Bab 10: Keeper of Stories

666 63 16
                                    

Haiqal mengaru-garu kepalanya dengan pen penanya manakala Luke sedang menguap besar kebosanan dengan subjek Sejarah Magik dan Makhluk Mitos yang diajar oleh Professor Binns

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haiqal mengaru-garu kepalanya dengan pen penanya manakala Luke sedang menguap besar kebosanan dengan subjek Sejarah Magik dan Makhluk Mitos yang diajar oleh Professor Binns.

"Magik merupakan sumber yang sangatlah terpenting untuk dunia sihir kita...tanpa magik..kita tak boleh nak hayun dan ketuk tongkat..tak boleh nak terbang pakai penyapu terbang..dan pelbagai benda ajaib yang tidak ada di dunia Muggle.."Terang Professor Binns pada setiap para pelajar yang berada di kelasnya.

"Membosankan..erghhh!"Luke menghempaskan muka di atas meja kayunya.

"Pakk!!" Luke terlupa yang mejanya tidak dialas oleh apa-apa pun.

"Auuch!"Terkejut Haiqal sambil ketawa kecil melihat Luke menghentakkan mukanya di atas meja.

"Aduh!"Luke menyapu dahinya yang kesakitan itu.

"Tulah..bosan sangat kan? hehe"Haiqal tertawa kecil sambil menutup mulutnya supaya tidak didengari oleh Professor Binns.

***

Subjek Herbology di kelas 101 keriuhan oleh para pelajar tahun pertama dan pelajar mitos.

Professor Neville masuk ke dalam kelasnya dengan berjalan laju ke arah mejanya.

"Shhh!" seorang pelajar perempuan menyuruh kesemua para pelajar senyap untuk memulakan mata pelajaran Herbology mereka.

Suasana kelas menjadi sunyi. Kesemua para pelajar fokus memandang ke arah Professor Neville.

Professor Neville menunduk malu sambil membuka setiap helaian muka suratnya dengan pantas.

Elwin tersenyum sinis bersama kawan-kawannya.

"Baiklah..err..buka muka surat 3.."Arah Professor Neville gugup.

Bunyi helaian muka surat dibuka menghuni kelas Herbology-nya.

"Okey..hari ni kita akan belajar tentang tumbuhan Furbish Lousewort..ada siapa-siapa yang tahu pasal tumbuhan tersebut?"Tanya Professor Neville tenang.

Seorang pelajar perempuan yang menyuruh para pelajar senyap sebentar tadi mengangkat tangannya.

"Ohh iya Ruby Bloodgood..silakan!"Professor Neville kegembiraan kerana ada juga yang merespon dengan pertanyaannya.

"Furbish Lousewort ataupun Pedicularis Furbishiae merupakan tumbuhan yang terancam. Kisah purba menceritakan penyihir telah lama menggunakan tumbuhan ini untuk mencapai metamorfosis dalam pelbagai bentuk..untuk kesan metamorfosis yang lama..boleh tambahkan tumbuhan ini ke dalam Polyjuice Potion iaitu posyen yang membenarkan kita berubah bentuk menjadi orang lain.."Jelas Ruby pada mereka semua.

Haiqal In Hogwarts!Where stories live. Discover now