1,2,3 | 08

317 35 1
                                    

[ ending ]

seperti yang diberitahu mina kepadanya yang jaemin mahu bertemu dengannya di rooftop, sebaik saja loceng tamat waktu persekolahan kedengaran dia segera mengemas barangannya dan terus menuju ke rooftop.

" awal sangat ke ? " soal saera kepada diri sendiri sebaik saja tiba di rooftop. beg sekolahnya diletakkan di sofa yang disediakan di situ.

dia berjalan menghampiri beranda. angin sejuk yang menampar wajahnya sangat menyenangkan. dengan pemandangan seoul yang boleh dilihat dari situ.

bunyi pintu kedengaran menyedarkannya. dia menoleh untuk melihat gerangan yang datang dan tentunya ianya jaemin.

" wasseo " saera tersenyum kecil begitu juga jaemin. jaemin menghampiri saera.

" tenangkan kat sini " suara saera lagi. dia berasa selesa berada disamping jaemin walaupun ini buat pertama kalinya dia berbual dengan lelaki itu.

" ya, tenang sangat " balas jaemin. dia memandang sisi wajah saera dengan senyuman yang masih belum pudar dibibirnya.

" ah ye, kenapa awak nak jumpa saya ya ? " soalan itu cukup membuatkan jaemin mati akal. nampaknya dia sudah lupa tujuan sebenar dia disini buat sementara.

" ah itu " jaemin menggaru kepalanya yang tidak gatal. " kenapa ? " saera ketawa kecil melihat tingkah laku jaemin.

" awak dengar baik-baik ya. saya tak akan ulang sebab saya malu " jaemin menundukkan wajahnya. nafasnya ditarik dan dihembus.

" okay saya dengar " walaupun agak pelik. saera tetap bersedia untuk mendengar apa yang bakal keluar dari mulut jaemin.

" sejak pertemuan pertama kita di 7eleven seminggu yang lalu saya langsung tak dapat lupakan awak. setiap saat fikiran saya akan ulang tayang wajah awak dan saya fikir saya betul-betul dah jatuh cinta pandangan pertama dan saya cuba cari awak tapi saya tak tahu nak cari dimana dan tak disangkakan kita satu sekolah jadi saya buat keputusan nak luahkan perasaan saya pada awak hari ni " terang jaemin. saera kaku. jujur katakan dirinya bahagia mendengar luahan perasaan jaemin. senyumannya melebar.

" jadi, awak nak jadi teman wanita saya ? " soal jaemin malu-malu.

" ya, saya nak jadi teman wanita awak sebab saya juga sukakan awak " terima saera. jaemin yang tidak dapat mengawal perasaannya terus memeluk erat saera dan memusingnya. tindakan jaemin itu membuatkan saera ketawa begitu juga jaemin. dan ianya pasti ketawa kegembiraan.

end

1,2,3 [ ✔ ]Where stories live. Discover now