Jeon For Sale | JJK
Bab 10
----
-Jeon Jungkook-----
"Ada kejutan di akhir bab. Sila baca author note (A/N) ya."
♥
Kepulangan Jung Hoseok ke luar negara dihantar dengan linangan air mata Joo Yeon
Wanita itu bersandar di satu sudut berdekatan dengan tingkap biliknya sendiri
Jauh pemikiran Joo Yeon melayang jauh. Rindunya terhadap sahabat baik Jung Hoseok sudah terlunas.
Namun, kegembiraan akan berganti semula dengan kesedihan.
"Aku akan rindukan semua kenangan kita, 001 JJK. Aku akan buat kau bencikan aku. Kebahagiaan kau, aku akan serahkan kembali."
Perlahan-lahan bibir Joo Yeon melafazkan ayat-ayat yang terasa begitu perit untuk dihadapnya kelak.
Angin yang datang dari arah tingkap seperti menampar Joo Yeon untuk sedar dari mimpi.
Bibirnya digigit tanda resah. Telapak tangannya semakin berpeluh sakan.
"Aku harap k-keputusan aku ini betul."gumam Joo Yeon.
----
Jungkook menggosok kelopak mata apabila terasa kakinya seperti dicuit oleh seseorang.
Wajah manis Kang Joo Yeon terus menyapa pandangan matanya.
"Cik J-joo Yeon, selamat pagi!"
Terkebil-kebil Jungkook memandang majikannya. Joo Yeon hanya diam membisu.
Dia angkat telapak tangan kanannya dan diletakkan di atas kepala Jeon Jungkook.
Dibelainya dengan penuh ralit. Jungkook tersenyum manja. Senang hatinya tatkala dilayan sebegitu rupa oleh Joo Yeon.
"Jungkook, bersiap sekarang. Lepas sarapan pagi, saya nak bawa awak keluar. Nak tak?"
Pertanyaan Joo Yeon dibalas dengan anggukan kepala oleh Jungkook.
Mana mungkin dia menolak perlawaan tuannya.
YOU ARE READING
[C] Jeon For Sale | JJK
FanfictionKau bayar. Jungkook sedia berkhidmat. Berminat. Hubungi Jeon di talian 001. Start: 13/10/2018 End: 07/11/2018 Cover : @Youngbeast19