66

6.7K 545 45
                                    

"Kau fikir kau boleh bahagia ? Sorry, aku takkan biarkan kau lepas macam tu je." Tersekat-sekat suaranya. Dengan hidung yang tak henti-henti keluarkan air.

Senang dia menghirup serbuk yang baru dihantar oleh orangnya tadi.

"Kim taera.." suaranya sedikit rendah. Info yang dia dapatkan dari orang upahannya itu dibaca dan difahamkan betul-betul.

"Ikut ahjumma ya ? Tinggal dengan mama papa tak best, kita kena ada main sikit." Dia berkata sendirian dalam bilik yang gelap dan hanya lilin cantik yang menjadi sumber cahaya.

"Jangan fikir kau dah menang taehyung.."

++

"Anak papa.." pipi taera digomol oleh taehyung. Sayang betul dengan anak pertamanya. Sanggup balik awal setiap hari semata-mata ingin melihat wajah taera.

Nara sampai tergeleng kepala tidak tahu apa nak cakap. Bila taera meracau malam, taehyung rela hati nak dodoikan, taera pula sukakan taehyung, memang ngam sekali anak beranak.

"Awak pergi la makan dulu. Saya dah masak tadi, sejuk karang awak tak nak pula." Badan taehyung didorong ke tepi lantas matanya terpaku pada taera yang diam di atas katil. Masih gelap penglihatannya. Belum sampai sebulan lagi.

"Saya nak dengan anak saya la, mama ni kacau." Taehyung mencebik. Tak suka betul bila nara jauhkan dia dengan taera.

"Jangan mengada, pergi makan atau saya buat benteng supaya awak tak boleh gomol dia lagi. Pilih nak yang mana." Nara mula mengancam, muncul senyuman kecil di bibirnya. Taehyung kalau diugut begitu memang dia lemah. Laju sahaja dia berdiri dan ingin keluar.

Tapi belum sempat dia keluar, "Taera tu anak saya, tah kenapa asik nak jauhkan je. Cemburu ke ?"

Mata nara membuntang, ya tuhan ini orang biar betul ? Sampai ke situ fikirannya merayau ?

"Celah mana tah cemburu. Lagi satu, dia anak saya juga. Saya bawa dia 9 bulan, saya lahirkan dia." Nara tak mahu kalah. Punggung taera ditepuk lembut bila bayi itu mula menggeliat ingin menangis.

"Kalau takda saya, dia pun tak ada. Lupa ? Saya k yang mulakan langkah dulu." Potong taehyung lagi. Nara statik berhenti.

"Ey byuntae!" Dia menjerit. Taehyung ketawa dan keluar. Ingin makan, isteri suruh kena dengar.

"Papa taera gatal kan ? Sabar je la dapat ketua family macam dia." Nara membebel seorang. Tak seorang sebenarnya, dia bercakap dengan taera.

Taera diam, matanya terarah kepada nara. Seakan faham dan dengar apa yang mamanya itu katakan.

Dan belum sempat dia menyambung ayatnya, taera ketawa tiba-tiba. Geli hati dibuatnya.

"Eee mulut petak macam papa!" Nara dekatkan wajahnya ke pipi taera dan dicium lembut pipi tembam itu.

"Hidung macam papa, mulut pun macam papa. Habis mama mana ?" Kali ini nara mencebik.

"Dia dah cukup cantik macam mama dia, tak cukup ?" Taehyung yang baru masuk ke bilik naik ke atas katil bersama mereka berdua.

"Dah habis makan ?"

"Dah."

"Aik cepatnya ?"

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now