Siri 254-Bomoh Kena Tendang

970 17 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Malam itu penghuni kampung jadi gempar. Semuanya menyerbu rumah orang tua Shafie. Seluruh kawasan rumah terang bederang dengan cahaya andang daun kelapa. Apa yang berlaku segera diterangkan dengan terperinci oleh orang tua Shafie pada orang kampung.

Orang kampung yang berkumpul di halaman rumah mengambil keputusan untuk menjejaki dua insan yang lari. Kedua orang tua Shafie tiada daya untuk menghalangnya. Cuma mereka berpesan, jika dukun berhasil ditangkap jangan diapa-apakan. Suruh dia pulang. Pujuklah Shafie supaya balik ke rumah. Jangan dipukul dan dijentik batang tubuh mereka.

Ternyata, orang kampung bersedia mematuhi pesanan ayah dan ibu Shafie. Seluruh belukar dan hutan dijenguk. Semua rumah kosong dimasuki. Gua dan parit disusupi. Orang yang dicari tidak juga ditemui. Tetapi, orang kampung tidak putus asa dan terus mencari.

Malam yang hening menuju ke subuh terus dikocak dengan tempik sorak. Mereka bertembung dengan seorang lelaki terperosok dalam perigi buta. Ramai-ramai mereka menaikkan orang tersebut dari dalam perut telaga buta. Dan orang yang ditolong itu ialah orang tua berjanggut putih separas dada. Tetapi, sudah berubah menjadi hitam kotor.

Maka orang tua berjanggut putih separas dada itu, segera diusung oleh orang kampung ke rumah orang tua Shafie. Segala apa yang melekat ditubuhnya segera dibersihkan. Luka dan bengkak segera diubati. Bila didesak dan ditanya oleh orang-orang kampung. Secara jujur orang tua berjanggut putih separas dada menerangkan, hasratnya sekadar mahu menolong.

Dia juga mahu menguji formula barunya bagi menolong orang yang bermasalah. Formula barunya ialah mencantumkan cara perubatan tradisional dengan perubatan moden menggunakan pil vitamin yang dibeli di kedai farmasi.

Beberapa pesakit yang diubati mengikut formula barunya berhasil. Cara kebetulan dua orang pembantunya pernah bekerja di klinik swasta.

Seorang sebagai pembancuh ubat, manakala seorang lagi pembantu kanan pada doktor klinik berkenaan.

Sesungguhnya, dia tidak menduga akan mengalami perkara yang memalukan dirinya sebagai dukun. Lelaki tua berjanggut putih separas dada mengakui tendangan yang dilepaskan Shafie membuat dirinya terasa berpusing-pusing. Dua batang gigi tercabut dari gusi.

Ketika Shafie mengejarnya, dia berusaha berlari dengan sekuat hati. Apa yang ada dalam kepalanya ketika itu ialah kematian yang belum diketahui di mana tanah kuburnya. Malah, dia sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh berada dalam perut perigi buta.

MELAYANG

Semasa dia berlari tiba-tiba dia merasai tubuhnya melayang di atas awang-awangan, kemudian terjatuh dalam tempat yang gelap. Seluruh badannya basah. Dalam masa yang sama didepannya berdiri orang hitam berbadan besar dan terus memukul kepalanya sekuat hati.

Setelah itu, dia tidak sedar apa yang berlaku. Bila bergerak ke kanan terasa seluruh tubuhnya sakit. Saat dia membuka mata didapati dirinya sudah berada di rumah orang tua Shafie dan melihat dua orang pembantunya berada dalam kandang buluh, di mana Shafie ditempatkan.

Lelaki tua berjanggut paras dada, tanpa diminta memberitahu orang kampung, kejadian yang memalukan di rumah orang tua Shafie, mungkin menjadi malam penamat kerjaya

sebagai bomoh. Hasratnya untuk memperkenalkan formulanya di Kedah (Malaysia) sebagai sumber rezekinya terpaksa dibatalkan.

Kejadian malang di rumah orang tua Shafie seolah-olah menyedarkan dirinya supaya berhenti menjadi bomoh yang diakuinya banyak melakukan perbuatan tidak benar daripada yang benar. Banyak bercakap berbelit-belit tidak lurus, gunakan ayat Quran untuk kepentingan perut, pura-pura jadi orang warak pada hal pengetahuan tentang agama tidak sebanyak mana.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 4)(COMPLETE)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن