Aku dan Lokman menuju ke kawasan perumahan rumah pangsa di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kertas notis penyewa dikehendaki dipegang oleh Lokman. Berkali-kali dia membaca alamat rumah yang hendak disewakan itu.
"Ini ke flat kelompok Sri Mawar kak chik?" tanya Lokman kepadaku. Aku hanya mengangguk.
Setelah mendaki anak-anak tangga rumah flat itu untuk ke aras empat di blok kedua kelompok rumah flat itu. Sampailah kami di muka pintu rumah bernombor 2-5-5. Suasana rumah itu agak sunyi. Mungkin disebabkan hari cuti bergaji agaknya.
"Jap. Biar kak chik telefon tuan rumah dulu." Lokman menunjukkan ibu jari tanda memberi isyarat bagus kepadaku.
Aku hanya menjeling sekilas.
"Hello, Assalamualaikum..." kedengaran suara seorang lelaki dari corong telefon.
"Waalaikumusalam..."
"Cik ke yang nak datang tengok rumah?"
"Ya, saya... Rumah yang nak disewa itu yang mana?"
"Cik naik tingkat empat, pintu ke lapan."
"Oh, ok."
Aku dan Lokman menapak ke arah rumah ke lapan di aras empat. Di pintu rumah itu, tertulis No 1-4-8. Tercegat di hadapan pintu yang sedia terbuka, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an sedang membetulkan tikar getah yang agak lusuh di ruang tamu.
"Err.. Assalamualaikum. Ini Encik Rosli ke?" Lokman menegur.
"Kamu Lokman kan?"
"Ya saya. Ini kakak saya, Suraya."
Encik Rosli mengerut sebentar. Aku dapat meneka apa Encik Rosli musykilkan. Mesti dia ingat Lokman dan aku pasangan suami isteri. Haisshhh... minta simpang lah. Muka Lokman tu sikit punya jambu. Aku tak ada seleralah dengan lelaki muka jambu ala-ala K-Pop macam ni. Tak layak dipanggil lelaki!
Aku lihat Encik Rosli agak segak orangnya. Gayanya macam eksekutif syarikat. Dia suka tersenyum dan menyenangkan sahaja. Lagi satu dia agak ramah orangnya.
"Bila kamu hendak masuk rumah ini?"
"7 hari bulan. Lagipun saya kena pindah barang-barang saya sedikit demi sedikit"
"Kalau macam itu, setiap bulan kamu kena bayar sebelum 7hb la ya..." kata Encik Rosli sambil tersenyum. Turut disenangi oleh kami.
"Encik Rosli ada aset lain ke selain rumah ini?" tanyaku untuk kepastian.
"Sudah tentu. Perasan tak rumah dekat tangga masa kamu naik tadi, itupun rumah sewa milik saya. Sekarang ada satu famili yang tinggal dekat sana. Dengarnya macam nak pindah sebulan lagi. Saya kena cari penyewa lain lagilah tu. Sayangnya jugak penyewa famili itu agak cermat orangnya..." cerita Encik Rosli.
Selepas bersuai kenal secara ringkas, Encik Rosli membawa kami melihat sekitar rumah itu. Ruangnya agak sempit tetapi keadaannya bersih dan selesa juga kedudukan rumah ini. Cuma satu saja, Encik Rosli kata yang paip singki ada masalah.
Lokman sempat memeriksa. Memang ada sedikit kebocoran pada bahagian penyambungnya. Tak ada masalah bagiku kerana Encik Rosli kata dia akan kurangkan bayaran pada sewa bulan kedua bagi menggantikan untuk membaikpulih saluran paip itu.
Disebabkan Encik Rusli ini senang berurusan dan jujur orangnya, aku dan Lokman bersetuju untuk menyewa rumah. Bukan senang hendak dapat rumah yang murah dan selesa sekarang. Lokman mengeluarkan RM1300 sebagai bayaran muka untuk masuk ke rumah itu. agak murahlah dengan kadar sewaan rm350 setiap bulan.
Setelah membayar deposit itu, Encik Rusli terus menyerahkan kunci rumah kepada kami. Dia kemudiannya meninggalkan kami berdua untuk memberi peluang kepada kami mengamati ruang rumah itu.
"Amacam? Okey?" Tanya Lokman kepadaku. Kening dia terjongket bangga kerana berjaya mendapatkan rumah ini. Aku mencemik bibir.
"Satu hal dah settle. Ni barang-barang kak chik, sapa nak angkut?"
"Apa daa... Abang Agung kan ada. Mintak laa tolong dia."
"Senang aje kau cakap. Abang Agung tu, bakal suami orang Man... mana boleh nak mintak tolong dia macam tu."
Lokman menjuih bibirnya, matanya pula mengarah ke atas. Mencari alasan nak mengarut lagilah tu!
"Kau tak payah nak macam-macam la Man..."
"Apa benda yang macam-macamnya kak Chik? Man tak faham lah perempuan macam kak chik ni, suka sangat nak rumitkan keadaan!..." Tiba-tiba Lokman memintas percakapan dengan satu tamparan hebat kepadaku. Tergamam aku dibuatnya.
"Kalau kak chik suka Abang Agung, cakap ajelah! Janganlah nak pedam-pedam perasaan macam ni."
"Amboi, petah kau cakap! Macam mana kau tahu apa yang aku rasa hah?"
"Man terdengar apa kak chik bersembang dengan Nenek masa kita dekat kampung hari tu."
Aku menggigit bibir. Aku mengalih pandangan ke arah singki yang dikatakan bocor tadi. Cukup malas aku untuk bercakap tentang soal ini. Lagi-lagi dengan Lokman. Dia tu budak lagi, mana faham apa yang aku rasakan dari tindakan yang aku ambil.
"Singki tu macam mana?" Soalku bersahaja.
Lokman menggelengkan kepala. Dia tidak mengendahkan soalan tukar topik aku tadi. Sebaliknya dia fokus kepada lanjutan bicara hati kami, maksud aku... bicara hati aku.
"Well, macam nilah kak chik. Kalau Man cakap lebih-lebihkan bukan kak chik dengar. Kalau Man jadi Abang Agung pun, Man tak faham satu haramjadah pun permainan kak Chik ni. Lelaki takkan faham apa yang perempuan fikirkan kecuali perempuan luahkan secara langsung. Kak chik tak terfikir ke kenapa, Abang Agung sanggup pilih Dewi sedangkan kak chik ada di hadapan mata dia? Abang Agung sedar kak chik lagi baik dari Dewi, bukan Abang Agung tak sedar. Tapi kenapa? Sebabnya Dewi lagi berani melangkah setapak dari kak chik. Dia berani luahkan perasaan dia. Kalau kak chik sayangkan seseorang dan rasakan mana tempat sepatutnya Kak Chik berada, tak salah pun kak chik luahkan kepada Abang Agung."
Aku menelan liur pekat. Bukan setempek lagi aku kena dah, bertempek-tempek aku kena. Sementara aku tercegat di tengah-tengah ruang tamu kosong itu, Lokman mulai bergerak ke arah pintu. Itu tandanya dia sudah tidak ada benda hendak dikatakan lagi.
Difikirkan semula, ada benarnya kata-kata Lokman. Aku mengambil keputusan mendiamkan diri dan mengemam rasa hatiku kepada Agung semata-mata merelakan Dewi untuk memiliki lelaki itu. Semua ini berlaku selepas kejadian Dewi selamatkan aku dari dicabul di kelab malam. Aku menjadi seorang memendam dua perasaan ketika ini. Pertama aku berasa malu kepada orang sekeliling terutama rakan sekerja bahawa aku hampir diperkosa, dan kedua aku berasa bersalah kepada ummi. Bersalah kerana melanggar pesanannya supaya tidak melangkah ke tempat-tempat sebegitu. Aku tidak mahu menunding jari kepada Dewi kerana mempengaruhi aku, sebaliknya kalau tidak menyalahkan diri sendiri disebabkan rela mengikut dia ke tempat demikian.
"Tak nak kuar lagi ke?" Tanya Lokman memecah lamunan aku.
Aku memandang sekeliling rumah kosong ini. Eh, seram pulak rasa...
YOU ARE READING
Encik Hot vs Abang Cool
RomanceNur Suraya menganggap dirinya seorang gadis biasa-biasa sahaja. Namun kerajinan yang dimiliki olehnya menjadikan Suraya kesayangan ketua-ketua dan pengurus di sebuah syarikat pengilangan, yang sudah lima tahun dia berkerja sebagai operator pengeluar...