Kalau bintang yang kerdil pun boleh bagi seri pada malam yang kelam, maknanya segelap mana pun hidup kita masih ada harapan walaupun kecil. - AERA
☆ ☆ ☆
Tutup buku lama, buka lembaran baru bukanlah ungkapan yang mudah direalisasikan dalam kehidupan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuscany, Italy
Lapangan Terbang Florence gamat dengan suara operator di pembesar suara. Sana-sini telingaku menangkap bunyi bagasi dan beg roda yang ditarik. Walaupun seawal 2.30 pagi manusia sudah berasak-asak di dalam lapangan terbang dengan tujuan masing-masing.
Aku kembali menyambung langkah keluar dari balai pelepasan untuk ke tempat menunggu teksi. Beg yang aku galas di belakang sesekali buat aku terasa lenguh. Bahu sudah penat untuk menampungnya. Aku duduk seketika di atas bangku. Mata pula melilau melihat ke ruang lapangan terbang yang luas itu. Seketika aku tunduk memandang lantai.
"Na museowo..." (Aku takut)
Aku memeluk tubuh apabila memikirkan yang aku keseorangan di sini. Pada mulanya aku tenang tetapi tatkala terlihat kanak-kanak yang sebaya aku berjalan di sisi ibu bapa mereka buat aku rindu pada ibu dan ayah.
The fifteen years old me who had nothing. The world is so big and I am so small. Ayat itu berulang-ulang di dalam minda. Pemikiran budak berumur 15 tahun yang masih belum matang tetapi entah kenapa aku jadi terlalu berani untuk lakukan semua ni demi kejar impian aku.
"Aaa.. Yong-gamhan salam-idoego sipdamyeon, neoneun ul-eoseoneun andoenda Alex." (Kalau kau nak jadi berani, kau tak sepatutnya menangis)
Aku cuba beri kata-kata semangat untuk diri sendiri sambil menyeka air mata yang bertakung dengan jari telunjuk. Sudah habis penat aku pun menyambung kembali langkah yang terhenti. Mata masih lagi melilau.
"Naneun-i jangsoui sajin-eul jjig-eoyahanda." (Aku sepatutnya ambil gambar tempat ni)
Kachak! Kachak! Kachak! Laju sahaja aku pressbutton kamera pada telefon bimbit. Gambar yang sudah tersimpan ke dalam galeri ku tatap semula.
"Heol!...Iyeo ja nuguya?!" Aku terkedu pada salah satu gambar. Siapa perempuan ni?
"My heart's a stereo, It beats for you so listen close, hear my thoughts in every note... Ooh...~"
Nyanyian itu melintasi cuping telinga dan semakin perlahan. Bahuku berselisih dengan seseorang lantas aku terus menoleh ke belakang. Gadis itu sudah melangkah agak jauh. Aku hanya mampu melihatnya dari belakang.
Haa...Nyanyian itu buat aku terpaku dan terbuai. Merdunya. Suara gadis tu...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dan hati seorang budak lelaki yang baru berumur 15 tahun yang hanya mahu mengejar impiannya, tercuit cinta pandang pertama kepada seorang gadis yang tidak pernah dikenali. Impian terus dicapai biarpun hatinya masih setia tersimpan cinta yang lama terpendam hinggalah dia dewasa.