Part 6 ( Akhir)

104 5 1
                                    

Kami pun pergi ketempat yang ada rimbunan pohon beringgin. Kami terpaksa meredah semak belukar. Nasiblah c abang ada bawa parang. Tangan saya luka luka terkena ranting kayu yang ada duri. Tidak lama kami pun sampai ditempat yang dimaksudkan. Akarnya berjuntaian. Kawasan disekitar pohon beringgan itu, nampak gelap dan memang menyeramkan. Meremang semua bulu dibadan saya. Seram sejuk saya rasa. Tambahan pula hari sudah beransur senja. Begitu kami sampai disana, ustaz Amir menyuroh kami berhati hati. Kata ustaz Amir, " jangan berpecah, tetap bersama sama. Ustaz Amir melaungkan Azan. Tiba tiba kelihatan seperti babola api terbang melayang layang berlegar legar mengitari kami. Ustaz Amir membuat satu lingkaran bulat seperti cahaya, untuk melindungi kami dari serangan makhluk itu. Ustaz Amir, memberi arahan, "jangan ada sesiapa yang keluar dari lingkaran itu walau apa pun yang jadi. Bahaya..! Tetap saja berada ditempat. Kata ustaz Amir memberi peringatan. Benar saja firasat ustaz Amir. Tak sampai berapa saat, babola api itu cuba menyerang kearah kami. Tapi serangan itu tidak dapat mengenai kami, seperti ada satu kekuatan yang menangkis setiap serangan yang dilancarkan oleh makhluk itu. Sehinggakan babola api itu sampai terpental begitu jauh menghantam pokok pokok kayu yang ada dihutan itu. Ustaz Amir tidak berdiam diri, dia terus saja membaca ayat ayat dari al-quran.

Tak lama kemudian, kelihatan seperti kain putih melayang layang diudara cuba mengelirukan ustaz Amir. Tapi ustaz Amir tidak mudah terpedaya dengan tipu helah makhluk makhluk itu. Tanpa dijangka babola api itu mengarah kearah ustaz Amir. "Zuuppp...!!!" tapi dengan cepat ustaz Amir mengangkat kedua belah tangannya dan mengarahkan telapak tangannya kearah babola api itu dengan mengucapkan kalimat, " ALLAHU AKHBAR...!!! "(Allah Maha Besar ). Keluar cahaya putih dari kedua telapak tangan ustaz Amir, lalu menghantam makhluk itu. Tak pelak lagi, babola api itu terpental  mengenai pokok kayu ara dengan dashyatnya. Terdengar suara jeritan yang sangat kuat dan mengerunkan. Sehinggakan binatang bintang liar dihutan itu berlarian ketakutan.

Pertarungan ustaz Amir dengan makhluk itu semakin seru. Bunyi dentuman yang kuat, mengegarkan seluroh isi hutan itu. Penghuni hutan rimba lari bertempiaran menyelamatkan diri ketakutan mendengar suara menyeramkan. Jangankan binatang, saya sendiri pun mengigil ketakutan. Baru kali inilah saya menyaksikan pertarungan yang nyata antara manusia dengan makhluk halus. Biasanya saya hanya menonton ditv saja.

Lembaga perempuan inilah yang pernah saya nampak dulu masa dirumah kami. Sekarang dia sudah pelihatjan wujudnya yang sebenar. Badannya kurus tinggi, kuku kukunya hitam panjang dan runcing. Rupanya hodoh menyeramkan. Matanya merah menyala macam bara api,  menyorot kearah kami dan kearah ustaz Amir. Sorotannya begitu tajam  penuh dendam dan amarah. Dia melancarkan kembali serangan serangannya kearah ustaz Amir dengan serangan yang sangat berbahaya. Tapi syukurlah ustaz  Amir dapat mematahkan setiap serangan yang dilancarkan oleh makhluk itu. Dengan penuh amarah makhluk itu menjerit dengan kuat, sehingga membuat hutan itu terasa  bergegar. "Aaarrrgggg...!!! " bergema suaranya keseluroh hutan. Dia menjerit marah, kerna setiap serangan yang diarah kearah ustaz Amir mengenai angin saja.

"Hiii...manusia bodohh...!!! Kaauu...! Tidak dapat mengalahkan aku. Kau tunggu serangan berikutnya. Aaarrrggg...!!!" jerit makhluk itu dengan marah, lalu menghembuskan api kearah ustaz Amir berkali kali. " Zuuppp...praasss...!!!" suara api yang keluar dari mulut makhluk itu. Hampir saja mengenai ustaz Amir. Nasib baik dia cepat mengelak. Hanya ustaz Amir saja yang faham apa kata makhluk itu.

"Aku tak akan mengalah dengan makhluk makhluk seperti kamu. Kerna derjat manusia seperti kami lebih tinggi dibanding kamu." kata ustaz Amir berdailog dengan makhluk itu. Apa lagi makhluk itu bertambah marah kerna merasa dicabar.
"Aaarrrgggg...!!!" jerit makhluk itu marah. Nampak sangat dia tersangat marah, kerna ustaz Amir tidak mahu mengalah.

Kami hanya berdiam diri saja, menyaksikan apa yang bekal terjadi seterusnya. Ustaz Amir tidak menyerang balik makhluk itu. Malah sebaliknya ustaz sengaja membuat makhluk itu bertambah marah. Namun begitu, ustaz tetap bersiap sedia menjaga kemungkinan. Takut kalau kalau serangan itu menyasar. Kami tidak tahu apa muslihat ustaz Amir dibalik tindakannya yang mengundang bahaya itu. Dengan amarah yang membuak buak, makhluk itu melancarkan serangannya yang membabi buta kearah ustaz Amir dan kearah kami.

"Zuupppp...!!! Zassss...!!!" cahaya api yang keluar dari kedua belah mata makhluk itu lebih dashyat dari sebelumnya. Hampir saja mengenai tubuh ustaz Amir. Nasib dia cepat mengelak. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi pada ustaz Amir. Nyaris nyaris saja ustaz Amir terkena hembusan api dari mata makhluk itu. Makhluk itu tersangat marah, kerna ustaz Amir dapat melumpuhkan setiap serangan yang dilancarkan oleh makhluk itu. Ustaz Amir membiarkan saja makhluk itu menyerangnya, tanpa membalasnya. Dia menunggu masa yang sesuai untuk membalas serangan itu.

Dengan sekuat tenaga makhluk itu menghembuskan api dari mulutnya kearah ustaz Amir.

"Zuuuppp... Praasss...!!!" kali ini serangan itu lebih dashyat. Ustaz Amir bersiap sedia menghadapi serangan demi serangan dari makhluk itu. Dengan secepat kilat ustaz Amir mengeluarkan sebuah cermin kecil dari balik jubahnya, dan mengarahkan cermin itu kearah makhluk tersebut, saat makhluk itu melancarkan serangan kearah ustaz. Serta merta api dari mulut makhluk itu memantul cermin dan kembali kepada makhluk itu sendiri. Itu yang dinamakan senjata makan tuan.

Tanpa ampun lagi, makhluk itu terbakar dengan apinya sendiri. Terdengar jeritaan yang panjang dan kuat serta mrnyeramkan. Jeritaan kesakitan dari makhluk itu bergema keseluroh hutan. Makhluk itu terbakar dengan dashyatnya oleh senjatanya sendiri. Suara lolongan dari makhluk itu semakin jauh dan tidak kedengaran lagi. Keadaan hutan kembali seperti sedia kala, seperti tidak ada apa apa yang terjadi. Selepas itu barulah kami dibenarkan keluar dari lingkaran itu, setelah keadaan benar benar sudah aman. Barulah kami dapat bernafas dengan lega.

Kami hampir terlupa, tujuan sebenar kami mencari Rina. Dalam kami tercari cari, tiba tiba kami terdengar seperti ada suara erangan pelahan dari celah celah akar kayu ara yang berjuntaian. Dengan cepat c abang mengarahkan lampu suluhnya kearah suara itu. Alangkah terkejutnya kami, Rina ada terbaring dicelah celah akar kayu ara. Jeff dan c abang, berusaha mengeluarkan Rina dari rimbunan akar kayu ara. Kasihan Rina, keadaannya lemah sekali tidak bertenaga. Bajunya habis koyak koyak. Tangan dan kakinya terdapat banyak luka luka. Mungkin luka akibat terguris ranting tajam atau pokok yang berduri, masa dia dibawa kebawah pohon beringgin. C abang dukung c Rina dan bawa keluat dari tempat itu.

"Semua sudah ada, mari kita cepat tinggalkan tempat ini sekarang. Sudah hampir jauh malam. Nasib baik bulan terang, dapat juga membantu kita melihat jalan."kata ustaz Amir.

Kami pun berjalan dengan cepat meninggalkan tempat itu. Takut pula ada benda lain lagi yang jadi. Kami pulang kerumah c abang. Sampai dirumah, Ustaz Amir membacakan doa doa pada air putih lalu diberikan pada mama untuk diminumkan dan ditapuskan dimuka c Rina. Bilang ustaz Amir, "tiada apa yang perlu dikhuatirkan tentang Rina. Badannya cuma lemah akibat dua hari tidak menjamah sebarang makanan.

Esoknya Jeff Rayyan dan ustaz Amir balik duluan kebandar. Saya masih lagi dikampung. Tunggu Rina betul betul sembuh dan pulih dari ketakutan. Lepas tu barulah kami balik kebandar. Syukur juga dalam beberapa hari saja, Rina pun sudah pulih dan sembuh kembali. Kelihatannya Rina sudah semakin sehat. Cuti budak sekolah masih ada beberapa hari saja lagi. Begitu juga dengan Rina.

Itulah kisah pengalaman saya dengan Rina semasa kami bercuti dikampung.
Pengalaman yang pertama, kami serumah dengan hantu yang menyerupai mama.
Yang kedua, Rina diculik rogon yang menyerupai macam c Jeffry.
Okey...ini cuma cerita fantasi saja. Alias rekaan. Harap kamu baca...

Tamat...

Rumah Berpenunggu ( Bahasa Sabahan) (Completed) Where stories live. Discover now