~Part 1~

21.4K 210 0
                                    

"Lia sayang... Bangun, mama dah nak bertolak ke Melaka dengan papa kamu harini untuk temakan papa kamu meeting.Kamu kan ada interview pagi ni? Cepat bangun dan bersiap sayang.... Nanti kamu terlewat." Pujuk Datin Sophea Alana dengan lembut untuk mengejutkan anak kesayangan nya bangun.

Aulia Natasya hanya tersenyum ketika mama nya menepuk pipinya perlahan. Sungguh, dia sayang kepada kedua orang tuanya... Kerana dia adalah anak tunggal perempuan bagi mama dan papanya. Dari kecil dia hanya ada mama, papa dan abang sulung nya Airil Nafis, tiada nenek atau atuk kerana mereka telah pergi semasa usia nya masih kecil.

Aulia Natasya kini telah siap menyarung blouse putih dan seluar slack hitam kegemarannya untuk pergi ke interview nya hari ini.Baginya simple is better ketika menghadiri sesi temu duga.Dia begitu teruja kerana ini adalah peluangnya untuk berdikari dari kedua orang tuanya walaupun dia tidak perlu melakukan seperti itu.

Namun baginya, dia perlu berdikari sebagai persediaan untuk masa depan nya... Hehehe... Walau dia tahu harta kedua ibu bapanya memang hanya untuk dia dan abang kesayangan nya..Puas papa nya mengajak dia untuk berkerja di Hotel papanya Datuk Nazrik Firdaus sebagai Ceo di Hotel La Verra namun dia berdegil untuk mencari pengalaman di tempat lain.Bagi nya, cukuplah jika abang nya Airil Nafis yang menguruskan hotel tersebut.

Papa, mama dan abangnya kini berada di meja makan sambil berbual dan bersarapan. Aulia Natasya pantas mencium pipi kedua orang tuanya ketika menghampiri meja makan tersebut. Kerana itu memang menjadi perbuatan lazim mereka apabila waktu pagi atau malam sebelum tidur. Mereka sudah diasuh begitu sejak dari kecil oleh kedua ibu bapanya. Keluarganya memang menitik beratkan perihal adab sopan dan kasih syang dalam keluarga mereka.

Mereka bersarapan dengan gembira sambil papa dan abangnya memberi tips untuk mehilangkan rasa gementar ketika sesi temu duga dijalankan. Mamanya juga berpesan supaya jangan terlalu kelam kabut ketika memandu nanti. Kerana Aulia Natasya memang jenis yang mudah panik ketika memandu.

Dia yang kini bersemangat dan ceria tidak sabar untuk menghadiri temu duga tersebut.


Namun dia tidak tahu bahawa hari ini akan menjadi hari yang akan mengubah hidupnya selama-lamanya...


P/s:Fuhhh agak nervous sebab kali pertama author menulis story.
Maafkan kalau membosankan... Sila komen dan vote yer guys... TQ. 😂😘

Aulia NatasyaWhere stories live. Discover now