One

22 5 2
                                    

"Saya rasa Team B lebih baik daripada kamu semua", - Yang Hyunsuk

"Kita kena menang dalam final battle nanti.", - Song Minho

"Kalau kita tak menang , bubarkan sajalah.", - Kang Seungyoon




Seharian Jinwoo berfikir , hanya ucapan daripada 3 orang yang amat berpengaruh baginya sama ada dalam kumpulan atau tidak yang berlegar diruang fikiran.
Jinwoo mengaku , dia mengalami depresi yang teruk ketika episode 4 Who Is Next ketika YG vs JYP.
Jinwoo menyalahkan dirinya atas kekalahan YG ketika ity , Jinwoo menyalahkan diri nya ketika PAPA YG mengatakan dia berasa malu ketika Jinwoo terlupa lirik lagu yang mereka persembahkan ketika itu juga. Jinwoo terlalu menyalahkan dirinya.
Diary biru nya itu ditutup , keluhan berat dilepaskan , mata Jinwoo bengkak kerana sudah 2 hari dia tidak tidur hanya kerana melatih vokal nya untuk menjadi lebih baik.
Pintu bilik Jinwoo diketuk , bilik yang dikongsi bersama Kang Seungyoon , Main vokal kumpulan itu , Jinwoo hanya mampu menunduk , mencuba untuk menyembunyikan kesedihan dan stress yang dialami nya.

"Hyung , gwenchana??", Seungyoon memegang bahu Jinwoo yang asyik menunduk , hanya gelengan yang mampu Jinwoo berikan kepada adiknya itu

"Waeyeo ? Kalau ada masalah beritahulah.", ucap Seungyoon pelik , Jinwoo masih mendiamkan diri

"Hyung.",.. Seungyoon cuba untuk melihat muka Jinwoo namun lelaki itu segera bangun dan terus menuju kepintu bilik

"Jangan ganggu hyung.", ucap Jinwoo lalu keluar daripada bilik yang dikongsi bersama

"Waeyeo?? Kenapa dengan hyung tu ?", Seungyoon menggaru kepala nya tanda kebingungan , tak selalunya Jinwoo begini , dia tahu pasti ada yang mengganggu fikiran  hyung mereka itu.
Dengan langkah malas , Seungyoon keluar daripada bilik itu dengan membawa sebuah ?? Buku diary kecil.
Ya Seungyoon melihat buku diary Jinwoo yang terbiar diatas meja nya , dengan perasaan bersalah Seungyoon mengambil nya dan membawanya pergi

"Mianhaeyeo hyung.", ucap Seungyoon lalu keluar daripada bilik itu




"Susahlah kalau macam ini?!", Seunghoon menghentakkan kakinya keatas lantai yang tidak bersalah itu , Minho hanya mampu memandang sahaja ,

"Ada sesiapa nampak Jinwoo hyung tak?", soal si maknae iaitu Nam Taehyun , Rapper Line hanya mampu menggeleng , Taehyun mengeluh kecil

"Kenapa Nam?", soal Minho ingin tahu , Taehyun mengeluh kecil lagi

"Janganlah mengeluh terus , jawablah!", Arah Seunghoon , Taehyun mengangguk kecil

"Sebenarnya aku perasan , dah lama Jinwoo hyung tak luangkan masa dengan kita. Ya aku faham kita sibuk berlatih tapi takkan lah hyung semua tak perasan Jinwoo hyung jarang ada dengan kita.", ucap Nam Taehyun dengan penuh perasaan , Minho tertunduk mencuba untuk mencerna segala ucapan adiknya itu

"Jinwoo hyung ada masalah ke ?", soal Seunghoon ingin tahu , Taehyun menggeleng kecil

"Aku tak tahu , Jinwoo hyung terlalu berahsia , dia tak beritahu kita apa-apa pun.", jawab Taehyun lagi , hening menyapa mereka buat seketika , Minho bangun lalu mengambil handphone nya dan terus berjalan menuju kepintu dorm mereka

"Hyung nak kemana??", tanya si maknae Taehyun , dia dan Seunghoon mengejar Minho sampai kedepan pintu

"Cari Jinwoo hyung , nak ikut tak ??", soal Minho sambil memakai kasut nya , mereka berdua mengangguk lalu pergi mengambil handphone beserta jaket masing-masing. Sebelum keluar pergi mencari Hyung kesayangan mereka



Kang Seungyoon pergi ke bilik tarian mereka , bilik dimana mereka selalu meluangkan masa bersama-sama. Bilik dimana mereka membiarkan keringat jatuh membasahi tubuh mereka , Seungyoon terdiam , keluhan kecil dilepaskan , Kim Jinwoo tiada disitu. Seungyoon masuk kedalam studio latihan mereka , mata nya meneliti setiap sudut yang terdapat dipenjuru studio itu. Pintu studio itu ditolak dengan kuat , dengan rasa gembira Seungyoon melihat kearah pintu namun hampa menyapa nya kembali

"Minho hyung.", panggil Seungyoon apabila melihat Taehyun , Seunghoon dan Minho yang agak tercungap apabila sampai ke studio mereka

"Nampak Jinwoo hyung tak?", soal Seunghoon namun Seungyoon hanya menggeleng

"Tadi , sebelum kamu semua sampai , kami sempat borak dekat dalam bilik.", jawab Seungyoon lemah

"Dia , dia okay tak??", soal Taehyun yang betul-betul kepenatan , Seungyoon terdiam

"Jinwoo hyung cakap , jangan ganggu dia.", jawab Seungyoon perlahan , Taehyun , Seunghoon dan Minho terkejut mendengar jawapan Seungyoon

Pintu studio mereka ditolak perlahan , Seungyoon , Seunghoon , Minho dan Taehyun memandang terus kearah pintu apabila mendengar pintu studio mereka ditolak.






















Janganlah segan ye , vote comment juseyeo

SMILE AGAIN || WINNERWhere stories live. Discover now