33

6.2K 523 57
                                    

Dah seminggu berlalu dan hubungan taehyung dan nara tetap sama. Retak. Dalam seminggu itu juga taehyung tak jumpa nara. Dia kotakan janji dia.

Nara ? Kerja atas dasar sara hidup. Fikirannya tetap untuk taehyung sampai kadang-kadang ada customer yang complain tentang layanannya.

Taehyung berjalan seorang diri di laluan taman. Pagi itu taman tak ramai yang datang. Mungkin sebab hari ini hari bekerja. Dia cuti, tak ada mood nak pergi kerja. Takut nanti dia lepaskan amarahnya dengan pekerjanya.

"Hi sayang." Taehyung tersentak. Dia angkat kepala memandang gerangan yang memanggilnya begitu.

Eunji.

Dia nak terus berjalan tapi selalu sahaja tangannya ditahan oleh perempuan itu.

"Kau nak apa lagi ?" Taehyung soal kasar. Tiada lagi istilah jaga hati, sebab eunji dia terpaksa tahan sakit ditinggalkan nara. Ya, sebab eunji.

"Saya nak awak." Taehyung geli. Geli dengan permintaan eunji.

"Kau fikir aku apa ? Kau buang suka-suka hati bila perlu kau kutip balik ? Barang terpakai ?" Taehyung jalan terus. Dia tahu eunji mengekorinya dari belakang.

"Saya terpaksa tinggalkan awak dulu, saya cintakan awak sampai sekarang." Eunji seakan merayu namun taehyung buat tak dengar. Earphone di sumbat ke telinga.

"Taehyung.." eunji panggil.

"Sayang.." lagi sekali.

"Taehyung! Kenapa awak buat macam ni ? Apa bagus sangat perempuan murah macam tu ?!" Earphone ditelinga taehyung ditarik kasar. Merah matanya.

Pang!

Satu tamparan jatuh ke pipi eunji. Berdesing telinga dengan bunyi tamparan kuat itu, pedih.

"Jangan sesekali kau berani gelar isteri aku murah. Kau— kau lagi teruk dari dia." Jari telunjuk ditunding ke wajah eunji. Dia terlalu marah mendengar kata-kata eunji tadi,

"Memang itu je sesuai untuk dia. Buktinya ? Dia layan lelaki kat seoul ni. Entah berapa lelaki dah sentuh dia." Eunji semakin berani. Pipi kirinya yang dilempang tadi dipegang. Memerah wajahnya.

"Kau—" taehyung kembali angkat tangan. Eunji dah pejam mata dulu sedia dengan serangan taehyung. Tapi tak ada, dia buka mata balik,

"Sudah lah eunji. Jangan kacau aku. Aku tak suka kau. Let me clear it up, memang waktu kau tinggalkan aku setahun lepas aku kecewa, aku tunggu tapi tak lepas aku jumpa nara. Nara buatkan aku berhenti cintakan kau, cinta aku sekarang sepenuhnya milik nara. Clear kan ?" Taehyung kembali memasang earphone di telinga dan jalan menonong.

Eunji tolak lidah ke pipi kiri, pipi yang ditampar taehyung tadi.

"Kita tengok sampai bila awak boleh serahkan cinta awak dengan perempuan tu, kita tengok kim taehyung." Eunji bercakap sendiri memerhati taehyung yang semakin jauh darinya.

++

Eunji masuk ke dalam starlight club dengan memakai hoodie hitam. Dia duduk di sebelah seorang lelaki yang boleh tahan kacak namun perangai durjana.

"Long time no see eunji." Suara garau itu masuk ke telinga eunji. Eunji roll eyes,

"Aku tak ada masa nak berchit chat dengan kau. Aku tahu kau suka nara kan ?" Dia pandang di satu bahagian dimana ada nara di situ. Tersenyum sendiri dia melihat perangai terdesak nara yang ingin mencari duit.

"Hm nampak macam ada new mission. What is it ?" Dia hirup alkohol kuat yang dihidangkan oleh pelayan. Wajah cantik eunji di sebelah diperhati.

"Dia tu dah kawin tapi tengah krisis dengan husband dia, kim taehyung. So time ni aku rasa masa paling sesuai untuk kau racun fikiran dia." Eunji senyum senget bersama ayatnya. Dia dah fikir macam-macam plan untuk pisahkan nara dan taehyung.

"Maksud kau ? Aku tak dapat tangkap."

Eunji mengeluh, "kau ni jackson muka handsome tapi otak lembab. Kau buat la apa pun untuk dia jauh dari taehyung. Taehyung pula, kalau dia dah tengok wife dengan dengan lelaki lain confirm sakit hati, kan ? And apa jadi lepas tu ?" Soalan bonus dia bagi jackson.

"Diorang.. cerai ?"

Eunji petik jari, "yes bijak pun. Waktu tu kau dah dapat nara. Aku pula ? Dapat taehyung. Untung kan ?"

Jackson mengangguk faham. Faham dengan segala plan perempuan licik di sebelahnya.

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now