Three

11 2 3
                                    

Pintu wad dimana Jinwoo ditempatkan ditolak perlahan , Seungyoon , Seunghoon , Minho dan Taehyun melangkah masuk kedalam wad Jinwoo , mereka tidak mahu mengejutkam Jinwoo yang sedang berehat dan tertidur lena. Mereka berempat duduk diatas sofa berdekatan dengan katil Jinwoo , mereka tersenyum lega setelah mendengar ucapan Seungri dan nasihat yang telah diberikan oleh senior mereka itu.
Seungyoon mengeluarkan Diary Jinwoo yang dibawa nya kesana kemari daritadi , yang lain agak terkejut namun Seungyoon menyuruh mereka diam.

"Kau nak buat apa dengan diary tu ??", soal Taehyun namun Seungyoon terus membuka diary itu , mencari ruang kosong untuk dia menulis dan meluahkan sesuatu

"Kau nak baca ke?", soal Seunghoon lagi

"Gila ke ? Privacy hyung ni.", jawab Minho , Seunghoon tersengih sambil mengangguk faham

Seungyoon mengeluarkan pen nya dan membuka penutup pen itu , dia mula menulis sesuatu didalam diary kepunyaan Kim Jinwoo , mereka bertiga hanya mampu memandang dan membiarkan Seungyoon menulis sesuatu didalam diary Jinwoo hyung mereka. Biarlah , Jinwoo hyung maraj mereka AHAHAHA





Malam pun kini menjelma , Taehyun dan Seungyoon keluar membeli ramen untuk mereka berempat mengalas perut , Jinwoo masih tertidur lena sama seperti Snow White . Seunghoon yang kebosanan mengambil handphone nya lalu mula berselfie sendirian , Minho hanya mampu menggeleng dan meneruskan aktivit berangan nya

"Seriously , aku bosan ..", Seunghoon bangun lalu pergi ke katil Jinwoo , dia melutut ditepi katil Jinwoo sambil memegang tangan nya , Minho hanya memerhatikan Seunghoon , dia membuka camera lalu merakam aksi lakonan LEE SEUNGHOON

3 2 1 ACTION

"Hyung , Jinwoo hyung.. Bangunlah janganlah tidur lagi , Hoony lapar , haus , terseksa kerana seharian tidak melihat senyuman manis hyung.. ", Minho hanya mampu menahan tawanya

"Hyung , janganlah jadi Snow White , kami tidak tahu siapa cinta hati hyung , hyung kami semua lelaki.", ucap Seunghoon lalu berpura-pura menangis , Seunghoon membuka cameranya lalu menangkap selca Jinwoo

"Hodoh juga muka hyung kalau tidur ye ? Siap ternganga lagi mulut tu.", ucap Seunghoon lalu menangkap banyak gambar Jinwoo ketika tidur , Minho yang daritadi asyik merakam lakonan tidak jadi Seunghoon tergelak besar namun Minho menekup mukanya menggunakan jaket nya

"Wei sial , lawaklah bodoh!?", Minho mencuba untuk menahan gelak nya

"Dasar adik takda guna!!", Seunghoon menjeling kegeraman , tidak lama kemudian Maknae Line kembali dengan membawa mee segera mereka.
Taehyun terus mengambil tempat disebelah Minho , begitu juga dengan Seunghoon.
Setelah selesai makan dan membersihkan apa yang patut , akhirnya dengam hati yang rela dan rindu terhadap Jinwoo hyung mereka tertidur ..




Kim Jinwoo membuka matanya tatkala siang menjelma , pancaran cahaya matahari menerangi sebahagian wad nya itu , Jinwoo agak terkejut bila melihat adik-adiknya yang tertidur bersempit diatas sofa yang kecil itu. Jinwoo tersenyum , dia memandang kearah meja disebelah kirinya , sebuah buku diary kecil milik nya berada diatas meja itu.
Jinwoo tahu , adik-adik nya lah yang membawa nya kesini begitu juga dengan diary nya , dia juga terdengar perbualan mereka semalam , Jinwoo tahu Seungyoon mengambil diary nya itu sewaktu dia keluar daripada bilik mereka.
Jinwoo membuka bahagian dimana bookmark doraemon miliknya diletakkan , lama Jinwoo perhatikan tulisan tangan yang pasti bukan milik nya. Dia mula membaca isi kandungan tulisan tangan entah milik siapa itu

"Jinwoo hyung annyeong. Kami semua nak minta maaf sebab tak peka terhadap masalah yang hyung alami. Kami minta maaf , hyung. Hyung tak perlu lakukan yang terbaik kerana bagi kami , hyung dah lakukan sesuatu yang lebih baik dari semua orang sangka kan. Mianhada hyung!!! Kami semua sayangkan hyung , cepat sembuh ne!!

Smile again - Kang Seungyoon

Jinwoo hanya mampu tersenyum membaca apa yang adik nya itu tuliskan , dengan perlahan dia mengejtkan adik-adik nya itu dengan memanggil nama masing-masing

"Seunghoon ah , Minho ah , Seungyoon ah , Taehyun ah. Irreona.", panggil Jinwoo , ajaib dengan hanya satu panggilan sahaja , mereka berempat bangun , reaksi yang mereka berempat tunjukkan adalah mamai ,

"Hyung dah bangu?", Seunghoon menggosok matanya , Jinwoo mengangguk kecil sambil tersenyum

"Sepatutnya hyung tidur lagi. Kami takut hyung pengsan..", jawab Taehyun , mereka berempat duduk mengelilingi katil Jinwoo

"Arraseo , hyung akan tidur lagi selepas kamu semua beredar HAHAHAHAH!!", ucap Jinwoo dengan nada mengejek

"Wei hyung kita dah boleh ketawa.", Ucap Seungyoon , Jinwoo menjeling malas

"Hyung pengsan je , bukan snow white.",  jawab Jinwoo lalu tersengih memandang Seunghoon

"Hoony tahu hyung tak tidur semalam!!", Seunghoon cuba untuk menjauhi Jinwoo

"Tu lah kau , siapa suruh acah-acah nak berlakon!! Lee Minho lah konon!!", Minho menendang kaki Seunghoon , Seunghoom hanya mampu meringis kesakitan

"Nasiblah Jinwoo hyung sakit , kalau tak dah lama aku tolak kau jatuh tingkat 10 HAHAHAHA!!", Ucap Seunghoon dan yes kakinya ditendang buat kali kedua oleh si Maknae Taehyun

"Hyung aku tu.", jawab Taehyun

"Dahlah tu.", ucap Seungyoon malas

"Jjang , gomawoyeo dongsaeng. Hyung sedar , hyung salah sebab sembunyikan masalah hyung. Hyung sedar tanpa kamu , Hyung takkan bertahan disini , gomawoyeo.", Ucap Jinwoo lalu tersenyum melihat adik-adik nya

"Eoh , kami janji akan menjadi adik yang baik dan bekerja keras mulai hari ini.", ucap Minho penuh semangat

"Hyung janganlah takut lagi.", Ucap Seungyoon , Jinwoo mengangguk faham

"Gomawo , hyung sedar kamu family kedua hyung sebelum hyung berkahwin kelak suatu hari nanti HAHAHAHA!!!", ucap Jinwoo disertai dengan tawa riang nya , member Team A amat merindui suara riang hyung mereka itu

"Over pula hyung aku.", Taehyun menggaru kepalanya

"aku harap hyung aku pengsan lagi.", ucap Seungyoon tapi kali ini bukan kakinya ditendang , melainkan rambutnya yang ditarik oleh Jinwoo

"over!", ucap Jinwoo , yang lain hanya mampu ketawa

"Kita kena bersama untuk tempuhi segalanya.", ucap Seungyoon

"Jjang , Who Is Next!!", ucap Minho , mereka mula mengumpulkan tangan masing-masing

"TEAM A!!", sorak mereka berlima secara serentak










"Your smile is like heaven"
Smile again

SMILE AGAIN || WINNERWhere stories live. Discover now