P11

210 36 0
                                    

Idham makin tak senang duduk apabila melihat Wani yang termenung tiba-tiba. Mahu sahaja ditanya tapi nanti nampak sangat dia risau tapi dia memang risau. " Wani, kau kenapa ? " Wani tiba-tiba meletakkan kepalanya diatas meja.

" Lupa bawa kalkulator, macam mana nak study. " Idham hampir tergelak disitu tapi demi menjaga hati teman wanitanya itu, dia cuba sebaik mungkin untuk menahan tawanya. Idham tiba-tiba menyelongkar begnya dan mengeluarkan satu lagi kalkulator.

" Nah, aku ada dua. " Wani mengangkat perlahan-lahan kepalanya. Sungguh dia baru nampak sisi baik Idham sekarang. " Now, guna kalkulator aku ni je, yang kau punya dah boleh simpan dekat rumah. Jaga elok-elok kalkulator aku tu. "

Wani terus mengangguk tanpa bantahan. Masing-masing terus senyap kerana terlalu asyik dengan kerja mereka. Mata Idham menangkap sesuatu yang membuatkan dia terus mengangkat kepalanya.

" Wani– " Wani turut mengangkat kepalanya saat Idham memanggil namanya. " –mana gelang kau ? Tak– maksud aku haritu aku nampak gelang dekat tangan kau then now dah takda. "

Wani terdiam seketika waktu itu sambil cuba menutup pergelangan tangannya. " Uhm– gelang tu dah– " Belum sempat Wani menghabiskan kata-katanya, Syah datang secara mengejutnya. " Guys, study tak ajak pun. "

Idham membetulkan duduknya untuk seketika. " Kalau ajak bukan kau nak join pun, Encik Syah Akmal. " Syah duduk disebelah Wani sambil tersenggih-senggih. " Bijak, Encik Idham Hakim. "

" Aku pergi tandas sekejaplah. " Idham bangkit dari kerusinya dan berlalu ke arah tandas yang berdekatan. Wani pula kembali fokus pada bukunya tanpa menghiraukan Syah. " Eh waitis that Idham's calculator ? "

Wani menganggukkan kepalanya tanpa ragu-ragu. Dah jelas tertulis nama Idham diatas kalkulator itu. " Dia bagi Wani guna ? " Sekali lagi Wani mengangguk sambil mengerutkan dahinya. " Yah ? And dia suruh guna kalkulator ni mulai sekarang, jaga elok-elok and– "

Kata-kata Wani terhenti setakat itu apabila Syah menghentikan bicaranya. " Stop– Wani tahu tak apa makna kalkulator ni bagi Idham ? "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now