1,2,3 | 04

279 33 0
                                    

" jaemin " panggil jeno tetapi tidak didengari jaemin. pelik. sedangkan dia tidak berbuat apa-apa. hanya memandang meja makan tanpa apa-apa perasaan yang tergambar di wajahnnya.

jeno memandang renjun cuba mendapatkan penjelasan tapi yang diperolehnya hanya gelengan kepala dari renjun.

" yah ! na jaemin ! " jeno menyiku sisi perut jaemin membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya dan sekali gus mengaduh sakit.

" sakit lah ! " marah jaemin. dia memukul bahu jeno kuat sebagai balasan.

" kau tu, aku panggil bukannya nak dengar ! " geram jeno. jaemin hanya diam.

" kau ada masalah ke ? " giliran renjun pula bersuara. air minumannya yang masih berbaki diteguk habis.

" masalah apanya, mana ada " dalih jaemin. dia juga tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya. sejak kejadian di tempat dia bekerja tiga hari yang lepas, dia asyik teringatkan perempuan itu dan dia yakin bahawasanya dia sudah jatuh cinta pada pandangan pertama.

" suka hati kau lah " jeno yang sudah selesai makan meminta diri untuk ke kelas dulu.

sedang asyik dia ( jaemin ) memerhati segenap ruang di kantin sekolah, matanya tertacap pada figura yang sangat dicarinya sejak dua tiga hari ini iaitu saera. dan paling tidak disangkakan, gadis itu rupa-rupanya satu sekolah dengannya !

" kau dah kenapa pandang saera macam tu ? " soal renjun pelik. dia memandang jaemin dan saera silih berganti.

" kau kenal dia ? " soal jaemin agak teruja. renjun mencemberutkan wajahnya, soalan berbalas soalan bukannya soalan berbalas jawapan seperti yang diharapkannya.

" ya, aku kenal dia. kau dah kenapa ? berkenan ? " renjun ketawa dengan kata-katanya sendiri. tapi hanya untuk beberapa saat sahaja apabila dia sedar kata-katanya ada betul juga.

" kau suka saera ?! " kuat suara renjun kedengaran bergema di seluruh ruang kantin. jaemin seperti cacing kepanasan apabila semua mata yang ada di kantin tertumpu padanya. dan yang membuatkan jantungnya seperti akan berhenti berfungsi adalah kerana saera yang turut berada disitu mendengar apa yang dikatakan renjun dan sekarang, dia ( saera ) sedang memandang dirinya dan juga renjun.

1,2,3 [ ✔ ]Where stories live. Discover now