Two

11 2 3
                                    

Pintu studio latihan mereka ditolak perlahan , kelihatan Jinwoo dengan senyuman manis nya , mencuba untuk menyembunyikan apa yang dia rasakan sekarang.
Keempat-empat ahli Team A terkejut melihat perubahan yang terdapat pada hyung kesayangan mereka itu , pipi Jinwoo kelihatan lebih cengkung dari sebelumnya , badanya kelihatan terlalu kurus dan bawah matanya juga kehitaman ..

"Hyung!!", Taehyun berlari memeluk hyung nya itu , Jinwoo terkejut , dia tersenyum lalu menepuk bahu adiknya itu

"Waeyeo?!", soal Jinwoo , dia menatap Seunghoon , Seungyoon dan juga Minho secara bergilir , Minho mendekatinya lalu memeluknya erat begitu juga dengan Seunghoon dam Seungyoon

"Wae?", soal Jinwoo lagi , dia semakin pelik dengan sikap adik-adiknya ini

"Hyung , kalau hyung ada masalah beritahulah kami.", ucap Seunghoon melerai pelukan mereka , Jinwoo terdiam mendengar ucapam adiknya itu

"Taklah , hyung okay.", jawab Jinwoo perlahan

"Hyung janganlah tipu.", Taehyun mula bersuara , Taehyun tahu hyung nya menyembunyikan sesuatu daripada mereka

"Tak , hyung tak okey!!!", jawab Seungyoon , Jinwoo hanya mampu mengeluh kecil , dia duduk diatas , kepalanya ditundukkan , yang lain juga begitu

"Dah berapa lama hyung tak tidur?", soal Minho , Jinwoo membuat angka 2 menggunakan 2 jarinya itu , yang lain terkejut beruk melihat jawapan Jinwoo

"Kenapa hyung tak tidur lagi?", soal Seunghoon

"Hyung takut , hyung penat.", jawab Jinwoo perlahan , hening menyapa mereka buat kali kedua

"Hyung takut , kita akan dibubarkan kalau kita kalah. Hyung penat berlatih.", ucap Jinwoo lagi , Seungyoon mendekati Jinwoo lalu memeluknya

"Kami juga penat hyung , macam hyung juga. Tapi hyung kena jaga kesihatan hyung.", ucap Seungyoon yang dibalas oleh anggukan kecil daripada mereka bertiga , Jinwoo mengeluh kecil

"Hyung rasa bersalah sangat ketika YG kalah dengan JYP.", ucap Jinwoo lagi

"Kita tak perlukan kemenangan ketika vs JYP hari itu , hyung. Masih ada hari yang lain untuk kita menang dan terus menang .. Hyung jangan putus asa.", ucap si Maknae Taehyun sambil tersenyum

"Hyung faha-..", ucapan Jinwoo terhenti disitu sebelum dia jatuh menyembah lantai , mereka berempat agak panik bila melihat Jinwoo pengsan dengan darah keluar daripada hidungnya

"Taehyun ah!!. Pergi minta tolong!!", Arah Seunghoon , Taehyun mengangguk lalu pergi mendapatkan bantuan.

Team menuju kehospital dengan bantuan Seungri yang baik hati , walaupun dia sibuk tetapi dia sanggup dan mahu menolong Team A yang panik dan risau akan keadaaan Hyung mereka.
Mereka selamat tiba di hospital dan Jinwoo dimasukkan ke unit rawatan rapi dikeranakan badanya yang kekurangan air dan garam , bada Jinwoo juga terlalu lemah , dia memerlukan rehat yang secukupnya sebelum kembali berlatih bersama Team A
Ya , mungkin sudah lama Jinwoo tidak makan..

"Macam mana boleh jadi macam ini ?", soal Seungri ingin tahu , Minho hanya mampu mendiamkan diri

"Kami tak tahu..", jawab Seungyoon perlahan , Seungri mengeluh kecil

"Seunghoon , Minho , Taehyun , Seungyoon ah. Kamu semua kena tahu , walaupun kamu bukan sedarah tapi kamu patut mengambil tahu akan orang disekeliling kamu , macam Jinwoo.
Dia hyung kamu , kamu kena tahu dan faham akan dia. ", ucap Seungri mencuba untuk memberikan kesedaran bagi pelatih-pelatih nya itu

"Tapi Jinwoo hyung terlalu berahsia!", jawab Taehyun , Seungri tersenyum kecil

"Jinwoo hyung kamu semua , sudah tentu dia tidak ingin membebankan fikiran kamu dan menyusahkan kamu ? Seorang hyung akan selalu mencuba yang terbaik untuk adik-adik dia , dia akan cuba menyembunyikan perasaan dan depresi yang dia alami .. Jinwoo hyung kamu amat sayangkan kamu.", ucap Seungri lagi , dia faham akan perasaan Jinwoo , dia tahu apa yang Jinwoo rasakan

"Sebelum menjadi artis , hidup hyung sebagai seorang pelatih tidak ubah seperti kamu , hari-hari hyung belatih menari , menyanyi dan macam-macam.
Hyung tak pernah terfikir nak putus asa lansung , walaupun hyung maknae dalam kumpulan Bigbang tapi hyung tidak pernah untuk berputus asa terhadap sesuatu.
Team A , ini adalah permulaan bagi satu perjalanan yang panjang. Kamu kena bersama selamanya untuk memahami antara satu sama lain.", ucap Seungri lagu , Team A hanya mampu terdiam ,

"Kami minta maaf hyung.", ucap Minho perlahan yang hanya dibalas senyuman dan anggukan kecil daripada senior mereka itu

"Hyung faham.", jawab Seungri

Setelah keadaan Jinwoo stabil , Seungri pulang ke YG Ent selepas penat berceramah dan mencuci telinga pelatih-pelatih itu






















Empty , :")
Vote and comment juseyeo

SMILE AGAIN || WINNERWhere stories live. Discover now