11

4.5K 847 36
                                    

Jeon For Sale | JJK
---
Bab 11
---

"A-aku kat mana ni?"jerkah Jungkook kepada seorang jururawat yang sedang membetulkan balutan di kepala lelaki itu.

Mata Jungkook liar memerhati segenap ruang bilik hospital yang dihuninya.

Kelopak matanya terus dipejam rapat. Jari-jemarinya yang menggigil diletakkan di atas dada.

"Kau kejam , Joo Yeon. Kau tunggu balasannya nanti."

Kedengaran pintu biliknya ditutup. Apabila mengetahui dirinya sudah ditinggalkan keseorang, lelaki malang itu terus menangis hiba.

Esak tangisnya yang sebak dan menyedihkan memenuhi ruang bilik.

Hatinya berasa begitu sakit kerana diperlakukan sebegitu rupa oleh majikannya sendiri, Kang Joo Yeon.

Jungkook menyembamkan muka di atas bantal. Air mata yang menderu laju menuruni pipi sudah tidak dihiraukannya lagi.

Dia tidak dapat menerima hakikat perlakuan Joo Yeon terhadapnya.

"Sanggup kau buat aku begini, Joo Yeon? Aku tahu aku bukan sesiapa di m-mata kau."

Rintihannya berterusan pada petang yang mendung itu.

Hati dan perasaan Jungkook sudah hancur lebur.

Semuanya berpunca daripada Kang Joo Yeon.

-----

Joo Yeon meneguk air soda yang baru dikeluarkannya dari peti sejuk.

Tekaknya yang berasa kering sudah terasa lega dan selesa.

Matanya menjeling pula pada jam yang tergantung di dinding.

"Aku dah lewat. Hoseok dah janji nak jumpa di kelab malam Hongdae. Haish."keluh Joo Yeon.

Pantas wanita itu bangun dari duduk. Langkah kakinya laju menerpa ke muka pintu.

Hatinya berserabut sejak kali terakhir dia bertemu dengan Jungkook.

Kali terakhir di mana Joo Yeon mengakhiri ikatan di antara dia dan Jungkook dengan tindakan kejam.

Sempat lagi dia oleskan gincu berwarna merah pekat di bibir munggilnya.

Terasa pahanya sedikit bergetar, Joo Yeon segera menjawab panggilan dari seseorang.

"Ya. Aku lambat sikit eh, Hoseok. Baru keluar rumah ni. Kau enjoy dulu."balas Joo Yeon.

Balasannya dijawab Hoseok dengan peringatan keras.

Serta-merta, kakinya yang sudah bersarung kasut stilletto berwarna merah cili berhenti mengejut.

Giginya diketap untuk menghilangkan rasa resah ,gelisah di hati.

Hoseok ada berikan satu peringatan keras.

001 JJK miliknya sudah pulang. Mencari kedatangan Joo Yeon.

Di kelab malam.

Bersama satu kejutan yang tidak terjangka.

Suara gementar Hoseok jelas memberi bayangan yang kurang enak kepada Joo Yeon.

"Kau cepat datang Joo Yeon. J-jungkook 001 JJK kau kan? Aku rasa dia..lain. Kau kena datang cepat."

Oops.

Orang kata karma is a bitch.

Joo Yeon cari pasal, kesannya akan berbalik semula.

Awas.

🍟
A/N:

Hai. Akak Sha buat comeback .

Rindukan saya dan Jengkuk for sale?

♥♥♥

Jangan lupa untuk komen dan hadiahkan likes.

Maaf atas kelewatan update .

-----

[C] Jeon For Sale | JJK حيث تعيش القصص. اكتشف الآن