Bab 21

999 35 0
                                    

Debu-debu jalanan berterbangan. Zarah halusnya berwarna putih itu cukup untuk menyesakkan dada. Jalan yang tidak berturap jauh dari laluan utama mengoncangkan kenderaan bermotor itu. Walaupun begitu, keazaman seorang lelaki ini untuk menempuhi segala liku perjalanan ke kampung halaman cinta hatinya tidak mampu untuk menghalangnya.

Setelah mengharungi pernerbangan melintasi sempadan, Agung masih tekad. Destinasinya hanyalah Dewi Citra.

Desa Pitusunggu merupakan sebuah perkampungan petani yang jauh dari kesibukkan kota Jakarta. Tumpuannya tidak teralih walaupun dijamu dengan panorama alam sungguh indah.

Hampir 3 jam melalui laluan tidak berturap barulah Agung diberitahu bahawa dia sudah tiba di rumah Dewi.

Mata Agung tertala pada tiga orang budak, masing-masing dalam lingkungan 10-15 tahun, yang berdiri memandang ke arahnya. Agung tahu budak-budak itu mungkin adalah adik-adik Dewi yang diamanahkan.

"Didiq! Marwan! Arman!... ayuh datang ke sini!" kedengaran jeritan Dewi dari dalam rumah papan yang agak usang dan reput itu.

"Kakak! Ada orang datang!" jerit balas budak yang paling kecil, dalam bahasa indonesia.

Bergegas Dewi keluar dari rumah. Terkejut bukan kepalang apabila lelaki yang tidak disangka-sangka itu tercongok di hadapan rumahnya.

"Agung?"

Suasana waktu malam di kawasan itu sangat dingin. Ketiga-tiga adik lelaki Dewi sudah nyenyak diulit mimpi. Agung mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di rumah Dewi kerana sudah tak ada tempat menginap yang lain.

Rumah papan bersyelek tona coklat gelap itu hanya disinari cahaya lampu pijar yang malap. Itupun hanya dua buah yang menerangi di bahagian dapur dan tengah-tengah rumah. Keadaan kampung itu pun sangat sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali terdengar bunyi kelawar mendicit-dicit di hujung bumbung. Agung masih kurang percaya bahawa beginilah kehidupan Dewi yang sebenar. Dari mana datangnya gadis itu.

"Kamu boleh guna selimut ini." Katanya kepada Agung yang terlentang di atas pelantar kayu usang terletak di ruang tamu.

Agung meletak selimut itu ke sisi. Dia memandang Dewi tanpa beralih pandang. Dewi sedikit lain daripada Dewi yang dia kenal sebelum ini. Di sebalik jiwa emansipasis yang ditunjukkan oleh Dewi semasa berada di Kuala Lumpur, rupa-rupanya ini Dewi yang sebenar. Agung dapat merasakan kesederhanaan kehidupan Dewi sekarang. Tiada lagi kelab malam. Tiada lagi hujan duit yang dilimpahi dari golongan berpangkat dan berduit.

Walau bagaimanapun, pada mata Agung, Dewi tetap kelihatan cantik walaupun dia tidak lagi memakai pakaian-pakaian yang mewah dan cantik serta seksi.

"Aku boleh tampung hidup hingga hujung tahun ini saja. Ini semua duit seorang datuk yang bagi kepadaku semasa di Malaysia." Akui Dewi jujur. Dia tidak pedulikan lagi sama ada Agung dapat terima atau tidak.

"Selepas itu?"

"Aku akan bekerja di kelab semula di bandar Bandung sementara menunggu keputusan untuk mendapatkan kontrak sebagai pekerja kilang kasut di Cibaduyut. Adik aku, Arman juga sudah berkerja di lesehan dan penyanyi dendangan. Itu saja yang boleh tampung kami buat masa sekarang. Kami hanya fokuskan Didiq untuk bersekolah."

"Kahwin saja dengan aku Dewi."

Dewi menyentak almari. "Sudah aku bilang Agung! Jangan dicuba-cuba lagi! Aku tak akan ke mana-mana... mengerti!?"

Agung sedikit pun tidak terkesan dengan Dewi radangan mengejut itu. Dia ia hanya tenang seperti biasa. Dia pun akui yang dia tidak memaksa orang yang dia sudah hancurkan hatinya.

Encik Hot vs Abang CoolWhere stories live. Discover now