidak dapat menggerakkan tubuhku seolah ia dirantai kemas. Apa yang aku lalui terlalu nyata untuk dikatakan mimpi. Ia menarikku masuk kedalam sebelum pintu merah tertutup sempurna.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Halloween VaultWhere stories live. Discover now