Siri 253-Tuk Guru Sasau

1.6K 20 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Datuk dan Pak Habib masih menanti suami malang menyambung cerita yang terputus. Sudah hampir lebih dari sepuluh saat masa berlalu, suami malang masih juga membisu.Datuk mula nampak resah. Pak Habib masih macam biasa, tenang dan selesa.

Pada hemat saya apa yang di ucapkan oleh si suami malang diikuti dengan teliti oleh datuk dan Pak Habib. Saat saya menoleh ke kanan, terpandangkan isteri kepada lelaki (suami malang) tersebut tunduk merenung permukaan bumi, tiada seorang pun tahu apa yang bermain dalam tempurung kepalanya.

Dalam keadaan serba tenang tetapi, mendebarkan itu, datuk menarik nafas dalam-dalam, dia merasakan lelaki itu seperti keberatan mahu meneruskan kata-kata. Andainya, telahan datuk itu tepat, memang sungguh menghampakan, bukan saja buat dirinya, malahan melibatkan Pak Habib dan diri saya sendiri.

Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap yang menjauhkan diri dari kami, terus merawat dan melayani anak muda yang mereka anggap dan gelar " Tuan atau Pak Guru". Beberapa orang dari mereka menangis sambil mengharapkan orang yang mendatangkan kecelakaan kepada pemimpin agung mereka, akan ditimpa bencana.

"Anak kamu memang hebat, dia ada kebolehan dan pelajaran, memang tak berhati perut orang yang dengki dengannya," datu mula mengocak suasana yang agak sepi, sekali gus secara diplomasi mengajak lelaki itu membuka mulut.

"Iya, mereka memang tak patut," si isteri yang menyampuk.

Datuk dan Pak Habib berpandangan.

"Anak kami selalu dihantar oleh pengetua pesantren menghadiri seminar di luar negeri," si lelaki meningkah cakap isteri dengan nada suara yang megah.

MENJERAT

"Dihantar kemana tu?" datuk cuba menjerat.

"Ke Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Siam dan Arab Saudi. Ada cerita lain orang dengki dengan anak saya."

"Cerita macam mana tu." Pak Habib pula bertanya.

"Kononnya anak saya ni sombong dengan ustaz-ustaz din situ, maklumlah dia ada pelajaran tinggi, selalu memandang rendah pada orang lain, cerita ini susan nak percaya," si lelaki itu menelan air liur dan berhenti bercakap.

"Hidup ini memang sudah, miskin orang benci bila senang ada pelajaran sidikit, timbul macam-macam fitnah," si isteri memberikan komen yang agak terkesan dalamm diri saya.

"Ada cerita lagi tentang dirinya," datuk cuba membunuh [ercakapan si isteri yang pada pendapat datuk sudah keluar dari perkara yang diperkatakan.

"Ada," jawap si lelaki.

"Apa dia? Ceritakanlah," Pak Habib mendesak.

"Kononnya, dia menolak cinta seorang gadis. Tetapi, malangnya sigadis tidak dapat menerimanya malah terus merayu dan memujuk. Anak saya bosan dengan sikap gadis , dia jadi marah lalu terkeluar kata-kata yang pedih dan bisa dari mulut anak saya. Gadis yang kecewa, kononnya terus gunakan khidmat bomoh hitam," ujar lelaki tersebut, nada suaranya sekejap meninggi dan sekejap merendah.

"Allah huakbar."

Pandangan saya segera beralih ke arah kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap. Mereka sedang menjulang "Tuk Guru" sambil bergerak ke bucu surau belah kanan.

"Mereka mendewa-dewakan anak kami," keluh si lelaki merenung ke arah kumpulan berbadan besar dan tegap.

"Mereka orang jahil yang harus kita perbetulkan," kata Pak Habib.

"Itu juga harapan kami berdua," serentak pasangan suami isteri bersuara..

Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap segera meletakkan "Tuk Guru" disudut surau tersebut. Mereka terus memuji dan memuja Tuk Guru.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 4)(COMPLETE)Where stories live. Discover now