"Taeyong , tolong sa- hmmm!!"
Telefon ku terlepas dari genggaman saat satu tangan besar menutup mulut serta hidungku . Aku merasa begitu takut . Aku tidak dapat bertahan lama dengan keadaan ku yang mempunyai asma . Tidak lama selepas itu , terasa dunia yang samar-samar kegelapan itu bertukar menjadi hitam sepenuhnya .
****************
"Dah bangun ?"
Mataku yang separuh terbuka itu memandang sekeliling . Aku berada ditempat yang begitu asing . Dinding bilik ini dipenuhi dengan gambar lucah yang membuatkan aku begitu takut malahan orang yang menekup mulutku tadi berada dihadapanku dengan pandangan yang begitu sukar ditafsirkan . Aku menjerit sekuatnya namun mulutku yang ditekap dengan soletep membuatkan suara itu tenggelam . Aku meronta dan terus meronta dengan keadaan aku terikat diatas kerusi . Hinggalah dia mengacukan pisau pada leherku , aku terdiam .
"Jadi baik malam ni , dan aku akan buat baik pada kau , hm?"
Aku tidak dapat menahan air mata apabila dia dengan beraninya mengoyakkan hoodie separuh tebal kepunyaanku dengan pisau tadi perlahan lahan .
Aku menutup mataku , berharap tuhan melihat keadaanku dan akan membantuku . Aku menangis dan terus menangis . Aku tidak tahu mengapa , namun dalam doaku tertera satu nama yang tidak sengaja terlintas di kepalaku.
Lee Taeyong .
Apabila satu bunyi hentakan terhasil aku membuka mata . Pacik teksi tadi sudah terbaring di lantai dengan kepalanya yang mengalirkan cecair merah .
Aku memandang hadapanku pula .
Ianya betul . Tuhan betul-betul mendengar suaraku . saat dia membantu membukakan ikatan tanganku , aku memeluknya erat .
"Saya dah bagitahu awak jangan minum benda tu lagi .."
"Minta maaf . saya betul-betul minta maaf .."
Dia meleraikan pelukan lalu mengusap kepalaku .
"Tak mengapa . Kita balik okey?"
Aku mengangguk seraya memandang perempuan dibelakangnya . Itu Yeonwoo . Dia menekup mulutnya dengan mata yang berair memandangku . Saat dia cuba mendekatiku , mataku tidak sengaja tertangkap kelibat pacik teksi yang sudah sedar dari pengasannya yang sekejap .
"Taeyong!"
Aku dan Yeonwoo menjerit serentak .
Pacik itu . Dia pegang pisau tadi .
Satu tusukan mengejut mengena belakang Taeyong .
Ikatan kaki ku sudah terbuka.
Tapi Taeyong .
Pacik tadi menolak badan Taeyong ke lantai dan jelas yang dibelakangnya masih tertusuk dengan pisau tadi . Pacik itu mendekatiku dan aku pandang Yeonwoo dari jauh . Dia sepertinya mencari alat untuk membantuku kerana tangannya yang sibuk menyelongkar kabinet bersebelahannya .
"Bukankah aku dah cakap? Yang aku akan jadi baik kalau kau pun buat baik juga?" Pacik teksi itu berkata seraya senyum padaku . Namun senyumannya tidak lama saat Taeyong berdiri lalu menusuk belakang pacik tadi dengan pisau yang digunakannya menikam Taeyong tadi .
Mulut Taeyong mengeluarkan darah yang banyak . Saat pacik teksi itu ingin membalas serangan dalam kesakitan , Taeyong mendakap belakang pacik itu kuat dengan mendalamkan lagi tusukan itu .
"Lari Hana! Lari! "
Aku menangis seraya mengeleng laju .
Tak . Aku tak nak tinggalkan dia.
"Hana , jom .." Yeonwoo menarik tanganku .
Aku menggeleng laju .
"Pergi! Saya kata pergi!!" gertaknya lagi . Aku perlahan-lahan merelakan tubuhku ditarik Yeonwoo keluar dari tempat itu .
Sesampainya di pintu , bunyi siren kereta polis mula kedengaran . Aku dengan berani masuk semula .
Pacik teksi tadi sudah jatuh tidak sedarkan diri manakala Taeyong
Dia melihatku dengan mulutnya yang penuh dengan darah . Dia memandang aku sambil tersenyum sebelum kakinya terasa goyah dan dia terduduk . Aku mula mendapatkannya.
Aku membaringkan dia di ribaku . Kepalanya aku usap lambat .
"Kk-kenapa ss-susah sangat nn-nak tt-tinggalkan minuman tt-tu?"
Kata-katanya itu betul-betul menghentam jiwaku . aku menangis dan terus menangis. .
"Saya minta maaf . "
"Jj-jangan minta mm-maaf.. Tolong jj-jjanji ... Jangan ambil mm-minuman tu ll-lagi .. Hmm?"
Aku memegang tangannya lalu aku kucup perlahan .
"Saya janji"
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Milk || lee тaeyong
Short Story" Susu ni banyak khasiat dari arak tu , awak tahu? Cubalah! " (Start : 4 oct 2k18 ) (End : 18 nov 2k18) ©Jaethenanaa storyline P/S : Idea keluar daripada kepala otak saya sendiri . Sebarang ketersamaan jalan cerita mahupun seangkatan dengannya adal...